Showing posts with label Jiwa Kacau. Show all posts
Showing posts with label Jiwa Kacau. Show all posts

Duit hilang??

Hmmm..duit aku memang dah pernah hilang sebelum ni..tapi aku tidaklah menyangka sampai begini sekali kesanya..adalah dalam..jap aku kira dulu bape yang hilang..RM100+RM50+RM23+RM300+duit syiling yang tidak pasti berapa jumlahnya..adalah dalam RM500 jugak..

Orang yang disyaki terlibat???mustahil...hantu?toyol?haish..boleh percaya ke..

Keadaan/Situasi..
- duit dalam bilik aku je yang hilang..
- duit suami pernah hilang jugak..
- duit orang lain setakat ni belom ada hilang..(hanya aku yang kena)..

uish..pening kepala bila jadi macamni kan..

tambahan pulak aku punye akaun bank pernah ada rekod kehilangan duit jugak kan..mula-mula akaun aku dekat bank pertama hilang RM1,000 aku call customer service bagitau aku check melalui internet duit aku hilang..aku mengadu la kat dia yang aku tak pernah keluarkan duit tu tapi duit tu memang hilang dari akaun aku. Kemudian, aku pergi check dekat atm duit aku ada RM1,000 dalam akaun aku..tapi aku bukanlah tak bijak ok..aku check penyata ringkas akaun aku memang duit aku hilang RM1,000 tapi baru saja di bank in kan semula oleh siapa yang aku sendiri tidak tahu..

keesokannya pula, aku pergi check akaun bank kedua aku kejadian yang sama juga berlaku..duit aku RM800.00 hilang sama seperti yang terjadi dekat aku dengan bank pertama tu. aku call customer service diorang cakap memang rekod ada pengeluaran duit bukan sekaligus tapi sedikit-sedikit sampai habis kesemua RM800 duit aku..tapi bila aku call customer servie untuk kali keduanya..diorang cakap balance dalam akaun aku ada RM800 baru sahaja di bank in kan oleh siapa yang aku sendiri tidak tahu dan pasti siapa..

kejadian yang ketiga pulak..aku ingatkan bank yang pertama tadi dah tak ada kejadian macamni lagik dah..tapi rupanya kejadian ni terjadi lagi..RM700 duit aku hilang..owh..kali ni aku memang hangin satu badan..aku call customer service sambil menangis-nangis aku bagitau duit aku hilang..dia suruh aku buat report polis lah..nak check cctv lah..aku cakap aku nak duit aku..aku cakap kat dia yang aku dah pernah terjadik macamni bank buat macamni kat aku..aku tegaskan kat dia yang aku nak duit aku semula..dalam keadaan marah aku cakap yang pihak bank ambik duit aku kan??aku cakap aku nak saman bank tu..dan diorang semua bodoh..tak lama kemudian, apabila fikiran aku kembali waras aku call semula customer service cakap dengan diorang yang duit aku hilang..dia suruh aku buat report polis..aku tanya dengan diorang sekiranya aku buat report polis adakah aku akan dapat balik duit aku..diorang cakap tak semestinya..aku cuma cakap dengan diorang yang aku nak duit aku semula aje..tak lama lepas tu aku dapat balik duit aku..ntah sape yang bank in duit tu kat aku semula..

kemudian aku pergi tukar kad bank baru..aku bagitau pegawai bank kejadian yang menimpa aku..diornag cakap mungkin ada orang yang ambik kad aku..pernah ada kejadian orang datang bank pasal duit hilang bila check dekat cctv bini dia yang ambik duit dekat mesin atm..aku tanya orang bank ada orang duplicate kad aku ke..dia cakap kalo ada orang bank atau sapa2 yang ambik dia tak ambik sikit2 duit aku ni..dia akan ambik terus tak tinggal apa lagi dah....aku memang malas nak bertekak dengan dia sebab lagipun duit aku memang dah dapat balik dah..lantak lah dia..

pada aku..siapa yang nak ambik duit aku tu..tak kan suami aku plak kot macam orang bank tu cakap..gila apa..dah la kad bank tu memang 24jam ada dengan aku jee..pastu tak kan lah bila aku bising² dengan bank suami aku nak pergi bank in semula duit tu kat aku..apa ingat dia tak ada keje lain ke..kalo nak kata orang lain pun memang tak la..siapa yang baik hati curi duit aku tu pastu bila aku bising-bising orang tu pergi bank in semula duit tu kat aku..pada aku..pihak bank aje yang mampu buat semua tu..bukan orang lain tapi hanya pihak bank.full stop.

