Showing posts with label Kengkawan. Show all posts
Showing posts with label Kengkawan. Show all posts

UUM dan kenangan

Pertama kali aku menjejak kan kaki ke UUM pada 1 Jun 2003..Wow!! tak pernah aku sangkakan yang aku akan menjejakkan kaki aku di UUM nih..bukan aje di UUM tapi di mana-mana Universiti pun tak pernah ok..yela aku ni bukannya student harapan pun kan..

Keluarga aku yang menghantar aku ke UUM ni..abang aku sanggup balik dari KL masa tu sebab nak hantar aku mendaftarkan diri ke UUM.abang dengan abah yang drive kereta tau sampai ke Alor Setar, rumah keluarga abg zul..abang ipar aku..kitorang sampai rumah mereka pun dah petang dah..malam tu kitorang tidur awal sebab pagi esoknya nak gerak ke Sintok awal pagi. Jalan ke UUM ikut highway sibuk ok..ramai budak-budak lain pun yang gerak kesana.ala jem pun dekat tol aje..

Perjalanan dari Alor Setar ke UUM, Sintok ada la dalam satu jam..jauh sangat tempatnya..dalam hutan tau..tapi hutan moden laa sebab ada banyak bangunan dah..Aku terus ke Kolej Yayasan Al-Bukhari (YAB)..besar tau kolej ni..kolej baru..beratur mendaftarkan diri punyala lama ok.. penat tau?bila aku dah setel mendaftarkan diri dapat kunci bilik..aku pun apa lagi..terus angkut barang-barang dengan pertolongan family aku..hati berdebar-debar sebab tak tahu siapa la roomate aku kan..baik ke tak kan..kang kalau kena pembuli nahas aku kang kena buli..

Sampai aje bilik..aku bagi salam dan masuk..ada beberapa perempuan kat dalam tu..aku perkenalkan diri aku..dan begitu juga diorang..ohhh..roomate aku ida dan norma..sorang lagi roomate aku entah dimana..agaknya pergi jumpa family diorang dulu kot..bilik dekat kolej aku ni kongsi dengan 4 orang tau..aku yang paling last masuk bilik..jadiknya ambik aje mana katil..meja..almari yang tinggal..memang dah tak boleh memilih dah pun.

umi tolong aku kemaskan barang-barang aku..pasang cadar..simpan barang dalam almari semua..bila semuanya dah setel..waktu pun sudah meninggi hari..aku pulak tunggu masa untuk berkumpul untuk menjalani minggu orientasi bermula..umi dengan abah dah pesan macam-macam dekat aku..sedih aku tau masa diorang dah nak balik..yela aku mana pernah dok jauh dengan diorang kan..dulu time sekolah aku duduk asrama pun asrama desa aje..10 minit je dari rumah ok..form six haritu pun duduk umah sewa pon dekat aje..tak sampai setengah jam pun..ini dekat sini aku kena berdikari sendiri..masa tu aku tak ada pakai telefon bimbit pun lagik ok??mana nak ada telefon time ni..aku nak mintak duit dengan umi dan abah ke??oooo tidak laa..kesian kat diorang..paling kurang pun telefon masa tu nokia 3310..harga dalam RM200 ke RM300..masa tu penghubung aku dengan family aku adalah public phone..kalau telefon pun ke nombor telefon rumah laa..diorang pun mana ada handset laa!!

tiba masanya..umi abah abang abang zul adik aku pun pulang ke Alor Setar..tinggal la aku sendiri di bumi Sintok ini..dah la aku sorang-sorang kat sini..ada kawan aku form six yang sama dapat study dekat UUM ni tapi lain kolej laa..aku kena carik kawan..roomate aku?? aku tengok ida dah ngam dengan norma..tinggal sorang lagi roomate aku..oppss lupa pulak roomate aku sorang lagik tu Jun nama dia..budak perak..ida budak melaka..norma budak pahang dan aku???of course la budak terengganu!

