Undangan Majlis Perkahwinan

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum,

Dengan izin Allah dan rahmatnya, kami sekeluarga ingin menjemput ahli keluarga dan rakan-rakan ke majlis perkahwinan kami, Nazifah binti Ahmad @ Muda dan Mohd Fazly bin Idris pada 14 Mei 2011 di kg. Padang Tengir, Manir Kuala Terengganu.
InsyaAllah.





ok..kad jemputan ini adalah hasil rekaan mysis setelah mendapat kelulusan daripada aku sendiri dan juga umi dan abah.. simple and sweet i guess.. ;P









Jamuan istimewa kami sajikan,
Kehadiran tetamu kami alu-alukan,
Terima kasih kami ucapkan,
Bahagia pengantin harap doakan.

Amin.

(^__^)


Note : pengantin ada sesi outdoor fotografi selepas jam 5.00 petang.





aku telah mencuba kreativiti aku mengahasilkan pic aku dengan mr.tunam..walaupun tidaklah secantik mana pun..tapi ada aku kesah???hahahaha








ini percubaan pertama.. ok ke??







dan ini percubaan yang ke banyak kalinya..amacam ok tak???



Majlis perkahwinan 14 Mei 2011 click SINI


Terima Kasih!!



UUM dan kenangan

Pertama kali aku menjejak kan kaki ke UUM pada 1 Jun 2003..Wow!! tak pernah aku sangkakan yang aku akan menjejakkan kaki aku di UUM nih..bukan aje di UUM tapi di mana-mana Universiti pun tak pernah ok..yela aku ni bukannya student harapan pun kan..

Keluarga aku yang menghantar aku ke UUM ni..abang aku sanggup balik dari KL masa tu sebab nak hantar aku mendaftarkan diri ke UUM.abang dengan abah yang drive kereta tau sampai ke Alor Setar, rumah keluarga abg zul..abang ipar aku..kitorang sampai rumah mereka pun dah petang dah..malam tu kitorang tidur awal sebab pagi esoknya nak gerak ke Sintok awal pagi. Jalan ke UUM ikut highway sibuk ok..ramai budak-budak lain pun yang gerak kesana.ala jem pun dekat tol aje..

Perjalanan dari Alor Setar ke UUM, Sintok ada la dalam satu jam..jauh sangat tempatnya..dalam hutan tau..tapi hutan moden laa sebab ada banyak bangunan dah..Aku terus ke Kolej Yayasan Al-Bukhari (YAB)..besar tau kolej ni..kolej baru..beratur mendaftarkan diri punyala lama ok.. penat tau?bila aku dah setel mendaftarkan diri dapat kunci bilik..aku pun apa lagi..terus angkut barang-barang dengan pertolongan family aku..hati berdebar-debar sebab tak tahu siapa la roomate aku kan..baik ke tak kan..kang kalau kena pembuli nahas aku kang kena buli..

Sampai aje bilik..aku bagi salam dan masuk..ada beberapa perempuan kat dalam tu..aku perkenalkan diri aku..dan begitu juga diorang..ohhh..roomate aku ida dan norma..sorang lagi roomate aku entah dimana..agaknya pergi jumpa family diorang dulu kot..bilik dekat kolej aku ni kongsi dengan 4 orang tau..aku yang paling last masuk bilik..jadiknya ambik aje mana katil..meja..almari yang tinggal..memang dah tak boleh memilih dah pun.

umi tolong aku kemaskan barang-barang aku..pasang cadar..simpan barang dalam almari semua..bila semuanya dah setel..waktu pun sudah meninggi hari..aku pulak tunggu masa untuk berkumpul untuk menjalani minggu orientasi bermula..umi dengan abah dah pesan macam-macam dekat aku..sedih aku tau masa diorang dah nak balik..yela aku mana pernah dok jauh dengan diorang kan..dulu time sekolah aku duduk asrama pun asrama desa aje..10 minit je dari rumah ok..form six haritu pun duduk umah sewa pon dekat aje..tak sampai setengah jam pun..ini dekat sini aku kena berdikari sendiri..masa tu aku tak ada pakai telefon bimbit pun lagik ok??mana nak ada telefon time ni..aku nak mintak duit dengan umi dan abah ke??oooo tidak laa..kesian kat diorang..paling kurang pun telefon masa tu nokia 3310..harga dalam RM200 ke RM300..masa tu penghubung aku dengan family aku adalah public phone..kalau telefon pun ke nombor telefon rumah laa..diorang pun mana ada handset laa!!