 beshnya dapat banyak duit kan?kan?

last..aku keluarkan semua duit aku..dan aku dah pun belanjakan semuanya..daripada abis kat tangan orang lain baik abis kat tangan sendirik..puas ati ye tak?..

apa??kena samun??

ok..kisah ini berlaku semalam ok..semalam lebih kurang dalam pukul 11.00pg mr.tunam ada call aku..ala..saje je dia call aku..aku kan tunangan dia..dia kerja semalam tapi half day aje laa..kejap je call pun..sembang biasa aje..dia bagitau nanti dia balik tengahari dia nak pergi kenduri kawen sepupu dia..kemudian dalam pukul 12.30 tghari aku mesej dia tapi dia tak balas..ok biasala dia kerja dia sibuk kot..kemudian dalam pukul 1 lebih aku call dia tapi tak berjawab pulak..banyak kali call tapi tak jawab..

eh..mana dia pergi ni??mesej tak balas call tak berjawab pulak..dari pukul 1 bawak ke pukul 3.00 ptg.. 4.00 ptg.. 5.00 ptg.. 6.00 ptg.. 7.00 ptg.. 8.00 mlm.. 9.00 mlm.. hish..mana pulak dia ni pergi hati dah mula kerisauan dah..takut ada apa-apa jadi dekat dia kan..call tanya adik dia samada mr.tunam ada pergi kenduri tak..then adik dia bagitau dia tak datang..halamak!!pelik ni..tak kan la ot kot sampai malam tak balik-balik lagi kan..tak ada apa-apa kot tu..ala dia kan biasa buat macamtu..

lebih kurang pukul 9.30 malam macamtu laa..mr.tunam call..

aku : "hello.."

mr.tunam : "hello..yang!! tahu tak?? workshop kena samun tadi..b dengan kawan b kena ikat..mulut kena tampal dengan plaster..kena pukul pastu pengsan tak sedar apa-apa pun.ini baru sedar.. bos datang tengok bengkel sebab dia mesej dia call kitorang tak ada balas apa-apa pun..abes semua barang-barang dekat workshp ni kena curi semua dah..b nak pergi balai buat report dulu ni.."

mak aii..dia punya penjelasan..aku tak ada cakap apa-apa pun lagi..dia dah cakap..

aku dah agak dah..macam ada apa-apa yang jadik aje..alhamdulillah mr.tunam ok tak ada apa-apa..wallet ada..handphone dia tak ada kena curi..belakang tengkuk dia sakit sebab kena pukul..dia cakap kumpulan samun tu dalam 7 orang macamtu laa bawak parang..huh!!suspen betul ni..bawak parang semua ni..dia berdua aje dengan kawan dia masa tu dekat bengkel tu..mana nak lawan kan..cari nahas la jawabnya tu..diorang datang siap-siap dengan lori dah untuk angkut semua barang-barang yang ada..

macam-macam pengalaman yang agak menggerunkan mr.tunam dah lalui..kena samun time nak bank in duit dekat mesin atm..ini pulak kena samun dengan parang..syukur Alhamdulillah dia selamat tak ada apa-apa..semoga lepas ni dah tak ada apa-apa yang menggerunkan lagik dah..amin..

Pengalaman Saya Kehilangan Beg Duit!!

Halooo..haloo..haloooo...
ada satu cerita..cerita yang sudah lama dan dah basi berulat dah pun..cerita ni akhir bulan tahun lepas 2010..dalam bulan disember 2010 tahun lepas..masa krismas haritu..aku telah selamat pergi mendatingkan diriku bersama-sama mr.tunam di sana..disana..disana...kekekeke...

biasalah ambil cuti lama-lama sikit lepas tu menghabiskan cuti bersama-sama mr.tunam..aku lepak di rumah kawan baik ku Nor selama 3 hari aku dekat sana..terima kasih dekat Nor dan Shahril (suami dia lah) sebab tumpangkan aku dekat rumahnya..ekceli aku ke sana sebab of course la nak berdating lepas tu baru la ada sesi lain pulak..nak beli barang-barang dalam erti kata lain soping laa..maklum la ambil peluang sempena YES ni kan..hehehe... sebenarnya aku pergi cari barang-barang untuk hantaran aku kahwin nanti..

