Thursday, April 05, 2012

Masa Yang Ditunggu Sudah Tiba.. Bersalin Part 3

fuhhh..lamanya topik ni tak bersambung kan. apa boleh buat masa menjadi halangan buat masa ini ditambah pulak kat rumah hanya ada wifi tapi tak ada pc apatah lagi laptop. Dengan masa yang ada ni aku nak sambung cerita ni dengan secepatnya..

ok pada pagi khamis tu, seawal pagi dalam pukul 7 lebih macamtu aku dah kena panggil untuk pemeriksaan. doktor keluarkan apa yang dimasukkan semalam kemudian cheack jalan. tapi malangnya jalan hanya 1cm sahaja. jadik dia bagi ubat untuk buka jalan aku. sakitnya mula terasa owhh macamni rasa sakit nak bersalin. alhamdulillah sakit ni aku masih boleh bertahan lagi. sakit kontraksi adalah tidak tetap. tiga kali kontraksi dalam masa sepuluh minit.. dua kali kontraksi dalam masa lima minit..tak ada rasa sakit dalam lima belas minit..memang tak tentu kontraksi yang datang.

selepas waktu melawat petang tu, aku kena panggil lagi untuk check jalan bersalin. jalannya masih lagi 1cm.owh aku diberi ubat kali kedua. ubat kali kedua inilah perjalanan aku untuk bersalin benar-benar bermula. rasa kontraksi makin kuat ku rasakan. sakitnya hanya Allah yang tahu. disebabkan terlalu sakit perut aku terasa seperti disiat dari dalam. teruk sangat keadaan tu..aku menangis sendiri tak ada sapa yang menemani aku. tak lama lepas tu nama aku dipanggil untuk check CTG jantung baby. aku bawak phone sama dengan aku.aku mesej en.suami bagitau sakit yang teramat sangat aku rasakan. petang tu lama sangat aku check CTG jantung baby sebab kuat sangat kontraksi. nurse mintak aku telentang, mengiring ke kanan, mengiring ke kiri..tapi diorang tak ada cakap apa-apa pun cuma diorang cakap graf jantung baby tak cantik sangat tu..menangis aku masa tu sebab aku tahu cakap kat diorang sakit pun diorang tak ada cakap pape pun.

selesai check jantung baby en. suami..umi..abah..ila dah pun ada kat katil aku menunggu aku. jalan menuju ke katil dengan penuh kepayahan. memang terlalu sakit sampaikan aku terpaksa benti jalan masa kontraksi. sampai katil aku menangis semahunya. umi dah mula susah hati tengok aku sakit. sampaikan aku mengerang kesakitan bila kontraksi menyerang. tapi kontraksi tak tetap. umi gosok belakang aku supaya aku rasa lega sikit memang betul lega sekejap aku rasa.waktu melawat dah nak abes dah aku berat hati nak bagi diorang pergi, abah dengan ila balik dulu..umi dengan en.suami temankan aku kat situ. walaupun akhirnya umi dengan en.suami terpaksa jugak keluar setelah dipanggil oleh pengawal keselamatan yang round dua tiga kali kat dalam wad tu. aku ada bagitau misi yang aku sakit kepala..tapi malang nasib aku misi cakap kat aku "awak sakit sangat tu yang kepala awak sakit tu" (dalam nada yang kasar sangat). aku pergi ke toilet skali muntah dekat toilet daa..ye la aku kan tak boleh perut masuk angin nanti aku akan sakit kepala pastu muntah dan itu lah yang berlaku pada aku. keluar dari toilet aku baring kat katil aku dan tertido dalam kesakitan.

tiba-tiba aku tersedar misi datang tarik kain sebab nak check tekanan darah tinggi. masa tu aku tido meringkuk sebab perut aku sakit. aku cakap kat misi tu yang aku sakit kepala..dan aku bagitau dia yang tadi aku muntah. kemudian dia tanya aku ada rasa kabur tak penglihatan aku dan aku jawab iye, kemudian dia tanya aku ada migrain tak dan jawapan aku masih sama iye.. dia cakap tekanan darah aku tinggi sangat sebab tak ada keluar nombor dekat mesin dia tu. kemudian aku dah kene pindah katil dekat depan kaunter supaya diorang boleh pantau. kemudian datang doktor check tekanan darah lagi. tinggi jugakla tekanan darah masa tu tapi aku tak ingat berapa.

