Kisah Benar

Ada satu cerita ni..kisah ini benar-benar berlaku dan memang benar-benar terjadik..seorang pekerja ini encek Ali bukan nama sebenar ok. Encek Ali ni keje dengan Company yang sangat la besar naungan jajahan takluknya. Tapi pendapatan bulanan Encek Ali ni tak ada la sebesar company dia keje tu pon..bak kata pepatah melayu.."Jauh Panggang dari Api". Encek Ali ni keje di bahagian heavy industry (haish!!nak aje i tulis nama company tu besar² kat sini siap dengan tulisan besar colour merah pastu bold lagik..haa..biar semua orang tahu..)

Kalo tak silap laa, kisah ni berlaku dalam bulan Januari 2010 yang lalu..Last minit encek ali dapat satu panggilan dari senior dia yang mengatakan bahawa mereka terpaksa terbang ke Sabah keesokan harinya di atas alasan kerja. oleh kerana last minit, so..company tu mintak semua pekerja yang terlibat itu mengeluarkan duit sendiri untuk pembelian tiket kapal terbang. Pergi pon tak lama, esok pergi dan lusa dah balik dah..Semua pekerja yang jujur tersebut telah mengeluarkan RM500.00 ok..saya ulang lagik..LIMA RATUS RINGGIT MALAYSIA.. bagi urusan pembelian tiket flight tersebut.

Perjanjian pihak syarikat tersebut dengan pekerja yang pergi ke Sabah mengenai pembayaran semula tiket flight adalah bulan yang seterusnya..bermakna bulan Februari 2010 pihak syarikat akan menjelaskan kesemua wang tersebut. tapi disebabkan pihak syarikat itu yang langsung tidak bertanggungjawab terhadap pekerja² itu maka sehingga ke hari ini dan saat ini pekerja² yang bertanggungjawan dan jujur tersebut masih belum dapat RM500.00 diorang tersebut. encek ali telah merujuk kepada seniornya tapi seniornye sendirik pon tak boleh buat apa² pon.

Apa yang ingin dilakukan oleh pihak syarikat ini sebenarnya??menipu atau membuli pekerja² mereka???dari bulan Januari ke bulan Februari dan ke bulan mac dan ke bulan April sehingga la ke bulan Mei masih belum terima walau satu sen pon..lepas tu..atas nasihat dari seorang rakan, encek ali sendiri pergi ke bahagian HR companynya untuk minta penjelasan berkenaan perkara ini dan ingin mengetahui akan statusnya.

HR company nya masih tiada sebarang info mengenai perkara ini kerana mereka sememangnya tak buat kerja. pengurus hr siap call HQ di K.Lumpur untuk bertanyakan perkembangan ini. pihak HQ hanya memberikan jawapan yang perkara ini masih dalam proses. dan yang paling MALANG sekali adalah..pengurus HR tersebut telah mengatakan ini kepada encek ali "semasa mula² awak masuk kerja haritu..perkara ini telah pun diberitahu kepada awak bahawa awak tidak berhak mempersoalkan apa yang syarikat lakukan".haaa..bengang tak?bengang tak?

Adakah encek ali perlu mendiamkan dirinya sahaja..dan masuk pada hari ini dan saat ini, duit itu tatau macamane statusnya..kalo saya, saya suruh report je kat semua..buruh, balai polis, bomba, askar, maritim, sinar harian, utusan dan semuanya lah..biar satu dunia tahu..hahahaha(gelak jaat..sebab mmg dia jaat)

sangat tidak patut la buat benda ni kat pekerja mereka. apa diorang ingat gaji buruh² ni banyak sangat ke..nak makan lagik, perbelanjaan umah, minum pakai semua, hutang lagik..encek ali hari² balik malam keje ok..pastu esok pagi kene pergi keje lagik, letih maa..tak paham ke?kalo pengurus² yang ada kat bahagian atas tu yang rasa apa yang orang bawah rasa tentu tak macam ni..dah la kadang² overtime lambat..bulan ni tak dapat, tapi ok la bulan depan dapat..saya ingat diorang tak bleh la kalo tak bayar overtime sebab melibatkan banyak pekerja² lain.nanti kang tetiba ada kes lagik besar plak tapi kalo macam kes encek ali ni..tak ramai yang terlibat..so, senang la diorang buat macamtu. dah company besar tapi hampeh!!


apa ni buat macamni kat orang. banyak sangat la benda yang sangat tak ok..kesian kat encek ali ni..saya sangat bersimpati pada dirinya..

bengong!