on the way ke rumah Nor, aku singgah pasar malam dan maybank dekat sana..tetapi....bila sampai maybank baru aku perasan yang aku telah kehilangan beg duit..purse..wallet..ambik kau yang mana satu nii..gila aku kejap..kau bayangkan aku kehilangan beg duit dekat sana..bukan dekat tempat aku nii..kalo dekat kampung halaman ni kira lain la jugak kan..aku dah tinggal kering kontang nii..duit dalam tu ada la dekat RM200 tuu..perasaan cuak dan menimpa-nimpa aku telefon umi mengadu..susah hati ni..yela dalam hati ic..lesen..kad bank..macam-macam kad lah ada dalam tu..call umi, aku dah nangis-nangis dah dah hilang malu dekat mr.tunam dah..

kemudia call Nor, cakap kitorang lambat sampai rumah dia sebab beg hilang..kemudian pergi report dekat balai polis..ini kali kedua aku ke balai buat report..kali pertama pergi report masa excident dulu..kelakar siot pergi report..bila dah siap report tu kan.. en. polis cakap..

" ok..RM2 untuk report tu""

aku dah mengelabah ayam dah masa tu..yela mana tak gelabah kan..aku duit satu sen tak ada ni..macamana nak bayar..en.tunam pun sama jugak tak ada duit jugak sebab tadi dia isi minyak cukup-cukup duit dia..kitorang pergi maybank tu sebab nak ambil duit laa..kad bank dia pulak rosak dah patah..haa..kau mana nak cari duit rm2 waktu tu..

aku cakap dengan en. polis tu boleh ambil besok tak salinan report tu sebab nak pergi cari RM2 dulu laa..sambil cakap dengan en. polis tu, tangan aku dok meraba poket mencari kot-kot ada duit yang sesat masuk dalam poket kan..adalah jumpa empat posen..mr. tunam ada kuarkan singgit enam posen..

fuuhhhh!!!!! nasib baik ada cukup duit untuk ambil report tu..malunyee tok sah nak cakap laa..tapi masa tu dah buang jauh-jauh dah perasaan malu tu..aku dah call awal-awal dah maybank mintak diorang block kan kad atm aku tu..perjalanan malam tu diteruskan jugak ke rumah Nor..sampai rumah Nor, dia pun cerita yang dia pun baru lepas kehilangan beg duit dia jugak..alamaksss..sama la kita Nor...
ok..selingan jap yee...

Ok..kita sambung balik story ok..


malam tu aku tidur sampai termimpi-mimpi tau..betapa kesiannya diriku ini..pagi-pagi besoknye..aku ajak mr.tunam ke balai polis sekali lagik untuk aku buat tambahan report.. haritu kitorang tak ada ke mana pun sebab dah tak ada mood kan..last-last aku balik umah nor tidur..

tiba-tiba dalam tengahari tu kan..ada somebody call aku..dia tanya aku samada aku ada kehilangan wallet ke..dan aku cakap iya laa..aku kehilangan wallet..dia bagitau yang dia ada jumpa dokumen-dokumen pengenalan aku yang lain dekat pasar malam dekat kereta dia malam tadi..
Ya Allah..syukur alhamdulillah..betapa leganya perasaan aku waktu itu..aku terus call mr.tunam mintak dia datang ambik aku dekat rumah nor dan pergi ambil barang-barang aku dengan perempuan chinese tadi tu..oooooohhhhh..rupa-rupanya chinese tadi tu tunggu dekat kedai nombor dekat sana..masa kami on the way ke sana..dia dah tanya apa nombor plat kereta kami..guess what???bila kitorang sampai baru dia pergi beli nombor..harap-harap no plat kereta tu dapat memberikan tuah kepada dia..huuuu
ohhh...keesokannya kami ke balai polis sekali lagi untuk sebab nak bagitau en.polis yang kami dah jumpa balik dah beg duit yang ilang tur..eh silap!!bukan jumpa beg duit tu..cuma dokumen-dokumen macam kad pengenalan..kad bank..lain-lain kad..tiket bas semua ada kecuali duit dan beg duit..dokumen-dokumen tu semua berbugkus dalam plastik beg aje..
haaa..korang mesti tertanya-tanya kan..macamana chinese tu boleh call aku kan??sebabnya adalah..ada satu resit kat dalam wallet aku ada tertulis nombor telefon aku..memang aku bersyukur sangat-sangat..ye la..kalo tak..banyak benda aku nak kena buat lagi nanti..
so..nasihat kepada korang semua yee..korang kena la tinggalkan nama dan nombor telefon korang kat dalam beg duit korang tu..mana tau kan..kalau korang kene macam aku ni..korang pun masih ada peluang untuk mendapatkan kembali dokumen-dokumen korang ni kan..
ini en.penjaga dekat balai polis ok!!