so far..diorang pun ok..pergi ke dewan sama-sama..makan sama-sama pendek kata semua sama lah..minggu orientasi selama seminggu macam-macam yang ada..kena marah..kena nyanyi kena belakon..macam-macam lah pengalaman yang ada..senior-senior pun baik aje..diorang tunjukkan tempat study dekat kitorang supaya kitorang student baru ni tak sesat dan tak ada silap masuk kelas lain..kitorang dekat sini kena naik bas tau kalau nak pergi kelas..kalau nak jalan kaki pun boleh jugak tapi masuk kelas dengan bau skali la nanti..kolej aku dengan kelas bukannya dekat ok..motor dengan kereta tidak dibenarkan bawak masuk ke dalam..kalau nak jugak, kena mintak kebenaran isi borang, bagi surat tunjuk sebab..kalau dapat pas masuk kenderaan pun untuk 1 sem aje..sem depan kena mohon lagi.

hujung minggu pertama kitorang 4 sekawan keluar pergi Alor Setar..tunggu bas punya la lama.. aku dah lupa apa nama bas yang selalu kitorang naik kalau nak keluar tu..tapi hujung minggu tu aku kena berebut naik bas..himpit-menghimpit..aku keluar ikut diorang aje..aku bukan kenal pun tempat dekat Alor Setar ni..itu pun ikut tunang jun, enan..kitorang pergi CT Plaza..Pasific.. jalan kaki jauh jugak antara dua tempat tu tau..kitorang balik malam, berebut lagik naik bas tau.. penat sangat..sampai bilik tak lama terus siap-siap dan tidur..





Ini gambar kolej kitorang batch 2003..punyela ramai..korang carik aku sampai pagi pun conform tak akan jumpa lah..hahaha


note : Entry ini dedicate kepada ida, norma, dan jun..rindu kat korang semua..lain kali aku stori mori lagik pasal cerita aku time studi keh!!lagipun aku memang failed kalau bercerita nih memang tak menarik langsung.. ;)

Perasaan sayu dan pilu bermain di jiwa

Tajuk entry pon dah menunjukkan perasaan aku yang sayu dan pilu kan..kan..kan..
apa pilihan yang aku patut buat ni??apa aku kene lakukan ni??
(eh macam soalan yang sama je nii)


Sebenarnya perasaan aku bukan sayu dan pilu tapi lebih kepada serba salah..tapi last-last ada jugak rasa sayu dan pilu..oh tidak!!!

ekceli..hujung minggu ni, 04.12.2010 my fren kahwin..
my fren suriati..dia budak kedah..aku deng
an dia berkawan sebab kami satu tempat study dulu..pastu satu course..satu kolej..lagi pulak satu kelas..kami sama-sama pergi kelas..berebut naik bas dengan budak-budak lain..

mengimbas semula memori daun pisang masa
zaman belajar pada zaman dahulu kala..kami selalu buat assignment sama-sama..pendek kata kami memang akan duduk dalam satu kumpulan lah kalo siapkan assignment yang lecture bagi sebab memang kami memang boleh buat keje sama-samalah..

kadang-kadang kalau hujung minggu, saya akan melepak kat rumah suriati..family dia pon baik sangat..makan besh..kiranya terubat jugak la kerinduan hati dekat keluarga di kampung masa tu..bila dah abes study ni..aku bekerja dekat kampung..manakala suriati dapat kpli dan dah jadik cikgu dah pon..mengajar dekat sarawak sana..jauh tu haa..



ok..stop!stop!sudah-sudah la tu melalut cik ifa oiii..pemasalahan di jiwa sekarang ini adalah..
"ko nak pergi ke tak kenduri kahwin suriati ni??"

korang jangan salah faham yee..bukannye aku saje je main-main nak pergi ke tak ni..ada beberapa sebab yang menyebabkan aku menjadi sangat serba-salah sekarang ni..


sebab-sebabnya adalah...

1. utama - abah tak sihat laa..abah bukan demam biasa..abah tak sihat dalam 2 minggu dah..keadaan abah macam nak jadik
macam dulu-dulu tahun 2009. dulu abah kene paru-paru jangkitan kuman, sampaikan abah masuk wad 2 minggu.. Alhamdulillah sekarang ni keadaan belum teruk macam dulu dan bertambah baik selepas makan ubat dari Yunan..tapi ambil masa la untuk betul-betul sihat..


2. My sis, inayoung kene kerja pada 3 dan 4 haribulan ini iaitu pada tarikh suriati kahwin, oleh kerana abah tak sihat, aku kene hantar my sis ini pergi kerja pada kedua hari yang tersebut.