Stress..Tekanan..

APA ITU STRESS...

Stress adalah istilah payong yang merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan,
ketegangan, panik, perasaan gemuruh,anxieti, kemurungan dan hilang daya.
Gejala stress ini terhasil apabila seseorang itu merasa yang keperluan melebihi dari keupayaan atau sumber yang ada pada dirinya.

Perasaan berkemampuan dan berkesan adalah mustahak pada seseorang individu.Menyedari yang diri adalah cekap dan efektif (dalam mecapai apa yang dihajati dan melaksanakan segala tanggungjawabnya) adalah prasyarat penting pada kebanyakan individu profesional dalam penerimaan diri, nilai diri yang positif dan kesejahteraan hidupnya.Jika kepentingan ini terlampau kuat dalam diri seseorang itu, maka ia akan lebih cenderung kepada stress yang dicipta dalam dirinya sendiri.

Reaksi stress adalah unik kepada individu itu. Apa yang kita definasikan sebagai stress, bagaimana kita beraksi kepada stress dan bagaimana baiknya kita mengawal stress adalah bergantung kepada bagaimana individu itu menerima dirinya dan orang lain. Seperti juga penerimaan seseorang itu kepada kebahagian dalam kehidupan, ianya adalah begitu subjektif.

Faktor persepsi adalah penting dan bermistri. Kerap kali apa yang dianggap racun kepada seseorang itu adalah madu pada orang lain. Sesuatu rangsangan luaran yang identikal itu boleh menghasilkan pengamatan yang berbeza di antara dua individu yang berlainan dan seterusnya menghasilkan tindakbalas yang berbeza. Sebab itu lah ada orang yang cepat merebut peluang kerana dia dapat melihat itu sebagai pembukaan kepada kejayaan, dan disebaliknya ada orang yang membiarkan peluang yang sama berlalu kerana ia melihatnya sebagai punca kepada kerugian atau kegagalan.

Bagaimana kita mengamati kehidupan adalah ditentukan oleh cara kita menerima diri sendiri. Oleh itu sesuatu realiti itu bukan dijadikan untuk kita, tetapi dibentuk oleh kita sendiri. Bergantung kepada diri seseorang, ada orang yang bangkit dengan cabaran dalam kesukaran kehidupan, ada orang yang menggelak, ada yang terus hidup bergelumang dengan kesukaran dan ada yang terus hilang daya dengan manifestasi gangguan saraf, sistem kardiovaskular ataupun kecelaruan psikiatri.

STRESS YANG MEMBANTU
Stress sebagai reaksi akut, adalah reaksi yang mempertahankan atau melindungi diri. Ianya merangsang diri untuk bertindak. Hormon adrenalin dan rangkaian hormon-hormon lain merangsang tubuh untuk bersedia samada untuk melawan atau lari.

Stress ini juga perlu untuk merangsang diri bertindak dan boleh memotivasikan dan menginspirasikan seseorang itu untuk mengerah segala sumber,dan potensi diri untuk kejayaan di luar keupayaan biasanya. Untuk mendapat kejayaan optima dalam kehidupan memerlukan penekanan pada diri. Rahsia kejayaan adalah membentuk imbangan supaya kita tidak terlampau menekan diri dan tidak terlampau leka. Tampa kesedaran ini tekanan kreatif boleh bertukar menjadi stress yang memudaratkan. Jadi reaksi stress itu tidak boleh dikatakan baik atau tidak, tetapi bergantung kepada cara kita bereaksi kepada stress dan mengendalikannya untuk menentukan samada ia menjadi dorongan yang
kreatif atau musuh yang merosakkan diri.