"jangan makan saya!!"
siapa punya dialog ni yee??


salah satu bangunan dekat pekan sana..
besar kan???

ohhhhh!!! hotel burung rupanya..
ok..sekian melaporkan.
(^_^)

aku kah pemalas??

semenjak dua ni kan..aku memang tak ada mood langsung..nak citer apa pon tak tahu..hari tu cuti Chinese New Year cuti pun tiga hari jek..oohhh..lupa nak wish Happy Chinese New Year untuk sesiapa yang meraikannya..

cuti tu semua adik beradik aku balik terengganu except my sis, kak nora..kak nora and family pergi cameron highland..cerita aktiviti kami sekeluarga time cuti hari tu..korang boleh intai dekat belog my sis ok..dekat belog dia dah semua diceritakan satu persatu..kalo aku cerita pun sama jek sejibik dengan cerita dia.. aku bukan apa..terus terang aku cakap aku rasa tahap kemalasan aku sekarang ni membuak buak hinggakan aku rasa aku boleh dikategorikan sebagai PEMALAS!!! auchhhh..

aku pun tak tahu macamana nak kembalikan semangan kerajinan aku ni semula supaya agar aku menjadi seorang yang rajin..rajin buat kerja..rajin makan..rajin tidor..rajin menghupdate belog..dan rajin kesemuanya lah..





owh..cik elisya..awak sangat comelllllll

New Year 2011

Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua rakyat Malaysia tidak kira di mana anda berada..semoga tahun baru ini memberikan 1001 keindahan kepada anda semua..Cayalah!!!

Tahun baru aku kali ni biasa-biasa saja..tak ada celebrate new year pun..celebrate dalam mimpi adalah..hihihihi..


tapi kan...

awal-awal tahun dah ada berita yang tak besh!!! seorang dari rakan sekerja telah pergi kerana diserang penyakit jantung..semua rakan sekerja sangat terkejut dengan berita yang tidak enak di awal tahun baru ini..dia adalah rakan sekerja yang hebat..pekerja harapan..ohhh.. walaupun aku ada jugak kene marah dengan dia dan kadang-kadang aku yang marahkan dia..aiceh biar betul aku yang marah dia ni??berani ke aku??hahaha..tapi kehilangan seorang teman sekerja amat dirasai.. Semoga staff kuat dan tabah dalam mengharungi cabaran kerja..


aku plak???

entahlaa..aku sampai hari ni masih lagi blurr..tak tahu apa aku nak..


Perasaan sayu dan pilu bermain di jiwa

Tajuk entry pon dah menunjukkan perasaan aku yang sayu dan pilu kan..kan..kan..
apa pilihan yang aku patut buat ni??apa aku kene lakukan ni??
(eh macam soalan yang sama je nii)


Sebenarnya perasaan aku bukan sayu dan pilu tapi lebih kepada serba salah..tapi last-last ada jugak rasa sayu dan pilu..oh tidak!!!

ekceli..hujung minggu ni, 04.12.2010 my fren kahwin..
my fren suriati..dia budak kedah..aku deng
an dia berkawan sebab kami satu tempat study dulu..pastu satu course..satu kolej..lagi pulak satu kelas..kami sama-sama pergi kelas..berebut naik bas dengan budak-budak lain..

mengimbas semula memori daun pisang masa
zaman belajar pada zaman dahulu kala..kami selalu buat assignment sama-sama..pendek kata kami memang akan duduk dalam satu kumpulan lah kalo siapkan assignment yang lecture bagi sebab memang kami memang boleh buat keje sama-samalah..

kadang-kadang kalau hujung minggu, saya akan melepak kat rumah suriati..family dia pon baik sangat..makan besh..kiranya terubat jugak la kerinduan hati dekat keluarga di kampung masa tu..bila dah abes study ni..aku bekerja dekat kampung..manakala suriati dapat kpli dan dah jadik cikgu dah pon..mengajar dekat sarawak sana..jauh tu haa..



ok..stop!stop!sudah-sudah la tu melalut cik ifa oiii..pemasalahan di jiwa sekarang ini adalah..
"ko nak pergi ke tak kenduri kahwin suriati ni??"

korang jangan salah faham yee..bukannye aku saje je main-main nak pergi ke tak ni..ada beberapa sebab yang menyebabkan aku menjadi sangat serba-salah sekarang ni..


sebab-sebabnya adalah...

