SUPERMOM!

Hmmm... dah lama tak hupdate belog, penuh dengan sawang silap2 haribulan ada lipass daa 😂😂

Aku yg terkini dah jadi mama kepada my babies
kakak nuna dah 4 tahun. Tahun depan masuk sekolah dah dan yang latest my baby baru je masuk 3 bulan, iman firdaus.

Alhamdulillah, syukur dengan rezeki yg Allah bagi. Sepasang anak2 mama. Anak-anak amanah dari Allah, berat tanggungjawab mama dengan abah nak didik anak2 menjadi insan berguna.

Aku masih lagi pjj dengan suami. Jarak jauh mengajar aku untuk jadi seorang isteri yang berjiwa kental dan supermom kepada anak-anak.

Dari pagi bangun siap-siap nak pergi kerja, siapkan anak-anak. Balik kerja berkejaran pulak mandi anak-anak, bagi makan sampai kadang-kadang aku sendiri yang tak sempat nak makan.

Inilah rutin harian aku sekarang, SUPERMOM!

Panduan Menghadapi dan Menangani Anak Mengamuk



“Mama! Mama! Adik nak, nak mainan tu!” Jerit Adam berusia 3 tahun tanpa menghiraukan orang ramai yang melihat kerenahnya. Pastinya anda pernah mengalami situasi ini apabila berkunjung ke pusat membeli belah. Bersama mengetahui panduan menghadapi anak yang meragam ini.

Anak mengamuk atau meragam di tempat umum mungkin akan membuat anda malu dan sangat marah. Anak pula akan menangis dan menjerit dengan sekuat hati dan berguling-guling di lantai tanpa menghiraukan orang di sekelilingnya. Apa yang dia tahu, kehendaknya mesti dipenuhi. Akibatnya, segelintir ibu bapa sengaja memilih untuk ‘beralah’ dengan anak, yang penting dia tidak lagi menjerit. Hakikatnya, jalan mudah ini salah. Jika dibiarkan berterusan akan menjejaskan perkembangan anak secara positif. Sebagai ibu bapa anda harus tahu cara yang betul untuk menangani anak yang bersikap begini.

Kenapa Mengamuk
Situasi mengamuk atau meragam memang biasa dialami oleh ibu bapa. Ini kerana mengamuk adalah cara anak-anak kita melepaskan geram, kecewa, meluahkan apa yang terbuku di hati dan cara untuk mereka mendapatkan sesuatu dan bila mendengar perkataan ‘jangan’. Ada juga meragam kerana mereka ingin perhatian, penat, lapar atau merasa tidak selesa. Semua ini diluahkan dengan cara meragam. Cuma sebagai ibu bapa kita perlu kenal pasti situasi apa yang membuatkan anak meragam.

Sebenarnya kanak-kanak yang mahu membesar dengan bebas (independent) jika dihalang oleh ibu bapa, akan berpotensi untuk mengamuk. Sebagai contoh, jika anak hendak membuka penutup botol, anda cepat membantunya, mereka mungkin akan kecewa dan mengamuk dengan tindakan kita itu. Begitu juga permainan yang diidamkannya. Pastinya dia akan menjerit dan tidak mahu meninggalkan kedai sehingga kehendaknya dituruti.

Menurut Dr Brenna E Lorenz, peneliti dari University of Guam, kita perlu memahami mengapa anak mengamuk. Dia mengamuk kerana dorongan rasa marah dalam dirinya. Kemudian kemarahan ini akan menjadi rasa takut. Misalnya, “Kalau saya tidak mendapat mainan ini sekarang, sampai bila pun ayah tidak akan belikan pada saya.” Rasa takut ini kemudian digantikan dengan rasa sedih kerana merasa dia tidak mendapat apa yang diinginkan. Itu sebab itu dia menunjukkan perilaku yang tidak menyenangkan seperti menjerit dengan kuat dan menangis.

Semua ini berlaku disebabkan perkembangan anak itu sendiri. Menurut pendapat pakar kanak-kanak mendapati anak berumur antara 16 bulan hingga tiga tahun akan selalu mengamuk atau throw temper tantrums. Ini adalah perkembangan yang normal kerana kanak-kanak peringkat itu mempunyai kemahuan tinggi dan mereka juga menjadi seorang yang egosentrik atau mementingkan diri (terutama pada umur dua tahun). Mereka juga sedang belajar untuk menjadi lebih berdikari dan suka melakukan sendiri banyak perkara.

