Me and Myself

Okey..mari kita buat satu cerita yang bertajuk;-




Cerita Tentang Diri Sendiri





Kenapa Ifa Young??



Nama saya nazifah ahmad Muda..ramai yang panggil saya ifa..efa..siska..cik ngah..epa..epal..dan kadang2 anggur.. takpe saya tak kesah pon.. saya mengimpikan banyak benda dan banyak perkara sampaikan saya sendiri tak tahu mana satu yang saya nak.. saya juga mempunyai mood yang dapat bertukar-tukar dalam sekelip mata.. walaupun ada perkara yang saya tak dapat lakukan untuk penuhi impian saya dan semua orang, saya tetap bergembira..bak kata dia….



“Hidup Cuma Sekali Sooo…Kita ENJOY!!”



Owh..saya memang tidak pandai untuk bercerita..Saya tidak pandai membuat karangan atau menceritakan sesuatu cerita.. setiap kali jari jemari saya cuba untuk menari-nari pada keyboard.. automatik jugalah jari jemari ini akan menggigil kerana kekeringan idea.. otak cuba memerah idea yang bernas dan ketika itulah saya akan mula merapu..


owh..malunya saya.. ~____~





Ohh..Hangus Terbakar

Tengahari tadi dapat sms daripada encek tunang mengatakan bahawa perkakas untuk jualan burgernya hangus dijilat api dalam satu kebakaran kira-kira jam 11.00 pagi tadi..eceh dah macam wartawan tempat kejadiah pulak ni..

tapi betul ni, bukan main-main ni..ekceli encek tunang baru aje berjinak-jinak kucing dalam beniaga burger ni..encek tunang bukak restoran gerai menjual burger ni, berhampiran dengan kedai makan kawannya..so, semua barang-barang macam tong gas..kuali..meja..kerusi dan lain-lain yang berkaitan encek tunang tumpang sekaki payung yang disimpan dekat kedai makan kawannya hangus terbakar..silap-silap dah jadi abu dah kot..

So,lepas ni encek tunang dah kene pasang dan tukar strategi baru pulak..agaknya sedap sangat burger yang encek tunang buat kot sampaikan api pon boleh jilat semuanya..muahahaha *dalam ati sedih siot*

Tak pe lah encek tunang sayam..tabahkan diri anda ye sayam..jangan putus asa ok daling maling..CAIYOK!CAIYOK!!

Menjadi Anak Tunggal

My dear sis kena pergi kursus orientasi selama 2 minggu ke penang dan langkawi..owh seronoknya kursus sambil bercuti..nak ikut jugak!!tapi tak boleh ok! jadinya..aku dah pon menjadi anak tunggal kepada umi dan abah selama 2 minggu ini..so, kepada nuar young, liana manan, ila young dan ina young..jangan jeles ok! sebab...i akan menjadi anak manja kepada umi dan abah selama 2 minggu ini..ngehngehngeh *gelak jaat siot*

Angkara Terlajak Tidur



Tetiba teringat pengalaman yang menyeramkan dan menakutkan (tapi tak de la takut sangat cuma terkejut je yang lebih) yang penah berlaku dalam hidup aku kira-kira tahun 2005 atau 2006 yang lepas..aku dah lupa tarikh yang tepat bagi peristiwa yang berlaku dalam hidup aku ni haa..

Aku penah belajar dekat utara semenanjung dekat sintok nun haa..jauh di dalam hutan sintok..huuu..kebetulan masa tu aku balik kampung sebab umi dengan abah baru balik dari mekah mengerjakan ibadah haji..jadiknya..aku naik bas dari terengganu ke kedah seorang diri sahaja..dan aku telah berjanji dengan my fren, daniel member satu tempat study dan satu course untuk balik ke kolej sama-sama dari stesen bas shahab perdana.

bas bertolak seperti biasa la kan..takkan bas nak terbang pulak..aku plak malam tu kepala pening laa..ngantuk yang teramat sangat..kebiasaanya aku tido dalam bas, aku tak jatuhkan langsir bas..tapi malam tu, aku jatuhkan langsir bas dan tidur dengan nyenyaknye bagi memenuhi tuntutan mata aku yang mengantuk ni. oleh kerana aku tido tanpa menghiraukan keadaan sekeliling, tetiba aku buka mata dan tengok sekeliling...

