Kisah Benar

Ada satu cerita ni..kisah ini benar-benar berlaku dan memang benar-benar terjadik..seorang pekerja ini encek Ali bukan nama sebenar ok. Encek Ali ni keje dengan Company yang sangat la besar naungan jajahan takluknya. Tapi pendapatan bulanan Encek Ali ni tak ada la sebesar company dia keje tu pon..bak kata pepatah melayu.."Jauh Panggang dari Api". Encek Ali ni keje di bahagian heavy industry (haish!!nak aje i tulis nama company tu besar² kat sini siap dengan tulisan besar colour merah pastu bold lagik..haa..biar semua orang tahu..)

Kalo tak silap laa, kisah ni berlaku dalam bulan Januari 2010 yang lalu..Last minit encek ali dapat satu panggilan dari senior dia yang mengatakan bahawa mereka terpaksa terbang ke Sabah keesokan harinya di atas alasan kerja. oleh kerana last minit, so..company tu mintak semua pekerja yang terlibat itu mengeluarkan duit sendiri untuk pembelian tiket kapal terbang. Pergi pon tak lama, esok pergi dan lusa dah balik dah..Semua pekerja yang jujur tersebut telah mengeluarkan RM500.00 ok..saya ulang lagik..LIMA RATUS RINGGIT MALAYSIA.. bagi urusan pembelian tiket flight tersebut.

Perjanjian pihak syarikat tersebut dengan pekerja yang pergi ke Sabah mengenai pembayaran semula tiket flight adalah bulan yang seterusnya..bermakna bulan Februari 2010 pihak syarikat akan menjelaskan kesemua wang tersebut. tapi disebabkan pihak syarikat itu yang langsung tidak bertanggungjawab terhadap pekerja² itu maka sehingga ke hari ini dan saat ini pekerja² yang bertanggungjawan dan jujur tersebut masih belum dapat RM500.00 diorang tersebut. encek ali telah merujuk kepada seniornya tapi seniornye sendirik pon tak boleh buat apa² pon.

Apa yang ingin dilakukan oleh pihak syarikat ini sebenarnya??menipu atau membuli pekerja² mereka???dari bulan Januari ke bulan Februari dan ke bulan mac dan ke bulan April sehingga la ke bulan Mei masih belum terima walau satu sen pon..lepas tu..atas nasihat dari seorang rakan, encek ali sendiri pergi ke bahagian HR companynya untuk minta penjelasan berkenaan perkara ini dan ingin mengetahui akan statusnya.

HR company nya masih tiada sebarang info mengenai perkara ini kerana mereka sememangnya tak buat kerja. pengurus hr siap call HQ di K.Lumpur untuk bertanyakan perkembangan ini. pihak HQ hanya memberikan jawapan yang perkara ini masih dalam proses. dan yang paling MALANG sekali adalah..pengurus HR tersebut telah mengatakan ini kepada encek ali "semasa mula² awak masuk kerja haritu..perkara ini telah pun diberitahu kepada awak bahawa awak tidak berhak mempersoalkan apa yang syarikat lakukan".haaa..bengang tak?bengang tak?

Adakah encek ali perlu mendiamkan dirinya sahaja..dan masuk pada hari ini dan saat ini, duit itu tatau macamane statusnya..kalo saya, saya suruh report je kat semua..buruh, balai polis, bomba, askar, maritim, sinar harian, utusan dan semuanya lah..biar satu dunia tahu..hahahaha(gelak jaat..sebab mmg dia jaat)

sangat tidak patut la buat benda ni kat pekerja mereka. apa diorang ingat gaji buruh² ni banyak sangat ke..nak makan lagik, perbelanjaan umah, minum pakai semua, hutang lagik..encek ali hari² balik malam keje ok..pastu esok pagi kene pergi keje lagik, letih maa..tak paham ke?kalo pengurus² yang ada kat bahagian atas tu yang rasa apa yang orang bawah rasa tentu tak macam ni..dah la kadang² overtime lambat..bulan ni tak dapat, tapi ok la bulan depan dapat..saya ingat diorang tak bleh la kalo tak bayar overtime sebab melibatkan banyak pekerja² lain.nanti kang tetiba ada kes lagik besar plak tapi kalo macam kes encek ali ni..tak ramai yang terlibat..so, senang la diorang buat macamtu. dah company besar tapi hampeh!!


apa ni buat macamni kat orang. banyak sangat la benda yang sangat tak ok..kesian kat encek ali ni..saya sangat bersimpati pada dirinya..

bengong!

2 comments:

manan said...

kat sinilah pentingnya kesatuan sekerja...
tapi banyak syarikat yang tak bagi kesatuan ni wujud...
menjejaskan mereka...
tapi kadang2 kalau ada pon pekerja buat tak tahu...
dalam kes encik ali, agak ssh sebenarnya kerana tiada hitam putihnya...
pembelian tiket adalah atas kapasiti peribadi...
saya agak pasti tiada sebarang surat menyurat kerana esoknya terus beli tiket...
jika begitu keadaannya, laporan kepada pihak berkuasa agak sukar...
apa yang boleh dilakukan saya rasa adalah membuat aduan kepada pejabat buruh, meminta khidmat bantuan guaman dan mungkin boleh juga membuat aduan pada suhakam...
sekiranya mereka mengatakan anda tidak boleh mempersoalkan apa2 tindakan yang dibuat oleh syarikat, sila cari sebarang kesalahan yang dibuat oleh syarikat...
umpamanya caruman KWSP, SOCSO...
cuba check jumlah caruman anda dan adakah mereka mencarumnya secara betul...
jika tidak, buat aduan...
akhir sekali, anda bolehla melakukan tindakan2 kejam ke atas mereka2 yang berlagak itu...
umpamanya mencalarkan kereta bos anda, menggunting kertas kerja pengurus HR anda atau membaling taik kepada kereta mereka...
kalau hal ini benar belaku, maka celakalah ke atas mereka2 yang menipu itu...

Ifa Young said...

itu la pasal kak yana..sangat tidak adil..nanti saya akan usulkan kepada encik ali mengenai cadangan² bernas yang diberikan itu..