Duit hilang??

Hmmm..duit aku memang dah pernah hilang sebelum ni..tapi aku tidaklah menyangka sampai begini sekali kesanya..adalah dalam..jap aku kira dulu bape yang hilang..RM100+RM50+RM23+RM300+duit syiling yang tidak pasti berapa jumlahnya..adalah dalam RM500 jugak..

Orang yang disyaki terlibat???mustahil...hantu?toyol?haish..boleh percaya ke..

Keadaan/Situasi..
- duit dalam bilik aku je yang hilang..
- duit suami pernah hilang jugak..
- duit orang lain setakat ni belom ada hilang..(hanya aku yang kena)..

uish..pening kepala bila jadi macamni kan..

tambahan pulak aku punye akaun bank pernah ada rekod kehilangan duit jugak kan..mula-mula akaun aku dekat bank pertama hilang RM1,000 aku call customer service bagitau aku check melalui internet duit aku hilang..aku mengadu la kat dia yang aku tak pernah keluarkan duit tu tapi duit tu memang hilang dari akaun aku. Kemudian, aku pergi check dekat atm duit aku ada RM1,000 dalam akaun aku..tapi aku bukanlah tak bijak ok..aku check penyata ringkas akaun aku memang duit aku hilang RM1,000 tapi baru saja di bank in kan semula oleh siapa yang aku sendiri tidak tahu..

keesokannya pula, aku pergi check akaun bank kedua aku kejadian yang sama juga berlaku..duit aku RM800.00 hilang sama seperti yang terjadi dekat aku dengan bank pertama tu. aku call customer service diorang cakap memang rekod ada pengeluaran duit bukan sekaligus tapi sedikit-sedikit sampai habis kesemua RM800 duit aku..tapi bila aku call customer servie untuk kali keduanya..diorang cakap balance dalam akaun aku ada RM800 baru sahaja di bank in kan oleh siapa yang aku sendiri tidak tahu dan pasti siapa..

kejadian yang ketiga pulak..aku ingatkan bank yang pertama tadi dah tak ada kejadian macamni lagik dah..tapi rupanya kejadian ni terjadi lagi..RM700 duit aku hilang..owh..kali ni aku memang hangin satu badan..aku call customer service sambil menangis-nangis aku bagitau duit aku hilang..dia suruh aku buat report polis lah..nak check cctv lah..aku cakap aku nak duit aku..aku cakap kat dia yang aku dah pernah terjadik macamni bank buat macamni kat aku..aku tegaskan kat dia yang aku nak duit aku semula..dalam keadaan marah aku cakap yang pihak bank ambik duit aku kan??aku cakap aku nak saman bank tu..dan diorang semua bodoh..tak lama kemudian, apabila fikiran aku kembali waras aku call semula customer service cakap dengan diorang yang duit aku hilang..dia suruh aku buat report polis..aku tanya dengan diorang sekiranya aku buat report polis adakah aku akan dapat balik duit aku..diorang cakap tak semestinya..aku cuma cakap dengan diorang yang aku nak duit aku semula aje..tak lama lepas tu aku dapat balik duit aku..ntah sape yang bank in duit tu kat aku semula..

kemudian aku pergi tukar kad bank baru..aku bagitau pegawai bank kejadian yang menimpa aku..diornag cakap mungkin ada orang yang ambik kad aku..pernah ada kejadian orang datang bank pasal duit hilang bila check dekat cctv bini dia yang ambik duit dekat mesin atm..aku tanya orang bank ada orang duplicate kad aku ke..dia cakap kalo ada orang bank atau sapa2 yang ambik dia tak ambik sikit2 duit aku ni..dia akan ambik terus tak tinggal apa lagi dah....aku memang malas nak bertekak dengan dia sebab lagipun duit aku memang dah dapat balik dah..lantak lah dia..

pada aku..siapa yang nak ambik duit aku tu..tak kan suami aku plak kot macam orang bank tu cakap..gila apa..dah la kad bank tu memang 24jam ada dengan aku jee..pastu tak kan lah bila aku bising² dengan bank suami aku nak pergi bank in semula duit tu kat aku..apa ingat dia tak ada keje lain ke..kalo nak kata orang lain pun memang tak la..siapa yang baik hati curi duit aku tu pastu bila aku bising-bising orang tu pergi bank in semula duit tu kat aku..pada aku..pihak bank aje yang mampu buat semua tu..bukan orang lain tapi hanya pihak bank.full stop.

 beshnya dapat banyak duit kan?kan?

last..aku keluarkan semua duit aku..dan aku dah pun belanjakan semuanya..daripada abis kat tangan orang lain baik abis kat tangan sendirik..puas ati ye tak?..

36 weeks 6 days

Harini mood ke laut sudah sebabnya malam tadi aku muntah-muntah, tak tahula kenapa mungkin sebab terlalu banyak makan kot..oppsss!!!boleh ke sebab terlalu banyak makan ni. semenjak mengandung ni aku memang tak boleh lapar langsung. bila lapar perut masuk angin kemudian akan batuk-batuk dan muntah. berat pun memang dah berat giler dah, kalau dulu berat sebelum pegnant 48kg dan sekarang ni berat dah cecah 61.5kg dah pun. hahaha berat yang amat kan, gemuk gedabak dah rasanya ni.

semalam kat office perut rasa mengeras jee pastu tambah plak sakit pinggang dengan belakang. sekarang dah 36 minggu 5 hari aku pegnant adakah ini tanda-tanda awal si kecil nak keluar. semalam check mengandung dekat klinik desa nurse cakap baby dah masuk laluan dah. maknanya bila-bila masa dah boleh bersalin kot. bagi aku yang tak ada pengalaman ni memang tak tahu macamana rasa sakit nak bersalin tu. ada yang cakap rasa macam senggugut la..perut mengeras la..sakit belakang laa..kalau ada keluar darah or air ketuban tu senang la kan, tapi kalo rasa sakit bersalin ni payah sikit sebab rasa senggugut..perut mengeras..sakit belakang tu memang ada jek.

sudahnya pagi ni masuk lambat office sebab pergi makan pagi dulu dekat jalan pejabat, makan mee rebus sedap ooo. kepala pun ada ting tong lagi ni pening-pening lalat je rasanya. start dari tadi masuk office tapi tak ada straight buat kerja pun lagi masih main-main lagi ni. belakang pun masih ada sakit-sakit lagi ni.

Happy New Year 2012




Halluuuu..waa..lamanya menyepikan diri..dah berbulan-bulan lamanya menyepikan diri..
banyak betul la dugaan dan rintangan yang dilalui semenjak dua menjak ni..macam-macam ada..hahaha

ok..wish untuk tahun baru pun tak ada ok..hahaha..cuma mintak-mintak semua perjalanan hidup bertambah baik..rezeki bertambah murah..semoga baby lahir dengan selamat sihat hendaknya.. tanak la stress lagik dah..amin..

dah lama tak upload gambar terkini..semenjak pregnant ni langsung tak ada rasa nak mencomelkan diri..bila dah pakai cantik-cantik pastu tengok cermin pun tetap rasa macam tak comel..hakhakhak..pasal tu la tak ada snap picture yang terbaru pun...