Alamak!!kat mane ni..ini dah bukan nak pegi shahab perdana ni tapi dalam ati la sebab nak cover malu punye pasal..salah aku jugak tido tak sedor kan..aku tanya la akak kat sebelah aku ni..


aku : akak, bas ni dah sampai shahab dah ke??

akak : ha'ah dah sampai dah tadi..

aku : bas ni pergi mane kak?

akak : bas ni pergi kangar..


ok!aku dah terlajak bas dah ni..terlajak bas boleh di undur, terlajak kata buruk padahnye..damn!!macamane aku nak suruh pakcik bas ni undur balik sampai shahab..adess...

my fren daniel dah call aku tanya aku dah sampai mane..aku cakap kat dia..aku dah terlajak on the way ke kangar dah pon..selamber jek aku cakap kat dia..yela wei control malu laa..takkan aku nak terjerit-jerit plak..haaa???macamtu la kot agaknye si daneil tu terkejut.ko ni biar betul katanya..aku betul la ni..risau jugak si daniel ni yee..hehehe..

aku pon tak tahu apa yang patut aku buat..sementara bas sampai stesen bas kangar aku dok fikir-fikir apa yang patut aku buat ni..aku ingat nak lepak dekat surau aje ramai orang kan kat sana..so aku tak de la takut sangat kot..dalam hati tuhan je yang tahu..macam-macam doa dah aku baca masa tu..

sampai stesen bas kangar..aku tengok suasana sunyi sepi jek..mana surau??mane??pusing kanan..pusing kiri..tak de pon macam yang aku bayangkan..aku dah nak nangis ni..pakcik-pakcik teksi yang ada kat situ ramai laa..dah la aku sorang jek yang nak balik uum..yang lain semua nak pegi uitm la..dan mana-mana lagik lah..aku dah blur tak bleh nak pikir dah pon..kalo aku ambik teksi pegi uum sorang..maunya dalam rm40.00 gak kot..dalam purse ada rm50.00 aje tu pon sekeping aje..dah la aku sorang..pompuan laks tu..takut beb!!

tiba-tiba datang sorang laki kat aku..dia tanya "sape tadi tu yang terlajak bas tu??yang nak benti kat shahab perdana tu??" ohhhh..sangat malu ok!! abang ni rupanya dengar aku cakap telefon dengan daniel dalam bas tadi..malu pon ada ni...nak dijadikan cerita abang ni ajak balik skali kat rumah kakak dia..mula-mula takut gak nak ikut abang ni..tapi kalo tak ikut kang, naya pulak aku bila dok dengan pakcik-pakcik teksi yang ramai kat situ..

nasib baik abang tu (dah lupa nama abang tu..) bawak anak dia skali..jadinya..aku tawakkal berserah pada Allah ikut abang tu balik rumah akak dia..alhamdulillah semuanya selamat..

sampai rumah kakak kepada abang yang baik hati tu (aku pon dah lupa jugak nama akak tu)abang tu pon stori mori la kisah aku ni kat akak tu..rupa-rupanya..sebelum ni pon ada jugak budak yang terlajak nak benti shahab tapi dah sampai kangar..sama macam aku jugak laa..

abang tu baik..dia yang hantar aku balik uum..abang tu asal perlis, dia dok kat terengganu keje tukang masak dekat pelantar minyak kalo tak silap aku..dia balik kangar sebab ada interview nak dapat rumah kot..lupa laa sebab dah lama..heee
abang tu hantar aku balik kolej dengan selamatnya..dalam hati ada niat nak bagi duit minyak kat abang tu..tapi dalam purse ada rm50.00 tu pon sekeping aje..kalo bagi itu, takkan nak mintak balance lak kot..tup-tup tak bagi laa..

aku ucapkan terima kasih sangat-sangat dekat abang yang baik hati tu sebab tolong aku..aku pon lupa dah nak mintak nombor telefon abang tu..menyesal laa..sebab abah cakap nape tak mintak no.phone..kalo tak, boleh kita pergi menziarah dia...

pagi tu, aku pergi kelas macam biasa..tapi kawan-kawan baik aku tu dah gelakkan aku sebab terlajak dan tersasar jauh dah..malu aku seminggu sebab tu..ekoran dari kejadian tu, aku kena demam sebab terkejut!!