dua orang doktor datang check aku masa tu, tangan kanan kene cucuk masuk air..pastu kene pasang alat tekanan darah tinggi yang secara automatik..tangan kiri pulak kene cucuk lagi kene masuk ubat darah tinggi..datang misi ambik sampel air kencing check ada kuman ke tak..aku mintak dengan diorang air..aku dahaga sangat masa tu tersangat-sangat dahaga..tapi diorang cakap nanti diorang akan bagi air..aku ingatkan dah abes siap semua diorang akan bagi air tapi hampeh tak ada pon. kalo tak disebabkan tangan kiri kanan aku dah terikat macam tu aku ambik sendiri aje air minum kat sebelah katil aku tu..aku cakap kat diorang aku nak kencing aku nak gi toilet..doktor tu cakap "tak boleh la pergi toilet nanti kang jatuh plak" tapi aku rasa masa tu aku boleh pergi toilet skali datang misi pasang urine bag kat aku..so, kencing dalam kantung tu la aku. kemudian doktor check bersalin masih lagi 1cm. doktor tu siap tolong buka jalan untuk aku means 2cm laa..doktor cakap aku kene bersalin selewatnya esok pagi masa tu dah tengah malam dah rasanya..doktor nak masukkan sekali lagi ubat..aku rasa macam dah tak sanggup je nak menanggung kesakitan yang teramat sangat tu. tiba-tiba aku rasa keluar air..macam aku kencing aku cakap kat doktor saya rasa ada keluar air laa.air kencing ke..dan ada nurse bagitau aku yang aku dah turun air.

doktor : awak kena bersalin malam ni jugak dan selewatnya pagi esok.

aku : macamana saya nak bersalin sebab jalan tak bukak pun.

doktor :tengoklah mungkin cara lain.

aku : cara macamana??

doktor : mungkin operate..

aku terus telefon bagitau umi apa yang doktor cakap dekat aku..aku dipindahkan dari wad ke bilik gelap yang terletak bersebelahan dengan bilik bersalin. dekat situ doktor check CTG jantung baby..aku tidur terlentang..mengiring kiri..kanan semuanya tak ok..doktor nak masukkan ubat lagi sebab dekat wad tadi doktor tak masukkan sebab kontraksi aku kerap sangat. doktor check jalan aku masa tu 3cm dah..tapi....

doktor : puan dah turun air banyak..baby awak dah berak dah..jantung baby puan pun tak ok dah..so saya suggest awak kene bersalin melalui operation.

aku : ok. tapi saya nak jumpa suami saya dulu boleh tak??

doktor : ok boleh tak ada masalah..kita akan hubungi suami puan yee..


bersambung lagi...

Thursday, February 02, 2012

Masa Yang Ditunggu Sudah Tiba.. Bersalin Part 2

ok..keesokan harinya hari rabu..en.suami datang awal pagi melawat aku..ohhh sesungguhnya aku sangatla boring berada disitu..sebab aku tak ada sakit dan tak ada pape perasaan pun untuk bersalin.. pagi tu, aku tunggu doktor-doktor datang round melawat pesakit..somebody dekat sebelah katil aku sedang menanggung kesakitan untuk bersalin..

bila doktor datang kat katil aku..dia tanya apa tanda bersalin yang ada..aku kenela ceritakan dari awal apa tanda-tanda aku bersalin..sama macam doktor malam tadi, soalan yang ditanyakan pada aku..tak perlulah aku ulang lagi kat sini kan..cuma doktor cakap nanti kita akan scan untuk tengok betul ke tak air ketuban kurang..ok aku ikut je la kan..cuma aku tanya doktor kalau tak ada apa-apa masalah aku boleh balik ke tak..ye la boring la dok sini..doktor pulak cakap baby aku memang kecik so aku memang tak boleh sesuka hati nak balik lah..en.suami pulak tak boleh nak stay lama dekat aku sebab bukan waktu melawat kan..dia cuma boleh masuk kejap-kejap je..al maklumlah hospital gomen ni dan sebab dah pernah ada kes bayi hilang kan..