1. utama - abah tak sihat laa..abah bukan demam biasa..abah tak sihat dalam 2 minggu dah..keadaan abah macam nak jadik
macam dulu-dulu tahun 2009. dulu abah kene paru-paru jangkitan kuman, sampaikan abah masuk wad 2 minggu.. Alhamdulillah sekarang ni keadaan belum teruk macam dulu dan bertambah baik selepas makan ubat dari Yunan..tapi ambil masa la untuk betul-betul sihat..


2. My sis, inayoung kene kerja pada 3 dan 4 haribulan ini iaitu pada tarikh suriati kahwin, oleh kerana abah tak sihat, aku kene hantar my sis ini pergi kerja pada kedua hari yang tersebut.


3. sebab-sebab lain pulak..bila dah jadi macamni aku la yang jadi peneman umi pergi kenduri nanti..ada saudara kupu-kupu aku kahwin pada hari yang sama dengan suriati kahwin nanti ni..


owh..memang aku benar-benar keliru dengan permasalahan di jiwa sekarang ini.. apa yang patut aku lakukan??


credit to en.google


p/s : owh..aku keliru...lalalala

Ohh..Hangus Terbakar

Tengahari tadi dapat sms daripada encek tunang mengatakan bahawa perkakas untuk jualan burgernya hangus dijilat api dalam satu kebakaran kira-kira jam 11.00 pagi tadi..eceh dah macam wartawan tempat kejadiah pulak ni..

tapi betul ni, bukan main-main ni..ekceli encek tunang baru aje berjinak-jinak kucing dalam beniaga burger ni..encek tunang bukak restoran gerai menjual burger ni, berhampiran dengan kedai makan kawannya..so, semua barang-barang macam tong gas..kuali..meja..kerusi dan lain-lain yang berkaitan encek tunang tumpang sekaki payung yang disimpan dekat kedai makan kawannya hangus terbakar..silap-silap dah jadi abu dah kot..

So,lepas ni encek tunang dah kene pasang dan tukar strategi baru pulak..agaknya sedap sangat burger yang encek tunang buat kot sampaikan api pon boleh jilat semuanya..muahahaha *dalam ati sedih siot*

Tak pe lah encek tunang sayam..tabahkan diri anda ye sayam..jangan putus asa ok daling maling..CAIYOK!CAIYOK!!

CECOM PUNYA ANGKARA!

Tajuk entry ini sangat panas!!sepanas hati ini yang membara bagai kan bola² api yang boleh terkena percikannya kepada sesiapa sahaja yang berada dekat mahupun jauh!!

kesahnya begini..11 haribulan yang lepas encek tunang (alamak camane tetiba bleh ada tunang ni..)ok takpe nanti kisah tunang akan diceritakan pada kisah² yang akan datang..sekarang ni nak cite pasal kisah CELCOM ni..ok sambung balik cerita..

11 aribulan yang lepas, encek tunang pergi setelkan bil dekat kios celcom dekat cawangan teluk intan rm100.00..so, kebiasaanya bila dah bayar bil ni..satu sms automatic akan masuk ke no yang dibayar tu mengatakan bahawa diorang sudah terima pembayaran tersebut dan no talian encek tunang yang disekat sepatutnya akan dibukak dalam masa setengah jam selepas payment tu diorang terima.

tapi malang seribu dan sejuta kali malang..sistem diorang yang sangat canggih tu masih belum terima payment yang telah dibuat tersebut. bila kol celcom centre diorang cakap belum masuk ke dalam sistem diorang. jadik memang diorang tak boleh nak buat apa la sehingga diorang tengok sndirik bukti pembayaran tersebut. saya sendirik pon ada telefon celcom careline mengenai masalah ini dan jawapan yang sama jugak diterima. hari ini memang tak boleh buat apa² sehingga kan saya perlu fax resit tersebut kepada pihak celcom.

