Showing posts with label Pre Wedding. Show all posts
Showing posts with label Pre Wedding. Show all posts

Undangan Majlis Perkahwinan

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum,

Dengan izin Allah dan rahmatnya, kami sekeluarga ingin menjemput ahli keluarga dan rakan-rakan ke majlis perkahwinan kami, Nazifah binti Ahmad @ Muda dan Mohd Fazly bin Idris pada 14 Mei 2011 di kg. Padang Tengir, Manir Kuala Terengganu.
InsyaAllah.





ok..kad jemputan ini adalah hasil rekaan mysis setelah mendapat kelulusan daripada aku sendiri dan juga umi dan abah.. simple and sweet i guess.. ;P









Jamuan istimewa kami sajikan,
Kehadiran tetamu kami alu-alukan,
Terima kasih kami ucapkan,
Bahagia pengantin harap doakan.

Amin.

(^__^)


Note : pengantin ada sesi outdoor fotografi selepas jam 5.00 petang.





aku telah mencuba kreativiti aku mengahasilkan pic aku dengan mr.tunam..walaupun tidaklah secantik mana pun..tapi ada aku kesah???hahahaha








ini percubaan pertama.. ok ke??







dan ini percubaan yang ke banyak kalinya..amacam ok tak???



Majlis perkahwinan 14 Mei 2011 click SINI


Terima Kasih!!



halawwww..

uhhh..dah lama bebenor tak hupdate belog nih..aku bukan apa..entah lah..tak tahu nak cakap macamana..bila bukak je belog..terus tangan jadik tak tahu nak tulis apa idea pulak dan dan itu la lari meninggalkan aku terkontang kating..

ok la..ekceli aku sebuk..yeke aku sibuk sebenarnya??sibuk dengan apa ye??konon-kononla sibuk dengan persiapan untuk majlis kahwin tapi sebenarnya masih belum siap apa-apa pun lagik.. semua orang dah cakap dekat aku dah tak ada banyak masa dah..habis tu nak buat macamana kan..kena buat pelan-pelan..sekarang ni aku dalam proses mengumpulkan alamat kengkawan semua..haaa!!!jadiknya..kawan-kawan semua tolong bagi alamat korang semua kepada saya ok?? senang saya nak hantar jemputan dekat korang nanti..ok??tq.. (^__^)

kalau persiapan barang-barang hantaran terhenti seketika sebab masih pening nak buat gubahan macamana..aku nak buat sendiri aje hiasan baranga hantaran tu..menjadi ke tidak hantaran tu nanti tak penting..aku belasah jela..janji aku buat sendiri!!cantik ke tidak kemudian kira..nanti aku mintak en. photographer shoot cantik-cantik maka cantik la jadinya nanti...muahahaha

untuk doorgift..paper bag dah ada..tapi barang dalaman tu masih belum beli..tengah fikir jugak apa nak bagi dekat tetamu nanti..my sis cakap bagi sesuatu yang berguna kepada diorang..jangan bagi benda yang diorang tak guna..umi dengan abah pun cakap macamtu jugak.. so, bila ditimbang kira pendapat diorang semua..aku pun membuat keputusan yang aku akan bagi makanan kat diorang jadiknya..semuanya makanan kot..aku tak payah pening memikirkan apa yang aku nak bagi..biar semua orang dapat makan..ok tak??ok la tu kot kan yang penting hati mau ikhlas maa..

pasal borang nikah pulak..ini masalah jugak ni..aku masih tak buat apa-apa lagik ni..borang dah ambik laa..saksi pun dah ada dah..nak kena isi borang..mintak tandatangan abah (wali)..saksi dua orang..pastu surat bujang..check darah..sambil-sambil tunggu borang nikah dari pihak mr.tunam insyaAllah sempat siap kot..

tapi kan..yang buat aku risau sekarang ni..CUACA!!..ye la cuaca ok??sekarang ni akhir bulan 3 tetiba je jadik musim hujan..kalau dulu-dulu rasanya waktu ni dah nak masuk musim panas ni.. kalau hujan time kenduri nanti macamana??yela..nanti sudah tentulah basah kan..pastu jalan pun dah berair..kesian kat tetamu yang datang.. aku harapkan hari tersebut cuaca baik..tak hujan..tetamu pun selesa nanti..insyaAllah..amin.

ok..nanti akan datang aku hupdate lagik ye??ok..daaa ;)

Ce Cite! Ce Cite!!

ok.. setelah sekian lama tak update belog..
hari ini aku kembali setelah ada sedikit perubahan yang aku lakukan dengan belog aku nih..
biasalah aku selalu tukar-tukar belog aku nih..aku cepat bosan tengok belok aku nih..walaupun aku tak de la tengok hari-hari pun..

ok..meh sini aku nak stori mori skit nih..
insyaAllah aku akan menamatkan zaman bujang tak lama lagi
mengikut perancangan 14.05.2011 (Sabtu)
kenapa tak buat masa cuti sekolah???

owhh..bab² tarikh ni aku serahkan semuanya kepada orang tua untuk menguruskannya..as long as aku dan mr.tunam dan keluarga boleh meluangkan masa pada masa ni..
umi n abah cakap kalau buat kenduri masa cuti sekolah nanti ramai sangat yang buat majlis kahwen dalam masa cuti sekolah ni..jadinya ramai jemputan yang tak datang nanti..macam majlis kahwen abang aku dulu..

so..kepada kengkawan semua..sila lah duduk bersila..eh!!bukan²!!
silalah mengambil cuti awal² ye..ini aku kasitau awal² ni tau!!
kad jemputan masih dalam proses lagik ni.. ;)


credit to en. google