STRESS YANG MEMUDARATKAN
Pendedahan yang berulang dan berterusan kepada stress boleh melemahkan seseorang kepada penyakit fizikal, emosi yang tidak stabil, kecelaruan mental dan kerohanian yang tidak tenteram.

Ini menjadi lebih teruk jika dalam kehidupan tiada aktiviti riadah dan bersantai yang membentuk keseimbangan. Ketiadaan aktiviti ini akan membuat diri hilang kecekapan mengendalikan stress. Ini adalah kerana persepsi diri keatas aspek-aspek kehidupan akan terjejas.

Selain dari itu stress juga memudaratkan jika ia berpunca dari kelakuan yang tidak sesuai atau tidak praktikal. Pernahkah kita mengalami perasaan marah apabila terperangkap ditengah kesesakan jalan raya, atau marah kepada kerani yang pemungut bayaran bill kerana terpaksa menunggu lama.

Ataupun, stress paling memudaratkan jika kita memilih untuk terus bergantung
kepadanya tampa merelakan ia berlalu, walaupun punca stress itu telah bertahun-tahun berlalu. Di sini anxieti, kemarahan, perasaan bersalah dan ketakutan adalah menifastasi stress yang terus bermain di minda dan perasaan kita. Contoh stress seperti ini ialah perasaan keciwa dengan peristiwa-peristiwa lama atau perasaan hasad dengki dalam diri kita.

Belajar bertenang, melepaskan dan merelakan adalah penting untuk keharmonian dalam diri, kebahagian dan kesihatan.

CARA KITA BEREAKSI KEPADA PUNCA STRESS BIASANYA ADALAH LEBIH
MEMUDARATKAN DARI PUNCA STRESS ITU.
Harmoni dalam diri adalah penting untuk pemikiran yang kreatif, pengamatan yang jelas dan tepat, membuat keputusan yang baik, dan menyelesaikan masalah. Jika tiada harmoni dalam diri pengamatan juga akan gagal, kerana mata kita mematuhi aksi minda. Contohnya jika kita berada dalam keadaan murung maka kita akan mudah merasa hilang daya apabila berhadapan dengan cabaran. Apabila kita hilang daya maka bukit akan kelihatan setinggi gunung, dan kolam seluas dan sedalam lautan; kehilangan daya ini juga akan membuat kita gagal melihat kepada sumber atau potensi yang sebenarnya ada pada diri.

"Kita sebenarnya tidak diganggu oleh sesuatu yang berlaku tetapi oleh pendapat kita tentang apa yang berlaku" Jadi untuk memulihkan harmoni dalam diri kita mestilah belajar mengenali dan membaiki pengamatan, sikap dan kepercayaan pada diri. Hidup dengan baik dalam diri dan kita dan kita akan belajar hidup dengan baik dengan dunia sekeliling kita.

Keadaan kegelisahan yang berpanjangan menghasilkan paras hormon-hormon adrenalin dan cortisol yang lebih tinggi. Terlampau banyak adrenalin membuatkan diri cepat marah, penat dan gelisah. Terlampau banyak cortisol akan menekan fungsi pertahanan badan dan memudahkan diri mendapat penyakit. Tampa rihat, rekreasi dan masa untuk pulih dari ketegangan akan menyebabkan stress bertindih di atas stress yang sebelumnya dan ini akan memudaratkan badan. Pertahan yang paling baik ialah imbangan.

KEKUATAN DALAMAN:-

KEBERANIAN
"Orang bijak yang terperangkap dalam ribut tidak berdoa supaya diselamatkan dari bahaya, tetapi berdoa supaya disisihkan dari ketakutan. Sebenarnya ribut dalam diri yang membahayakan dirinya, dan bukan ribut diluar".

Stress beganding erat dengan ketakutan.Takut kegagalan, takut dalam pengharapan, takut perubahan, takut keseorangan, takut imag diri yang tidak baik, takut kejayaan, takut akan tidak dapat melakukan sesuatu adalah di antara bermacam-macam jenis takut. Takut tidak dapat melakukan sesuatu ada kalanya menghalang seseorang itu memulakan sebarang usaha. Penawar paling baik kepada takut tidak dapat melakukan sesuatu ialah dengan terus melakukannya.