Walaupun mengamuk adalah satu perkembangan normal tetapi sebagai ibu bapa, kita mesti menolong anak mengawal tabiat itu. Ikuti panduan menghadapi anak mengamuk.

Panduan Hadapi Anak Mengamuk
1. Alih perhatian dia.
Pernah seorang ibu menangis apabila anaknya mengamuk dan meragam. Melihat ibunya menangis, anak itu bertanya kenapa ibunya menangis. Jawab ibu itu, dia menangis kerana anaknya yang baik meragam. Mendengar jawapan ibunya, anak itu berhenti meragam lalu terus memeluk dan mencium ibunya. Cara ini mungkin boleh dilakukan oleh ibu dalam usaha memujuk anak yang menangis dan meragam.

2. Jangan mengikut kehendaknya.
Biasanya anak mengamuk kerana dia tahu cara itu dia akan dapat apa yang dia inginkan. Elakkan daripada mengalah dengan kehendak anak dan memenuhi permintaannya yang tidak sepatutnya kerana kanak-kanak memang bijak. Sekali kita mengalah apabila anak mengamuk, mereka akan tahu kelemahan kita dan akan mengamuk setiap kali keperluannya tidak dipenuhi. Juga jangka masa mengamuk akan lebih panjang.

3. Elak daripada memarahi atau menjerit
Jangan memarahi pada anak kerana ia tidak akan membantu. Berbual dengan anak dan terangkan kenapa dia tidak boleh atau tidak dapat melakukan sesuatu. Jika anak mengamuk kerana tidak dapat melakukan sesuatu tugasan atau permainan, cuba beri tugasan atau permainan lebih mudah atau bantu anak untuk mencapai objektifnya. Memberi pelukan dan ciuman kasih sayang juga membantu.

4. Jangan pedulikan
Dr Hugh Jolly dalam bukunya, A Book of Child Care, menjelaskan bahawa membiarkan anak ini meragam adalah ‘ubat mujarab’. Jika anda memujuknya ini akan memberi anak gambaran bahwa dia akan dapat semua yang dia mahu bila dia meragam. Cuma pastikan anak selamat kerana ada budak yang akan mencederakan diri seperti menghantuk kepala ke lantai semasa mengamuk. Ada juga yang menjadi sesak dan sukar bernafas.

5. Apabila anak berhenti mengamuk
Berbincanglah kepada mereka kenapa perangainya tidak elok dan kenapa permintaannya tidak boleh dipenuhi. Juga beritahu bahawa tindakannya mengamuk dan meradang tidak akan membawa kebaikan dan itu adalah tingkahlaku yang tidak baik.

Duit hilang??

Hmmm..duit aku memang dah pernah hilang sebelum ni..tapi aku tidaklah menyangka sampai begini sekali kesanya..adalah dalam..jap aku kira dulu bape yang hilang..RM100+RM50+RM23+RM300+duit syiling yang tidak pasti berapa jumlahnya..adalah dalam RM500 jugak..

Orang yang disyaki terlibat???mustahil...hantu?toyol?haish..boleh percaya ke..

Keadaan/Situasi..
- duit dalam bilik aku je yang hilang..
- duit suami pernah hilang jugak..
- duit orang lain setakat ni belom ada hilang..(hanya aku yang kena)..

uish..pening kepala bila jadi macamni kan..

tambahan pulak aku punye akaun bank pernah ada rekod kehilangan duit jugak kan..mula-mula akaun aku dekat bank pertama hilang RM1,000 aku call customer service bagitau aku check melalui internet duit aku hilang..aku mengadu la kat dia yang aku tak pernah keluarkan duit tu tapi duit tu memang hilang dari akaun aku. Kemudian, aku pergi check dekat atm duit aku ada RM1,000 dalam akaun aku..tapi aku bukanlah tak bijak ok..aku check penyata ringkas akaun aku memang duit aku hilang RM1,000 tapi baru saja di bank in kan semula oleh siapa yang aku sendiri tidak tahu..

keesokannya pula, aku pergi check akaun bank kedua aku kejadian yang sama juga berlaku..duit aku RM800.00 hilang sama seperti yang terjadi dekat aku dengan bank pertama tu. aku call customer service diorang cakap memang rekod ada pengeluaran duit bukan sekaligus tapi sedikit-sedikit sampai habis kesemua RM800 duit aku..tapi bila aku call customer servie untuk kali keduanya..diorang cakap balance dalam akaun aku ada RM800 baru sahaja di bank in kan oleh siapa yang aku sendiri tidak tahu dan pasti siapa..

