Showing posts with label Kemalangan. Show all posts
Showing posts with label Kemalangan. Show all posts

apa??kena samun??

ok..kisah ini berlaku semalam ok..semalam lebih kurang dalam pukul 11.00pg mr.tunam ada call aku..ala..saje je dia call aku..aku kan tunangan dia..dia kerja semalam tapi half day aje laa..kejap je call pun..sembang biasa aje..dia bagitau nanti dia balik tengahari dia nak pergi kenduri kawen sepupu dia..kemudian dalam pukul 12.30 tghari aku mesej dia tapi dia tak balas..ok biasala dia kerja dia sibuk kot..kemudian dalam pukul 1 lebih aku call dia tapi tak berjawab pulak..banyak kali call tapi tak jawab..

eh..mana dia pergi ni??mesej tak balas call tak berjawab pulak..dari pukul 1 bawak ke pukul 3.00 ptg.. 4.00 ptg.. 5.00 ptg.. 6.00 ptg.. 7.00 ptg.. 8.00 mlm.. 9.00 mlm.. hish..mana pulak dia ni pergi hati dah mula kerisauan dah..takut ada apa-apa jadi dekat dia kan..call tanya adik dia samada mr.tunam ada pergi kenduri tak..then adik dia bagitau dia tak datang..halamak!!pelik ni..tak kan la ot kot sampai malam tak balik-balik lagi kan..tak ada apa-apa kot tu..ala dia kan biasa buat macamtu..

lebih kurang pukul 9.30 malam macamtu laa..mr.tunam call..

aku : "hello.."

mr.tunam : "hello..yang!! tahu tak?? workshop kena samun tadi..b dengan kawan b kena ikat..mulut kena tampal dengan plaster..kena pukul pastu pengsan tak sedar apa-apa pun.ini baru sedar.. bos datang tengok bengkel sebab dia mesej dia call kitorang tak ada balas apa-apa pun..abes semua barang-barang dekat workshp ni kena curi semua dah..b nak pergi balai buat report dulu ni.."

mak aii..dia punya penjelasan..aku tak ada cakap apa-apa pun lagi..dia dah cakap..

aku dah agak dah..macam ada apa-apa yang jadik aje..alhamdulillah mr.tunam ok tak ada apa-apa..wallet ada..handphone dia tak ada kena curi..belakang tengkuk dia sakit sebab kena pukul..dia cakap kumpulan samun tu dalam 7 orang macamtu laa bawak parang..huh!!suspen betul ni..bawak parang semua ni..dia berdua aje dengan kawan dia masa tu dekat bengkel tu..mana nak lawan kan..cari nahas la jawabnya tu..diorang datang siap-siap dengan lori dah untuk angkut semua barang-barang yang ada..

macam-macam pengalaman yang agak menggerunkan mr.tunam dah lalui..kena samun time nak bank in duit dekat mesin atm..ini pulak kena samun dengan parang..syukur Alhamdulillah dia selamat tak ada apa-apa..semoga lepas ni dah tak ada apa-apa yang menggerunkan lagik dah..amin..

Ohh..Hangus Terbakar

Tengahari tadi dapat sms daripada encek tunang mengatakan bahawa perkakas untuk jualan burgernya hangus dijilat api dalam satu kebakaran kira-kira jam 11.00 pagi tadi..eceh dah macam wartawan tempat kejadiah pulak ni..

tapi betul ni, bukan main-main ni..ekceli encek tunang baru aje berjinak-jinak kucing dalam beniaga burger ni..encek tunang bukak restoran gerai menjual burger ni, berhampiran dengan kedai makan kawannya..so, semua barang-barang macam tong gas..kuali..meja..kerusi dan lain-lain yang berkaitan encek tunang tumpang sekaki payung yang disimpan dekat kedai makan kawannya hangus terbakar..silap-silap dah jadi abu dah kot..