3. sebab-sebab lain pulak..bila dah jadi macamni aku la yang jadi peneman umi pergi kenduri nanti..ada saudara kupu-kupu aku kahwin pada hari yang sama dengan suriati kahwin nanti ni..


owh..memang aku benar-benar keliru dengan permasalahan di jiwa sekarang ini.. apa yang patut aku lakukan??


credit to en.google


p/s : owh..aku keliru...lalalala

Kisah Benar

Ada satu cerita ni..kisah ini benar-benar berlaku dan memang benar-benar terjadik..seorang pekerja ini encek Ali bukan nama sebenar ok. Encek Ali ni keje dengan Company yang sangat la besar naungan jajahan takluknya. Tapi pendapatan bulanan Encek Ali ni tak ada la sebesar company dia keje tu pon..bak kata pepatah melayu.."Jauh Panggang dari Api". Encek Ali ni keje di bahagian heavy industry (haish!!nak aje i tulis nama company tu besar² kat sini siap dengan tulisan besar colour merah pastu bold lagik..haa..biar semua orang tahu..)

Kalo tak silap laa, kisah ni berlaku dalam bulan Januari 2010 yang lalu..Last minit encek ali dapat satu panggilan dari senior dia yang mengatakan bahawa mereka terpaksa terbang ke Sabah keesokan harinya di atas alasan kerja. oleh kerana last minit, so..company tu mintak semua pekerja yang terlibat itu mengeluarkan duit sendiri untuk pembelian tiket kapal terbang. Pergi pon tak lama, esok pergi dan lusa dah balik dah..Semua pekerja yang jujur tersebut telah mengeluarkan RM500.00 ok..saya ulang lagik..LIMA RATUS RINGGIT MALAYSIA.. bagi urusan pembelian tiket flight tersebut.

Perjanjian pihak syarikat tersebut dengan pekerja yang pergi ke Sabah mengenai pembayaran semula tiket flight adalah bulan yang seterusnya..bermakna bulan Februari 2010 pihak syarikat akan menjelaskan kesemua wang tersebut. tapi disebabkan pihak syarikat itu yang langsung tidak bertanggungjawab terhadap pekerja² itu maka sehingga ke hari ini dan saat ini pekerja² yang bertanggungjawan dan jujur tersebut masih belum dapat RM500.00 diorang tersebut. encek ali telah merujuk kepada seniornya tapi seniornye sendirik pon tak boleh buat apa² pon.

Apa yang ingin dilakukan oleh pihak syarikat ini sebenarnya??menipu atau membuli pekerja² mereka???dari bulan Januari ke bulan Februari dan ke bulan mac dan ke bulan April sehingga la ke bulan Mei masih belum terima walau satu sen pon..lepas tu..atas nasihat dari seorang rakan, encek ali sendiri pergi ke bahagian HR companynya untuk minta penjelasan berkenaan perkara ini dan ingin mengetahui akan statusnya.

HR company nya masih tiada sebarang info mengenai perkara ini kerana mereka sememangnya tak buat kerja. pengurus hr siap call HQ di K.Lumpur untuk bertanyakan perkembangan ini. pihak HQ hanya memberikan jawapan yang perkara ini masih dalam proses. dan yang paling MALANG sekali adalah..pengurus HR tersebut telah mengatakan ini kepada encek ali "semasa mula² awak masuk kerja haritu..perkara ini telah pun diberitahu kepada awak bahawa awak tidak berhak mempersoalkan apa yang syarikat lakukan".haaa..bengang tak?bengang tak?

Adakah encek ali perlu mendiamkan dirinya sahaja..dan masuk pada hari ini dan saat ini, duit itu tatau macamane statusnya..kalo saya, saya suruh report je kat semua..buruh, balai polis, bomba, askar, maritim, sinar harian, utusan dan semuanya lah..biar satu dunia tahu..hahahaha(gelak jaat..sebab mmg dia jaat)

sangat tidak patut la buat benda ni kat pekerja mereka. apa diorang ingat gaji buruh² ni banyak sangat ke..nak makan lagik, perbelanjaan umah, minum pakai semua, hutang lagik..encek ali hari² balik malam keje ok..pastu esok pagi kene pergi keje lagik, letih maa..tak paham ke?kalo pengurus² yang ada kat bahagian atas tu yang rasa apa yang orang bawah rasa tentu tak macam ni..dah la kadang² overtime lambat..bulan ni tak dapat, tapi ok la bulan depan dapat..saya ingat diorang tak bleh la kalo tak bayar overtime sebab melibatkan banyak pekerja² lain.nanti kang tetiba ada kes lagik besar plak tapi kalo macam kes encek ali ni..tak ramai yang terlibat..so, senang la diorang buat macamtu. dah company besar tapi hampeh!!