kejadian yang ketiga pulak..aku ingatkan bank yang pertama tadi dah tak ada kejadian macamni lagik dah..tapi rupanya kejadian ni terjadi lagi..RM700 duit aku hilang..owh..kali ni aku memang hangin satu badan..aku call customer service sambil menangis-nangis aku bagitau duit aku hilang..dia suruh aku buat report polis lah..nak check cctv lah..aku cakap aku nak duit aku..aku cakap kat dia yang aku dah pernah terjadik macamni bank buat macamni kat aku..aku tegaskan kat dia yang aku nak duit aku semula..dalam keadaan marah aku cakap yang pihak bank ambik duit aku kan??aku cakap aku nak saman bank tu..dan diorang semua bodoh..tak lama kemudian, apabila fikiran aku kembali waras aku call semula customer service cakap dengan diorang yang duit aku hilang..dia suruh aku buat report polis..aku tanya dengan diorang sekiranya aku buat report polis adakah aku akan dapat balik duit aku..diorang cakap tak semestinya..aku cuma cakap dengan diorang yang aku nak duit aku semula aje..tak lama lepas tu aku dapat balik duit aku..ntah sape yang bank in duit tu kat aku semula..

kemudian aku pergi tukar kad bank baru..aku bagitau pegawai bank kejadian yang menimpa aku..diornag cakap mungkin ada orang yang ambik kad aku..pernah ada kejadian orang datang bank pasal duit hilang bila check dekat cctv bini dia yang ambik duit dekat mesin atm..aku tanya orang bank ada orang duplicate kad aku ke..dia cakap kalo ada orang bank atau sapa2 yang ambik dia tak ambik sikit2 duit aku ni..dia akan ambik terus tak tinggal apa lagi dah....aku memang malas nak bertekak dengan dia sebab lagipun duit aku memang dah dapat balik dah..lantak lah dia..

pada aku..siapa yang nak ambik duit aku tu..tak kan suami aku plak kot macam orang bank tu cakap..gila apa..dah la kad bank tu memang 24jam ada dengan aku jee..pastu tak kan lah bila aku bising² dengan bank suami aku nak pergi bank in semula duit tu kat aku..apa ingat dia tak ada keje lain ke..kalo nak kata orang lain pun memang tak la..siapa yang baik hati curi duit aku tu pastu bila aku bising-bising orang tu pergi bank in semula duit tu kat aku..pada aku..pihak bank aje yang mampu buat semua tu..bukan orang lain tapi hanya pihak bank.full stop.

 beshnya dapat banyak duit kan?kan?

last..aku keluarkan semua duit aku..dan aku dah pun belanjakan semuanya..daripada abis kat tangan orang lain baik abis kat tangan sendirik..puas ati ye tak?..

36 weeks 6 days

Harini mood ke laut sudah sebabnya malam tadi aku muntah-muntah, tak tahula kenapa mungkin sebab terlalu banyak makan kot..oppsss!!!boleh ke sebab terlalu banyak makan ni. semenjak mengandung ni aku memang tak boleh lapar langsung. bila lapar perut masuk angin kemudian akan batuk-batuk dan muntah. berat pun memang dah berat giler dah, kalau dulu berat sebelum pegnant 48kg dan sekarang ni berat dah cecah 61.5kg dah pun. hahaha berat yang amat kan, gemuk gedabak dah rasanya ni.

semalam kat office perut rasa mengeras jee pastu tambah plak sakit pinggang dengan belakang. sekarang dah 36 minggu 5 hari aku pegnant adakah ini tanda-tanda awal si kecil nak keluar. semalam check mengandung dekat klinik desa nurse cakap baby dah masuk laluan dah. maknanya bila-bila masa dah boleh bersalin kot. bagi aku yang tak ada pengalaman ni memang tak tahu macamana rasa sakit nak bersalin tu. ada yang cakap rasa macam senggugut la..perut mengeras la..sakit belakang laa..kalau ada keluar darah or air ketuban tu senang la kan, tapi kalo rasa sakit bersalin ni payah sikit sebab rasa senggugut..perut mengeras..sakit belakang tu memang ada jek.

sudahnya pagi ni masuk lambat office sebab pergi makan pagi dulu dekat jalan pejabat, makan mee rebus sedap ooo. kepala pun ada ting tong lagi ni pening-pening lalat je rasanya. start dari tadi masuk office tapi tak ada straight buat kerja pun lagi masih main-main lagi ni. belakang pun masih ada sakit-sakit lagi ni.