So,lepas ni encek tunang dah kene pasang dan tukar strategi baru pulak..agaknya sedap sangat burger yang encek tunang buat kot sampaikan api pon boleh jilat semuanya..muahahaha *dalam ati sedih siot*

Tak pe lah encek tunang sayam..tabahkan diri anda ye sayam..jangan putus asa ok daling maling..CAIYOK!CAIYOK!!

Saya Kemalangan Eksiden


Kejadiannya berlaku pada petang jumaat yang lepas..saya dan keluarga umi abah ina dan puteri balqis keluar untuk membeli langsir seperti yang cerita dekat SINI.. Peristiwa ini berlaku ketika kami pulang ke rumah berhampiran dengan bengkel bas adik beradik..

Ok dipendekkan cerita la yer..sebabnya ini tak tau dah kali berapa ratus saya menceritakan peristiwa ini..ok jangan melalut lagi dah..mari bercerita...

Saya memberhentikan kereta di tepi jalan kerana kereta yang berkenaan berada di hadapan saya itu memberi signal dan berhenti menurunkan penumpang..saya tak boleh nak memotongnya kerana terdapat kenderaan yang berpusu-pusu dari arah bertentangan..selepas penumpang turun, kereta berkenaan mengambil masa yang lama untuk bergerak...

kemudian, kereta berkenaan pun bergerak laa pelan² tapi signal nya masih lagi di sebelah kiri ok..so, saya pun bersiap sedia untuk memotong kereta berkenaan..then, saya pun memotong laa..tapi....................tiba² kereta tu belok ke kanan daaa..saya mengelak kereta tapi GAGAL..dah berlaku kejadian yang tidak diingini ini..

uwaaaaa...sedey wei..sob..sob..sob..saya panik ok..umi abah dan ina kuar untuk berurusan dengan tuan kereta itu..owh..rupa²nya umi dan abah kenal dengan makcik tuan punya kereta itu..pada awal perbincangan diorang, makcik itu mengaku yang dia lambat memberi signal ke kanan..dan dia cakap dengan abah yang dia boleh nak setel macamnane pon..

TETAPI..apabila menantu makcik itu datang, menantu dia cakap saya langgar kereta makcik tu, dan dia pulak yang pandai² cakap mak mertua dia tu dah bagi signal ke kanan..BENGANGNYE DIRIKU INI...lepas tu menantu dia yang berlagak itu, boleh pergi cakap dengan abah..tanak bercakap langsung dengan diriku ini.. dia boleh cakap apa..


menantu : "saya tanak cakap dengan awak!saya nak cakap dengan ayah awk!"

saya : "nape pulak?saya kan yang bawak kete??"

menantu : "Ini ayah awk kan??"

Saya : Terdiam saya dibuatnye..tapi kalo ikutkan hati nak aje saya bercakap bahasa tibet..baru dia tau camane...(!@#$%^!~#$%^)


Kemudian,abah sendirik sudah naik panas dan HOT tapi masih boleh dikawal lagik..abah kol abang dee tanya nak buat macamane..jadiknye..saya dan keluarga pulang dengan perasaan yang sangat tidak berpuas hati dengan pakcik menantu itu..apa nama dia pon tatau dah..kitorang tinggalkan diorang macam itu aje..tapi saya ambil la no. ketenye..

Report polis tak terus buat malam tu, sebab abah kene hantar ina diner dan kene attend meeting jkk malam itu..esoknye baru pergi report..banyak giler yang tatau apa prosedurnye bila kete xcident ini..hadoi..tak pe laa..janji semua nya setel satu persatu dengan baik..

Alhamdulillah semua orang ok, kalo tak...lagik la saya akan bertambah panik dengan darah yang bergemuruh silap² boleh buat saya pengsan 4 hari agaknya.. tapi kereta kesayangan mengalami kecederaan dan terpaksa masuk wad kereta.. owh sedihnye..~~
















sekarang ini tak boleh kene menunggu kereta kesayangan kuar wad kereta dulu baru boleh kita jalan sama² yer cik kereta..