Takut seperti juga stress ada positif dan ada negetifnya. Langkah pertama kepada pengawalan stress ialah keberanian, berani untuk menerima perasaan takut dan mengawal atau menakluki ketakutan itu. Bila berhadapan dengan ketakutan adalah lebih wajar mengambil kira hakikat/realiti dan bukan dogengan atau kebimbangan yang tidak realistik.

PENERIMAAN
Banyak orang telah mengalami stress tetapi terus dengan cara kehidupan yang sama dengan menggunakan penafian. Seseorang itu akan menggunaka mekanisma minda untuk mempertahankan diri dari sedar akan keadaannya yang sebenar.Antaranya ialah menidakkan atau merationalisasi perbuatannya itu mempunyai sebab-sebab yang boleh diterimanya. Contohnya seorang perokok itu menidakkan keadaan paru-parunya yang tidak sihat dan mengatakan merokok itu baginya melegakan stress. Mekanisma mempertahankan diri ini agak sesuai dalam mengendalikan diri semasa berhadapan dengan stress yang besar tetapi bukan cara yang baik untuk megatasi masalah atau stress yang berpanjangan.

Pengawalan stress yang berjaya ialah dengan bersikap "Apa yang boleh dilakukan" dan tidak "Kalaulah………" Dengan penerimaan dan bertindak melegakan stress yang memudaratkan akan membantu diri kita hidup dalam keadaan sihat dan cergas.

PERASAAN
Adakalanya bukanlah sangat sesuatu yang berlaku yang mencetuskan stress tetapi perasaan yang terbangkit oleh peristiwa tersebut yang mendatangkan stress kepada seseorang.

MENDENGAR DAN MEMERHATI KEADAAN BADAN
Dengar dan memerhati diri dan bahasa badan.Kebanyakan masanya kita mengabaikan petanda-petanda awal akan keadaan diri yang tegang. Contohnya seseorang itu akan terus hisap rokok walaupun kerap batuk dan sesak nafas, terus mengambil lebih banyak kerja walaupun badan mengalami keletihan dan perasaan mudah terganggu. Ada kalanya stress lebih meningkat kerana kita megabaikan signal-signal awal yang dikeluarkan oleh tubuh kita.

EXPRESSI
Kawan yang paling bernilai adalah mereka yang boleh mendengar dengan baik.
Memendam rasa dan kebimbangan akan menyuburkan lagi stress. Dengan melahirkan kebimbangan atau ketakutan adalah langkah pertama membolehkan diri berhadapan dengan stress, mengawalnya dan seterusnya melepaskan stress tersebut.

Berhadapanlah dengan stress, dengan becakap, menulis, menyayikannya, ketawa,
menangis dan lain-lain lagi. Cara ini membantu kerana dengan melahirkannya, akan menjelaskan dan meletakkannya sesuatu konflik kepada perpektif yang lebih objektif. Ekspresi menggalakan penyembuhan.

Menulisnya boleh membuatkan yang subjektif lebih objektif, yang tak sedar di bawa kepada kesedaran dan yang tak terlahir kepada yang dilahirkan. Tulis tampa tapisan, bebas, berterusan dan tampa kritikan. Selepas itu simpan kertas itu ditempat yang selamat, dan analisanya secara objektif tampa terlalu beremosi, 1 jam, sehari atau seminggu selepas itu.

Satu lagi cara ialah dengan menulis diari stress setiap hari. Dengan cara ini kita akan lebih peka akan pertalian pemikiran dan perasaan kita dan seterusnya dapat memperbaiki bentuk-bentuk pemikiran dan perasaan yang negatif.

SAHABAT
Perkongsian masalah dengan sahabat akan menggandakan keseronokkan dan
mengurangkan penderitaan. Setiap kita mengalami kesukaran kehidupan yang
membolehkan kita berkongsi cara-cara penyelesaian. Hujan tidak menimpa ke atas bumbung rumah kita seorang sahaja. Pengasingan dan kesunyian boleh menukar perpektif keatas masalah menyebabkan masalah itu dirasai lebih berat.