apa ni buat macamni kat orang. banyak sangat la benda yang sangat tak ok..kesian kat encek ali ni..saya sangat bersimpati pada dirinya..

bengong!

Majlis kawen ida n ijah..

Dalam bulan ni, ada dua majlis kawen kawan saya yang saya attend..satu kawan saya dekat kg. telemong, ijah, and satu g kat melaka umah ida...

Gambar ni masa kat umah ijah, ni ngah standby nak g masjid utk majlis akad nikah..



Meriahnye majlis kawen sahabat saya ni..dia kawen ngn orang kedah ni haa..dah jadik warga utara ijah nii..haa..smart kan husband dia..ngehngehngeh..

seminggu selepas itu, saya ke Melaka bersama-sama kak miza n husband dia untuk menghadiri majlis kawen mybesfren masa study uum dulu..saya naik bas ke kuantan n dari kuantan saya ngn kak miza+husband dia ke melaka..sampai melaka kitorang lepak kat umah adik kak miza..huuu..seb baik ada penjimatan kat ctu..heheh..thanks kak miza..lepas g majlis kawen ida, kami pegi pusing2 bandar melaka..mak aiii teruknye jem kat melaka ni..ada roti pon sodap nih!hehe..

Kami pegi melawat muzium melaka tau..hahaha..jangan tatau ;) pastu beli belacan sbb umi pesan..10 kampit skali borong haa..cukup bekalan untuk setahun tuu..hehehe.. kami kat melaka pon tak lama..kitorang bertolak balik esoknye ke kuantan..n dari kuantan saya naik bas ke kt..sampai kt tepat jam 8 malam..huuu..penat giler waaa...

haa..ni la pic ida ngn husband dia Raef..


suka pic ni..cantik maa...


dari kiri cikgu Norma, Raef, Ida, Cikgu Yati..pastu bawah tu dari kiri Pn. Amizah n iFa la..


haaa...ni lah kami..hepinye dapat jumpa ngn kengkawan yang besh2 ni..rindu tol la kat korang ni..psst..cik norma (baju ijau) ni masih single n available lagik..sape2 yang rasa nak kenal bleh la no problem..hehe.. (noma tau ni mesti dia marah ni haa...promote dia laks)hee...


Yang ni gambar saya ngn kak miza..masa ni kat mane eh..kat dataran pahlawan kot..kak miza ni senior masa kat uum ritu..baik sangat2 satu geng dulu main volleyball sama2..ronggeng sama2 ritu..tapi skunk ni da ssh daa..sbb dia kawen..hehehe..

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009

Hari raya menjelang tiba, tinggal lagik 3 hari jer lagik nak raya..esok kamis, da last day keje.. hmm..arini pon da tak banyak sangat keje dah, agaknya semua orang da tak sabar2 nak raya ni.. dis year saya mendapat cuti raya seminggu. wow!! beshnya!! dapat cuti raya lama nii..heee..

Tatau la raya nanti umi nak buat rendang tak, dengarnya buat nasik ayam..alalalla..tak kesah la kan,kesian kat umi..banyak baju raya yang nak dijahitnya..eee..kalo la saya dah senang, saya da tak kasi dah umi jahit baju g..saya kasi duit je bulan2 kat umi,umi dok umah aje goyang kaki..insyaAllah umi..Amin..

Raya tahun ni, kak nor, kak nora,abang n adik² semua balik umah..lagik la bising la umah tu nanti.. saya dah pon terbayangkan anak² buah lari sana sini nanti..pastu dengar diorang gado sama diorang, pastu nangis daa..heee..mesti meriah raya tahun ni!! nak belikan mercun tuk diorang ke tak ni??nanti kang salah kalo beli tuu..bahaya tuk diorang la, kalo cam zaman2 dulu besh sangat..ada bunga api, mercun gasing,mercun moto, mercun ular,eh!macam2 lagik la yang ada..main mercun ke bunga api tak de yang kene teruk2 haa..main pon bukannya pelik2 cam dak2 zaman skunk ni main..BAHAYA!

