Perasaan sayu dan pilu bermain di jiwa

Tajuk entry pon dah menunjukkan perasaan aku yang sayu dan pilu kan..kan..kan..
apa pilihan yang aku patut buat ni??apa aku kene lakukan ni??
(eh macam soalan yang sama je nii)


Sebenarnya perasaan aku bukan sayu dan pilu tapi lebih kepada serba salah..tapi last-last ada jugak rasa sayu dan pilu..oh tidak!!!

ekceli..hujung minggu ni, 04.12.2010 my fren kahwin..
my fren suriati..dia budak kedah..aku deng
an dia berkawan sebab kami satu tempat study dulu..pastu satu course..satu kolej..lagi pulak satu kelas..kami sama-sama pergi kelas..berebut naik bas dengan budak-budak lain..

mengimbas semula memori daun pisang masa
zaman belajar pada zaman dahulu kala..kami selalu buat assignment sama-sama..pendek kata kami memang akan duduk dalam satu kumpulan lah kalo siapkan assignment yang lecture bagi sebab memang kami memang boleh buat keje sama-samalah..

kadang-kadang kalau hujung minggu, saya akan melepak kat rumah suriati..family dia pon baik sangat..makan besh..kiranya terubat jugak la kerinduan hati dekat keluarga di kampung masa tu..bila dah abes study ni..aku bekerja dekat kampung..manakala suriati dapat kpli dan dah jadik cikgu dah pon..mengajar dekat sarawak sana..jauh tu haa..



ok..stop!stop!sudah-sudah la tu melalut cik ifa oiii..pemasalahan di jiwa sekarang ini adalah..
"ko nak pergi ke tak kenduri kahwin suriati ni??"

korang jangan salah faham yee..bukannye aku saje je main-main nak pergi ke tak ni..ada beberapa sebab yang menyebabkan aku menjadi sangat serba-salah sekarang ni..


sebab-sebabnya adalah...

1. utama - abah tak sihat laa..abah bukan demam biasa..abah tak sihat dalam 2 minggu dah..keadaan abah macam nak jadik
macam dulu-dulu tahun 2009. dulu abah kene paru-paru jangkitan kuman, sampaikan abah masuk wad 2 minggu.. Alhamdulillah sekarang ni keadaan belum teruk macam dulu dan bertambah baik selepas makan ubat dari Yunan..tapi ambil masa la untuk betul-betul sihat..


2. My sis, inayoung kene kerja pada 3 dan 4 haribulan ini iaitu pada tarikh suriati kahwin, oleh kerana abah tak sihat, aku kene hantar my sis ini pergi kerja pada kedua hari yang tersebut.


3. sebab-sebab lain pulak..bila dah jadi macamni aku la yang jadi peneman umi pergi kenduri nanti..ada saudara kupu-kupu aku kahwin pada hari yang sama dengan suriati kahwin nanti ni..


owh..memang aku benar-benar keliru dengan permasalahan di jiwa sekarang ini.. apa yang patut aku lakukan??


credit to en.google


p/s : owh..aku keliru...lalalala

Tahniah Ain..

Selamat Pagi Cikgu!!

(mesti nyanyi dalam gaya versi upin dan ipin ok?)

haaa..hari Khamis lepas result UPSR 2010 dah pon kuar..anak buah aku Ain Nur Izzah darjah enam tahun ni, dan sudah semestinya laa dia ada menduduki exam UPSR ni kan..so, mari kita check result UPSR nya...


aku sms abang ipar aku tanyakan pasal result Ain:

aku : abg zul, macamane result Ain?
abg zul : belum tau lagik, guru besar belom balik dari sekolah lagik..
aku : ooo ok..nanti result dah keluar inform saya skali yee..
abg zul : ok


tup-tup lepas aku mesej dengan abang ipar aku..tetiba henpon bunyi masuk mesej dari kak nora (akak aku)..

kak nora : tau dah ke result ain?
aku : belum tau lagik, abg zul cakap guru besar belum balik lagi..
kak nora : dapat 5A
aku : aik!!betul ke?macamane tau, kan cikgu besar belum balik lagi..
kak nora : kak nor (akak aku jugak) yang bagitau..alaaa..orang perempuan
ni kan wartawan yang hebat..
aku : hahaha..betul betul..


ok..Alkisahnya macam itu la jalan ceritanya lebih kurang. cerita ini sedikit sebanyak telah diubah berdasarkan jalan cerita yang sebenar untuk bagi cerita ini lebih sedap dibaca..hehehe

TAHNIAH kepada Ain Nur Izzah sebab berjaya memecahkan tradisi keluarga kita.. hahaha..family aku dari sulung sampai la adik bongsu aku..UPSR semuanya kekurangan 1A kecuali aku..aku??hahaha..result aku lagi hebat..tapi malas la nak cite nanti kang cite ni jadik tak besh pulak..




Tahniah buat Ain Nur Izzah