SOKONGAN
"Seseorang itu merasa sunyi kerana ia cenderung membina pagar dari membina
jambatan". Sokongan dari keluarga, kawan-kawan, ahli komuniti, profesional dan
pertubuhan kebajikan boleh meringankan stress yang terhasil dari krisis kehidupan yang besar.

KUMPULAN PENGURUSAN STRESS
Adakalanya menyertai kumpulan-kumpulan pengurusan stress yang profesional boleh membantu menguruskan diri dan mempelajari cara-cara menggunakan stress untuk kebaikan dan mengawalnya dari menekan diri sehingga kemudaratan.

ADAKAH STRESS ITU SAYA PUNYA?
Sikap dan penyakit orang lain mudah berjangkit. Manusia ada tabiat untuk mengalihkan stressnya kepada orang lain. Pernah anda merasa tertekan dengan kemarahan dan kelakuan negatif dari ketua, ibu-bapa atau pasangan anda?. Agak senang bereaksi kepada mood orang lain dan adakalanya tampa kita sedari kita telah menyerapi stress yang diluahkan oleh orang lain.

Langkah terbaik ialah dengan menerima perasaan orang lain, dengar kepada masalahnya, beri simpati, nasihat atau maklumbalas, tetapi jangan mengizinkan orang lain menanamkan stressnya ke dalam diri kita. Kita perlu sedar tentang identiti diri sendiri.

BERTINDAK
Kita hanya mendapat imbuhan dalam hidup ini dengan bertindak. Pengalaman stress memerlukan reaksi. Dalam banyak hal reaksi ini ialah "lawan atau lari". Dengan lain perkataan kita mengatasi masalah dengan tektik lawan iat itu berkonfrontasi, bersikap asertif dan positif, atau dengan mengunakan taktik lari iaitu mengelak, relak dan tidak mengindahkannya. Selain dari lawan dan lari reaksi ketiga yang mungkin terjadi ialah terus kaku. Reaksi kaku yang biasa dimanifestasikan ialah panik, anxieti, keraguan, melenggahkan kerja, dan bersikap "kalau lah.....".

Jadi bila berdepan dengan stress, dari terus berada dalam keadaan gelisah dan
kebimbangan, adalah lebih baik mengarah diri untuk memikirkan "Apakah yang boleh saya lakukan sekarang ini untuk mengurangkan stress?" Dan kita akan sedar bahawa selepas 15 min melakukan apa yang sepatutnya kita lakukan, kita akan makin hampir dengan penyelesaian. Dengan melenggahkan penyelesaian beban stress akan terkumpul dan adakalanya menjadi kronik.

LANGKAH DEMI LANGKAH
Semasa mengalami stress perkara yang perlu dikerjakan akan dirasai begitu besar dan sukar. Jika kita memikirkan secara keseluruhannya maka kita mungkin sukar untuk memulakan usaha kita. Begitu juga dengan seorang yang bakal menjadi seorang jutawan, dia perlu belajar mengutip wang sen sebelum mengutip wang ringgit. Jadi rancangkan tugas dan tanggungjawab anda kepada bahagian-bahagian yang kecil dan lakukan serta bereskan satu persatu. Ingat, perjalanan yang jauh itu bermula dengan langkah yang pertama.

Buatkan senarai mengikut kepentingan kerja dan buat satu persatu mengikut kadar yang kita mampu. Mungkin untuk setiap senarai kerja yang kita mampu bereskan kita boleh menghadiahkan diri kita dengan sesuatu yang kita idam-idamkan. Langkah ini adalah baik untuk terus menggalakkan usaha kerana ia akan mengukuhkan semangat kita untuk mengulangi kejayaan yang sama atau yang lebih baik.