ok..misi ada panggil aku untuk scan..berdebar jugak aku menunggu giliran untuk scan ni kan..aku yang terakhir scan sebab takut punya pasal..bila doktor scan..memang air ketuban aku dah kurang dah..ok aku memang kena stay hospital sehingga aku bersalin. doktor pun dah bagitau yang diorang akan bagi ubat untuk paksa aku bersalin. ini kira kes aku kena paksa rela bersalin la ni..

petang tu, selepas waktu melawat doktor panggil aku untuk check jalan dan proses memasukkan ubat untuk bersalin. nasib baik la kali ni doktor yang buat semua tu doktor perempuan. tapi doktor check jalan tak bukaan langsung ok. macamana nak masukkan ubat ni. doktor cadangkan laminoria (nama ini kalau tak silap aku la)laminoria ni sejenis tumbuhan kot yang dimasukkan kedalam vagina yang bertujuan untuk membuka jalan bagi proses bersalin. tumbuhan tu akan mengembang bila kena air, so untuk kes aku ni doktor masukkan dua laminoria ni beserta dengan 2 helai kain. kain ni tujuannya kalo tetiba kain ni terjatuh maknanya laluan untuk , bersalin dah terbuka laa..disamping itu juga, doktor ni tolong bukakan jalan untuk aku secara manual. aku tak suka la bila check jalan ni..satunya sebab sakit yang amat sangat, bila dia dah bukakan jalan dan sumbat laminoria tu terus aku merasa sakit. sakit seperti senggugut rasanya.. sakit sangat-sangat tapi masih boleh bertahan lagi laa..

aku kena pakai alat ni sehingga pagi esok. ohhhh...maknanya aku tak kan bersalin lagi pada hari ini..aku kena menanggung kesakitan ini sepanjang hari ini.. dengan perut yang rasa macam nak period disertai dengan rasa sakit pinggang dan juga perut mengeras..tapi kesakitan ini aku masih boleh bertahan lagi untuk sepanjang hari ini..

petang itu, en. suami datang aku ingatkan dia saja je cakap lupa beli cheezy wadges tapi rupa-rupanya betul ye dia lupa..alahai melepas nak makan wadges petang tu..takpelah..tanak susahkan en. suami pergi ulang alik beli cheezy wadges walaupun kfc hanya sebelah hospital tu je..


sambung lagi..

Tuesday, January 31, 2012

Masa Yang Ditunggu Sudah Tiba.. Bersalin Part 1

24 januari 2012 hari selasa..tetiba aku rasa ada air keluar..suamiku tanya air ketuban ke ni yang? opppsss!!!apakah sudah sampai masanya ni untuk aku bertemu dengan baby yang selama ni ada kat dalam perut..hehehe..kebetulan masa tu kawan ila ada kat umah..dan kebetulan jugak la dia seorang nurse..so, aku mintak dia rasakan perut aku..

katanya "kakzi!baby dah dekat bawah sangat dah ni..baik pergi hospital la..nak check jalan pun tak ada glove..bila air ketuban dah keluar maknanya baby dah terdedah dengan kuman-kuman dan segala macam benda lagik laa.." aku masih musykil lagi air apa sebenarnya tu sebab aku tak ada rasa sakit ke atau tanda-tanda nak bersalin..so, disebabkan risau dengan keadaan baby aku kemas-kemaskan barang aku dan baby untuk pergi ke hospital malam tu..

malam itu, selepas isya..aku..suami..umi..abah..ila gerak ke hospital..berdebarnya aku waktu tu.. apa yang aku takutkan pun aku sendiri tak tahu..sampai hospital aku masuk dalam bilik untuk daftar dekat tingkat 1..ada misi yang melayan aku ambil butir-butir yang perlu..dia tanya ada tanda-tanda bersalin ke?aku cakap ada keluar air..diorang tanya air tu macamana keluarnya.. mengalir ke?bertompok kat kain ke?banyak ke keluarnya?haishhhh...banyaknya soalan diorang ni..lepastu misi suruh aku baring untuk nak check jantung baby..alhamdulillah jantung baby ok..

lepastu aku kene tunggu doktor datang..masa aku sedang menanti tu..aku tengok ada sorang akak tu yang sedang dalam kesakitan yang teramat menahan sakit untuk bersalin..doktor tu plak relax je tanya akak tu..kalo aku jadik akak tu, memang aku main belasah je la jawabnya..hahaha..