so, semalam encek tunang dah pergi sendiri ke kaunter celcom di teluk intan bagitahu akan masalah ini.diorang dah buat pengesahan bahawa memang ada payment yang telah dibuat dan diorang janji bahawa masalah ini akan diselesaikan sebelum pukul 5.00 hari itu juga. pada pukul 4.15 petang saya sendiri kol celcom careline nak mintak nombor telefon cawangan teluk intan. tapi jawapan yang diterima adalah pihak celcom tak ada nombor direct ke cawangan yang berkenaan. pihak celcom ni pulak cakap punya la cam hampeh je sebabnya dia cakap "cik, sekarang ni belum pukul 5 lagik, jadinya cik kene tunggu pukul 5 dulu"..lepas tu dia nak cepat² letak telefon..bangang yang amat sangat..kalau saya tau diorang bleh buat keje dan perkara tu boleh setel sebelum pukul 5 tak ada la pukul 4.15 tu tak setel² jugak masalah ni. kalau saya yakin dengan perkhidmatan diorang, saya tak kan kol diorang. tapi sebab malas nak gadoh saya tunggu sehingga jam 5 petang.

kalo nak mintak encek tunang yang fax kan dan kol celcom pulak susah jugak sebab waktu kerjanya memang tak ada peluang untuk keluar. jadinya harini sepatutnya dia pergi ke cawangan celcom teluk intan semula untuk tanya semula pasal bil dia tu.tapi dugaan pulak pada harini..ada masalah letrik dekat teluk intan so, semua tempat memang tak ada elektrik laa..

saya mintak dia fax kan resit tu kepada saya untuk saya setelkan masalah ini. nak carik kedai yang ada perkhidmatan fotostat ni plak punya la susah yang amat sangat. last² mintak dia fax kan dekat 7 eleven dekat manjung. tapi tak ada sampai pon dokumen tu sekarang ni. bila saya dah mula marah + bengang yang amat sangat saya kol semua 7 eleven yang ada dekat manjung dan jawapan yang diterima adalah 7 eleven tak ada perkhidmatan fax untuk customer. so, apa dah jadik ni??? semua usaha yang dilakukan adalah sia-sia semuanya..

saya dah tatau macamane ikhtiarkan perkara ini lagi. saya nak resit pembayaran tersebut sampai ke tangan saya sekarang jugak sebab tempoh masa untuk bersabar sudah sampai ke peringkat yang tertinggi. kalo nak dia poskan ambik masa la pulak..haish..

sistem celcom ni sangat bermasalah..kenapa pembayaran yang di buat ni jadik macam ni?kenapa rumit sangat celcom ni??lepas tu kenapa pulak customer servis yang dekat cawangan tu tak buat kerja secara profesional?kalau pon ada masalah dengan resit tersebut, diorang tak boleh kol sendirik encek tunang bagitau apa masalah yang timbul?banyak sangat persoalan yang celcom perlu jawab ni.. banyak tu seratus ringgit tu..ingat saya ni pelanggan yang senang diorang nak main² kan ke?GILA!!

Kisah Benar

Ada satu cerita ni..kisah ini benar-benar berlaku dan memang benar-benar terjadik..seorang pekerja ini encek Ali bukan nama sebenar ok. Encek Ali ni keje dengan Company yang sangat la besar naungan jajahan takluknya. Tapi pendapatan bulanan Encek Ali ni tak ada la sebesar company dia keje tu pon..bak kata pepatah melayu.."Jauh Panggang dari Api". Encek Ali ni keje di bahagian heavy industry (haish!!nak aje i tulis nama company tu besar² kat sini siap dengan tulisan besar colour merah pastu bold lagik..haa..biar semua orang tahu..)

Kalo tak silap laa, kisah ni berlaku dalam bulan Januari 2010 yang lalu..Last minit encek ali dapat satu panggilan dari senior dia yang mengatakan bahawa mereka terpaksa terbang ke Sabah keesokan harinya di atas alasan kerja. oleh kerana last minit, so..company tu mintak semua pekerja yang terlibat itu mengeluarkan duit sendiri untuk pembelian tiket kapal terbang. Pergi pon tak lama, esok pergi dan lusa dah balik dah..Semua pekerja yang jujur tersebut telah mengeluarkan RM500.00 ok..saya ulang lagik..LIMA RATUS RINGGIT MALAYSIA.. bagi urusan pembelian tiket flight tersebut.