MENUKAR PERSPEKTIF
Sesuatu masalah ada lebih dari satu penyelesaian. Cari pendapat baru, sudut baru,pemerhatian yang lebih teliti, mejauhkan diri dengan cara melihat masalah kita itu dari kedudukan orang lain adalah di antara permainan minda yang boleh membantu mengawal stress. Ketawa, relaks, senaman, meditasi,sembahyang, komunikasi, hiburan, persahabatan adalah cara-cara praktikal untuk mengurangkan stress

jom cuti!!

haluuuuu...ahaaa..gediknye akooooo..hehehe..da lama tak menghupdate belog ni haa..tatau la nak cakap sebok pun tak de la sebok sangat..tapi ini la diriku ini..saya pegi becuti ngn adik ku yang selalu dekat dimata dan dekat dihati..thanks to my sis sebab ajak kakzi pegi becuti..huuu..


ekceli..cite² ni da basi berulat da pon..hukhukhuk..

saya and ina pegi becuti kat pulau kapas selama dua hari satu malam..ini pon kerana kapas island resort yang offer kat my sis ni..so, kami bedua pon terkedek-kedek la pegi kesana..umi ngan abah yang anta kan kitorang kat jeti marangggggg nun..sampai kat jeti terpinga² jugak la sebab tak penah² pegi pulau nih..alalalala..nape pulak pegi bukak cite yang memalukan diri sendirik nih!!patutnya jangan kasitau orang tak penah pegi tempat² yang canggih manggih ni haa..tapi.......yang biasa pegi nye..pulau kambing ngan pulau bahagia..argghhhh..jangan marahkan saya..betul apa..itu pon pulau jugak kan??kan??muahahaha..



jom layannnn gambaa..









ini time rehat petang sampai tu haa..punye la banyak makan lapar punye pasal..



time ni menahan cahaya matahari yang amat silau..sampai kan mata pon da sayup² je nampak..





Lihatlah keindahan pokok-pokok yang terdapat disini..kitorang pusing satu chalet ni haa..tapi saya ngn ina plak asyik berposing amik gamba..huuu






Kami memang suka menempek kan muka kami di mana² aje..
nasib baik ada penangan skin care Melilea..kami tetap cun walau dimana jua kami berada..ngehngehngeh..







Sampaikan di batu ini pon boleh aje landing amik gamba..
gaya kaku giler kan..






Buai laju-laju..sampai cucuh atap..lalalala..
alamak..tidak!!!!!
(tak sanggup nak luahkan dengan kata²)






Salah satu aksi gedik..






Saya suka pic ni..cantik tak???
cantik kan??kan??kan??





Saje je kami amik gambar ngan batu² kat sini sebagai bukti yang kami betul² sampai sini..






Matahari dah hampir terbenam..







Ini la kengkawan baru kami..malam ni ada karaoke..Best!!!!






Sambil-sambil kitorang tunggu masa island tour tu, kami pulak berposing lagik amik gambo..kapal kat belakang tu la nanti kitorang naik untuk island tour..






lalallalala..buat tatau aje k..






Berkumpul ramai-ramai untuk aktiviti island tour..inilah geng² kami..






Kat atas kapal dah ni..buat² muka selamber aje..seb baik takde mabuk² laut..



Oh tidak!!!!!!!!!!!!!! jangan tengok gambar bawah ni..sangat malu...


pelizzz...








jangan laaa...


~





~





kan da cakap jangan tengok gambar ni...sangat tembam ok...
masalah berat ni...







ala-ala catwalk gitu..tp..saya ada dua kaki tak sama macam si kucing ada empat kaki...













Ini da pon sampai jeti nak balik dah ni..sempat lagik xpose kan diri ..







ok da abes da..


tamat.

Tiada Tajuk..

ahai belog!jumpa lagik kita di sini..di ketika ini..di saat ini..dan di sini (berapa banyak di sini daa..haishhh..) perasaan sekarang masih ada lagik jiwa sengsara dan untuk menyembuhkan gundah gulana tersebut..saya mengambil keputusan untuk menconteng disini..

petang tadi pergi dekat majlis pertunangan..jauh jugakla rumah pihak yang berkenaan kerana jalannya yang agak berliku-liku hingga mencabar saya untuk hampir-hampir drift..jengjengjeng..biar betik ni ifa..pandai ke saya drift ni..jalan straight pon suda tergagap-gagap ini kan pulak jalan yang berliku-liku..