Buat sahabat2..teman2..kawan2..ida,noma,kak miza,kak maz,kak ija,jun,lia,masya,nor,etty, ijah,ct,su, rozi,ila,geng vocab,apis,pa,to'ri,suheri,shasha,ana, dan ramai lagik la kengkawan yang mengenali diri ini.."Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin". Mitak maaf kat korang semua andainya saya ada buat salah dan silap terkata, termakan, terumpat,terkutuk, tersalah,terkasar..maaf ye korang semua!!


Updated

Hi, udah lame benor tak de citer haa..bizi..malas..sebuk..lazy..and so on..

Abah - kesihatan pon da makin ok skunk ni..That day he lost his weight around 10kg

umi - Alhamdulillah..bisnes dah makin kukuh skunk ni..

Kak Nor - So far so gud..

Kak Nora - The coming nephew i guess maybe in dis september..

Abang - My bro pon da kawen, da bertambah ahli keluarga.."Welcome to Young Family" ;)

Me?? - Keje+keje+keje..penat sangat keje..malas cite tak besh pon!huhuhu..
membe2 plaks..ida+noma+kak miza+kak maz+kak ija+kak moon+jun+suriati+ila+
rozey+danial+lia+masya+geng2 vocab..windu giler kat korang semua..
C!nta plak,horrible jeh..
Skunk ni kat umah tolong umi jahit baju..Yes!!!

Ina - Hmm..da abes studi, n my sis ni pon da balik umah dah bertambah lagik penghuni umah
tu haa..saya pon da ada teman nak menyembang+gado+gusti..hahaha
Skunk ni da keje kat Taman Tamadun Islam (TTI)..hari2 kejar ot err :P

Ila - Semalam kol mintak idea tuk speech harini..so, how?? Organic..Transfom Your Life!




awek2 cun yang kat sebelah ni..dari kiri..huda..ifa..noor n ani..gambar ni masa majlis kawen noor kat umah dia..masa ni kacau dia ngah makan ngn abg dia jap..hehe..

Cik Huda skunk ni dah jadik cikgu dah kat JB..tak lama lagik, naik pelamin la dia..ani laks keje kat JB jugak bahagian account..pengantin yang comey molek ni laks keje kat CIMB trg..tak lama lagik akan ikut jejak cik abang dia la keje kat perak..saya ni plaks..maintain cun la kot skunk ni.. makin tembun je nampaknya tu haa..heee

Penatla..

hari ni sangat penat rasanya..ngantuk ada lagik ni haa..stat dari kamis ritu laa..gi umah noor tuk majlis akad nikahnya, Alhamdulillah selamat semuanya dia diijabkabulkan jam 23.30..lewat laa bb tetiba berebut tok kadi laks..heee...


Tak kesahla kan semuanya da slamat da pon..malam tu tido sana laa, tolong pape yang patut..Atol pon ada gak tolong yang mana patut laa..esoknya kenduri pon alhamdulillah..ramai gak membe2 yang datang..ble la jumpa sembang2 kejap..rasa tak besh hanya sebab myCayunk tak de skali laa..dah la cik abg noor tu besh fren dia..tapi nak wat camane kan..keje pon penting bb tu dia tak dapat nak datang tu haa..


pastu semalam, ada exam spa plaks!kene gi jawab exam ngn prasaan yang ntahapeapentah!!!ngantuk+demam+ting tong=cam da nak pengsan dah rasanya..

21st August 2008

malam ni..kawan baik saya; Khadijah Noor akan menamatkan zaman bujangnya dengan pilihan hatinya Mohd Shahril..sedey jugakla sebab member baik da nak kawen kan..nanti saya sorang2 la kat kg nii..member² studi ritu tak de kat trg..diorang kat tempat lain..

tak kesah la kan, nak wat camana kan..life must go on!!nanti balik, siap2 terus gi umah noor tuk majlis malam ni..daaaa ;)