Happy New Year 2012




Halluuuu..waa..lamanya menyepikan diri..dah berbulan-bulan lamanya menyepikan diri..
banyak betul la dugaan dan rintangan yang dilalui semenjak dua menjak ni..macam-macam ada..hahaha

ok..wish untuk tahun baru pun tak ada ok..hahaha..cuma mintak-mintak semua perjalanan hidup bertambah baik..rezeki bertambah murah..semoga baby lahir dengan selamat sihat hendaknya.. tanak la stress lagik dah..amin..

dah lama tak upload gambar terkini..semenjak pregnant ni langsung tak ada rasa nak mencomelkan diri..bila dah pakai cantik-cantik pastu tengok cermin pun tetap rasa macam tak comel..hakhakhak..pasal tu la tak ada snap picture yang terbaru pun...

Ujian berpuasa

1st day puasa tahun 2011 ni sebagai isteri dan sebagai bakal ibu insyaAllah..
Alhamdulillah aku berjaya puasa pada hari pertama bulan puasa ini dengan jayanya.. walaupun perut ada masuk angin dan kepala pun sudah pusing..sehinggalah pukul 6.30 petang..tiba-tiba aku rasakan pandangan aku kabur dan gelap semacam aje..

ok..ini adalah petanda awal migrain akan menyerang aku..aku bagitau umi dan umi suruh aku berbuka aje disebabkan keadaan aku yang dah makin teruk tu tapi aku yang tanak..yela tak sampao satu jam kot nak masuk waktu berbuka..

bila masuk waktu berbuka aku mula dah terkulai layu dah..oh tragisnya saat itu bila dikenangkan kembali..perut aku sudah penuh dengan angin..selera makan sudah totally out..aku hanya boleh minum air sahaja..dan kemudian aku muntah..aku cuba untuk makan nasi walaupun hanya sesuap dua sahaja yang mampu ditelan..tak lama kemudian aku muntah lagi..kepala pulak sudah berdenyut-denyut kesakitan menandakan migrain sudah mula menunjukkan belangnya..

aku cuba untuk minum lagi dan makan biskut tak lama kemudian aku muntahkan balik.. ohhhh..badan dah pun lembek dengan keadaan ini sehingga pukul 12.30 malam aku cuba untuk tidur..kesian mr.suami sebab terpaksa bangun banyak kali disebabkan keadaan aku yang macamni..sehinggalah aku tertido tanpa aku sedari..keesokannya aku apply mc sebab badan tak larat sangat dan kepala masih bersisa migrain..

sebenarnya aku mengalami alahan mengandung yang agak dasyat..aku tak boleh berada dalam keadaan yang lapar..perut aku akan masuk angin..bila perut dah masuk angin aku akan pening dan muntah-muntah..doktor dan nurse sarankan aku makan dengan kerap..nampaknya aku tak boleh berpuasa penuh untuk tahun ini..

hari pertama puasa 2011

Dah lama tak hupdate belog..
dah bersawang dah pun..

sebernarnya banyak cerita yang hendak di tampal dekat sini..
tapi masalahnya aku ni memang tak ada bakat langsung dalam karang mengarang stori mori ni..aku memang failed..tak hairanlah subjek karangan aku dulu memang susah nak dapat A.. A- pun jangan nak bau lah..

Sedikit sebanyak tapi memang banyaklah perubahan yang berlaku pada aku ni semenjak lepas kawen ni kan..yela daripada bujang kepada berdua pastu nanti bertiga pulak insyaAllah..

Bulan lepas majlis perkahwinan aku dengan suami telah selamat diadakan di kampung halaman suami tercinta..majlis Alhamdulillah sangat meriah dengan saudara mara sahabat handai yang datang meraikan majlis kami..softcopy gambar ada dengan butik lagi..aku belum dapat lagi so.. tak boleh nak upload lagilah gambar banyak-banyak..

Harini 1st day puasa.aku harap aku boleh puasa penuh tahun ni..tapi ok ke?larat ke? Ya Allah berikanlah kekuatan kepada ku agar aku dapat menjalankan ibadah puasa dengan sebaiknya..dan berikanlah kesihatan yang sihat sejahtera kepada anakku..amin..