pihak berkenaan yang mengadakab majlis pertunangan sangat la agak meriah (haa??macamana tatabahasa dengan ayat yang berterabur ni???haaa??)..ye..ye.. jangan mara ok..teruskan membaca ajee ok..pelamin tunang diorang suda macam mau kawen..cuma tak de kerusi untuk sanding aje..gambar dalam phone daa..blom transfer masuk lappy g..

abes majlis menyarungkan cincin, terus aje kuar rumah dan makan..tak tahan tu haa sebab dari pagi tadi g blom makan..sangat tidak sopan kerana tamak haloba melihat makanan yang tersedia itu..terus tidak menjeling kiri dan kanan, perut yang lapar perlu diisi dahulu baru boleh pikirkan hal yang lain..

sekarang ini suda bosan laa..tatau nak buat apa..macam nak kuar jenjalan tapi tak besh laa..seperti ada satu kekurangan yang teramat sangat..perasaan yang sangat tidak enak laa..

ok daaa....

Jeng..jeng..jeng..

wachaaaa...





sesaje ni bikin gempak..




sila jangan mara yee..

~


~

~



si tembun dan si comey..





dan pemenang bagi ratu yang paling hebat bergaya di bawah 20 tahun dimenangi oleh..............




gayanye yang sangat bersahaja....









tadaaa....










dah abes daaahh..



itu aje..


Pada suatu hari..

Pada suatu hari..saya..ina..hadi..dan balqish keluar jalan-jalan pusing-pusing terengganu..tidak lama kemudian tibala kami di suatu tempat yang bernama Taman Tamadun Islam a.k.a TTI.. Hadi dan Balqish suka bermain buaian di taman permainan di situ..Mari layan gambar-gambar mereka...


~



~


(kenapa saya seperti baru belajar buat karangan???)


~

~


sila abaikan bebelan saya..


















Note : sebenarnya balqish tatut sampai menangis sebab kene dera ngan makcik²nye pakai baju tebal orange itu...
muahahahaha(gelak jaat)..

Pabila beraksi secara spontan..


Saya di opis ni..saje je melayan blog di tengahari nih..ekceli..saya baru je abes di audit oleh JTK..Biasalah diorang datang sini untuk pantau memantau company dalam menjalankan aktibiti seharian..manalah tau kang tak de bayo kat pekerja² lak kan..hee..Okla..so far so gud..i feel gud..hmm..tetiba je nak makan sunday kat M.D. wow!beshnye nii..nak makan laa..urmm..

Pastu godek-godek pc kat opis tetiba ada tejumpa terlihat ternampak pic yang sungguh la kiut miut ni hingga membuatkan saya tersenyum sorang²..alamaks! membe opis da sound daa apasal senyum sorang² nih..ngehngehngeh..



~

~

~





Picture cik rusyda..saya suka pic cik rusyda pakai tudung ni..matanya yang bulat bibir yang mungil idung nye yang sejemput tu..wakakaka... pastu pakai tudung senget..walaupun senget tp sangat kiut miut hingga rasa nak cubit pipi nya yang tembam membulat itu..


~

~



seterusnya.....



Pic ni nice..hmm...tiga orang adik beradik nih tatau ler sedang nengok hapa kebenda nye tuh..sampai bersungguh² sangat mengangkat tangan dan menunjuk ke atas..mungkin ada jet pejuang..atau..burung besar sedang melintas lalu disitu..sangat mengujakan mereka semua..haish..(saya masih lagik tertanya-tanya apakah benda yang sedang dilihat oleh mereka ini..hmmm)


~

~



dan yang kesekian kalinya...


~

~

tadaaaaa......



kuikuikui..pic ni kan..ni pic anak buah saya..Encek Nabil Adib..ini kat kedai makan ni haa sambil² ngah tunggu order sampai..masa ni ngah glamour iklan-iklan ni kuar kat tv.."digi - kubersamamu" yang makhluk bewarna kuning pekat tu haa yang ikut aje kemana aje tuannye pegi..tetiba tingat cite Titanic ; u jump i jump..macam tu ibaratnye iklan tur..haish..

Sampai sekarang rasanya encek nabil masih belum mengetahui tentang gambar yang di candid oleh makcik-makcik ngn pakciknya..peace ya Nabil~~