Perjanjian pihak syarikat tersebut dengan pekerja yang pergi ke Sabah mengenai pembayaran semula tiket flight adalah bulan yang seterusnya..bermakna bulan Februari 2010 pihak syarikat akan menjelaskan kesemua wang tersebut. tapi disebabkan pihak syarikat itu yang langsung tidak bertanggungjawab terhadap pekerja² itu maka sehingga ke hari ini dan saat ini pekerja² yang bertanggungjawan dan jujur tersebut masih belum dapat RM500.00 diorang tersebut. encek ali telah merujuk kepada seniornya tapi seniornye sendirik pon tak boleh buat apa² pon.

Apa yang ingin dilakukan oleh pihak syarikat ini sebenarnya??menipu atau membuli pekerja² mereka???dari bulan Januari ke bulan Februari dan ke bulan mac dan ke bulan April sehingga la ke bulan Mei masih belum terima walau satu sen pon..lepas tu..atas nasihat dari seorang rakan, encek ali sendiri pergi ke bahagian HR companynya untuk minta penjelasan berkenaan perkara ini dan ingin mengetahui akan statusnya.

HR company nya masih tiada sebarang info mengenai perkara ini kerana mereka sememangnya tak buat kerja. pengurus hr siap call HQ di K.Lumpur untuk bertanyakan perkembangan ini. pihak HQ hanya memberikan jawapan yang perkara ini masih dalam proses. dan yang paling MALANG sekali adalah..pengurus HR tersebut telah mengatakan ini kepada encek ali "semasa mula² awak masuk kerja haritu..perkara ini telah pun diberitahu kepada awak bahawa awak tidak berhak mempersoalkan apa yang syarikat lakukan".haaa..bengang tak?bengang tak?

Adakah encek ali perlu mendiamkan dirinya sahaja..dan masuk pada hari ini dan saat ini, duit itu tatau macamane statusnya..kalo saya, saya suruh report je kat semua..buruh, balai polis, bomba, askar, maritim, sinar harian, utusan dan semuanya lah..biar satu dunia tahu..hahahaha(gelak jaat..sebab mmg dia jaat)

sangat tidak patut la buat benda ni kat pekerja mereka. apa diorang ingat gaji buruh² ni banyak sangat ke..nak makan lagik, perbelanjaan umah, minum pakai semua, hutang lagik..encek ali hari² balik malam keje ok..pastu esok pagi kene pergi keje lagik, letih maa..tak paham ke?kalo pengurus² yang ada kat bahagian atas tu yang rasa apa yang orang bawah rasa tentu tak macam ni..dah la kadang² overtime lambat..bulan ni tak dapat, tapi ok la bulan depan dapat..saya ingat diorang tak bleh la kalo tak bayar overtime sebab melibatkan banyak pekerja² lain.nanti kang tetiba ada kes lagik besar plak tapi kalo macam kes encek ali ni..tak ramai yang terlibat..so, senang la diorang buat macamtu. dah company besar tapi hampeh!!


apa ni buat macamni kat orang. banyak sangat la benda yang sangat tak ok..kesian kat encek ali ni..saya sangat bersimpati pada dirinya..

bengong!

MENGAPA???

entah mengapa..orang zaman sekarang ni makin susah untuk menyimpan rahsia..makin kita cuba untuk mempercayainya, makin sukar mereka untuk dipercayai..dan bila kita cuba untuk menjaga amanah yang diorang berikan kepada kita, kenapa kita menjaga amanah tersebut dan tidak melakukan perkara yang sama seperti yang mereka lakukan??BENGANG!!


Diorang ni kan, dengan rasa bangganya menceritakan apa yang diorang tahu a.k.a RAHSIA tersebut kepada mereka yang tidak tahu dan tidak perlu tahu!!adakah sememangnya mereka ini gembira melihat kejatuhan air muka orang lain??kenapa tidak sama2 membantu dan sama2 menaikkan martabat kita sebagai orang melayu??


Dan sebab itu lah, saya malas nak amik tau pasal orang..tapi kekadang tu bila ada cite suka dengar juga..but tak suka nak campur hal dan masalah orang lain..tapi bila dah kene kacau or kene ganggu terpaksalah masuk campur jugak kan..haishhhh..