kemudian, sorang doktor lelaki datang duduk mengadap komputer dan memanggil nama aku.. aku pun pergi laa jumpa dia..macam-macam yang dia tanya pernah masuk wad tak sebelum ni..ada sakit pape tak sebelum ni..haishhh..macam-macam laa..kemudian doktor ni plak tanya ada keluar tanda-tanda nak bersalin macamana..aku bagitau la yang ada keluar air..eh banyak pulak dia tanya aku sama macam misi tadi tanya..

kemudian, doktor suruh aku baring kat atas katil nak check jalan..ohhhh tidak!!!!!!doktor lelaki ni nak check jalan???aku dah panik tapi masih pura-pura selamba..nak tanak aku pon ikut jela kan..diorang pun relax je aku tengok..bagi aku check jalan untuk nak bersalin ni memang menyakitkan..doktor cakap jalan tak bukak pun lagi..haaa???aku lpulak yang terkejut..aduhhh macamana ni...aku mintak dengan doktor tu kalo macam tu aku mintak balik je laa..malas aku nak check in kat hospital..

tapi..doktor ni tanak bagi aku balik.. dia call sape ntah maybe senior dia kot dia bagitau keadaan aku ni boleh ke bagi aku balik rumah..tapi malang sekali tidak..aku kene jugak masuk hospital ni..malam tu aku kene check in kat dalam hospital..kene salin baju, pakai baju warna pink bapok punye beso baju tu..memang la kan besar kan ke baju untuk orang-orang mengandung..



ok..nanti aku akan ceritakan apa yang berlaku keesokan harinya yee..belakang aku ni dah lenguh-lenguh laa..

Monday, January 16, 2012

36 weeks 6 days

Harini mood ke laut sudah sebabnya malam tadi aku muntah-muntah, tak tahula kenapa mungkin sebab terlalu banyak makan kot..oppsss!!!boleh ke sebab terlalu banyak makan ni. semenjak mengandung ni aku memang tak boleh lapar langsung. bila lapar perut masuk angin kemudian akan batuk-batuk dan muntah. berat pun memang dah berat giler dah, kalau dulu berat sebelum pegnant 48kg dan sekarang ni berat dah cecah 61.5kg dah pun. hahaha berat yang amat kan, gemuk gedabak dah rasanya ni.

semalam kat office perut rasa mengeras jee pastu tambah plak sakit pinggang dengan belakang. sekarang dah 36 minggu 5 hari aku pegnant adakah ini tanda-tanda awal si kecil nak keluar. semalam check mengandung dekat klinik desa nurse cakap baby dah masuk laluan dah. maknanya bila-bila masa dah boleh bersalin kot. bagi aku yang tak ada pengalaman ni memang tak tahu macamana rasa sakit nak bersalin tu. ada yang cakap rasa macam senggugut la..perut mengeras la..sakit belakang laa..kalau ada keluar darah or air ketuban tu senang la kan, tapi kalo rasa sakit bersalin ni payah sikit sebab rasa senggugut..perut mengeras..sakit belakang tu memang ada jek.

sudahnya pagi ni masuk lambat office sebab pergi makan pagi dulu dekat jalan pejabat, makan mee rebus sedap ooo. kepala pun ada ting tong lagi ni pening-pening lalat je rasanya. start dari tadi masuk office tapi tak ada straight buat kerja pun lagi masih main-main lagi ni. belakang pun masih ada sakit-sakit lagi ni.

Tuesday, January 03, 2012

Happy New Year 2012




Halluuuu..waa..lamanya menyepikan diri..dah berbulan-bulan lamanya menyepikan diri..
banyak betul la dugaan dan rintangan yang dilalui semenjak dua menjak ni..macam-macam ada..hahaha

ok..wish untuk tahun baru pun tak ada ok..hahaha..cuma mintak-mintak semua perjalanan hidup bertambah baik..rezeki bertambah murah..semoga baby lahir dengan selamat sihat hendaknya.. tanak la stress lagik dah..amin..

dah lama tak upload gambar terkini..semenjak pregnant ni langsung tak ada rasa nak mencomelkan diri..bila dah pakai cantik-cantik pastu tengok cermin pun tetap rasa macam tak comel..hakhakhak..pasal tu la tak ada snap picture yang terbaru pun...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...