tiba masanya..umi abah abang abang zul adik aku pun pulang ke Alor Setar..tinggal la aku sendiri di bumi Sintok ini..dah la aku sorang-sorang kat sini..ada kawan aku form six yang sama dapat study dekat UUM ni tapi lain kolej laa..aku kena carik kawan..roomate aku?? aku tengok ida dah ngam dengan norma..tinggal sorang lagi roomate aku..oppss lupa pulak roomate aku sorang lagik tu Jun nama dia..budak perak..ida budak melaka..norma budak pahang dan aku???of course la budak terengganu!

so far..diorang pun ok..pergi ke dewan sama-sama..makan sama-sama pendek kata semua sama lah..minggu orientasi selama seminggu macam-macam yang ada..kena marah..kena nyanyi kena belakon..macam-macam lah pengalaman yang ada..senior-senior pun baik aje..diorang tunjukkan tempat study dekat kitorang supaya kitorang student baru ni tak sesat dan tak ada silap masuk kelas lain..kitorang dekat sini kena naik bas tau kalau nak pergi kelas..kalau nak jalan kaki pun boleh jugak tapi masuk kelas dengan bau skali la nanti..kolej aku dengan kelas bukannya dekat ok..motor dengan kereta tidak dibenarkan bawak masuk ke dalam..kalau nak jugak, kena mintak kebenaran isi borang, bagi surat tunjuk sebab..kalau dapat pas masuk kenderaan pun untuk 1 sem aje..sem depan kena mohon lagi.

hujung minggu pertama kitorang 4 sekawan keluar pergi Alor Setar..tunggu bas punya la lama.. aku dah lupa apa nama bas yang selalu kitorang naik kalau nak keluar tu..tapi hujung minggu tu aku kena berebut naik bas..himpit-menghimpit..aku keluar ikut diorang aje..aku bukan kenal pun tempat dekat Alor Setar ni..itu pun ikut tunang jun, enan..kitorang pergi CT Plaza..Pasific.. jalan kaki jauh jugak antara dua tempat tu tau..kitorang balik malam, berebut lagik naik bas tau.. penat sangat..sampai bilik tak lama terus siap-siap dan tidur..





Ini gambar kolej kitorang batch 2003..punyela ramai..korang carik aku sampai pagi pun conform tak akan jumpa lah..hahaha


note : Entry ini dedicate kepada ida, norma, dan jun..rindu kat korang semua..lain kali aku stori mori lagik pasal cerita aku time studi keh!!lagipun aku memang failed kalau bercerita nih memang tak menarik langsung.. ;)

apa??kena samun??

ok..kisah ini berlaku semalam ok..semalam lebih kurang dalam pukul 11.00pg mr.tunam ada call aku..ala..saje je dia call aku..aku kan tunangan dia..dia kerja semalam tapi half day aje laa..kejap je call pun..sembang biasa aje..dia bagitau nanti dia balik tengahari dia nak pergi kenduri kawen sepupu dia..kemudian dalam pukul 12.30 tghari aku mesej dia tapi dia tak balas..ok biasala dia kerja dia sibuk kot..kemudian dalam pukul 1 lebih aku call dia tapi tak berjawab pulak..banyak kali call tapi tak jawab..

eh..mana dia pergi ni??mesej tak balas call tak berjawab pulak..dari pukul 1 bawak ke pukul 3.00 ptg.. 4.00 ptg.. 5.00 ptg.. 6.00 ptg.. 7.00 ptg.. 8.00 mlm.. 9.00 mlm.. hish..mana pulak dia ni pergi hati dah mula kerisauan dah..takut ada apa-apa jadi dekat dia kan..call tanya adik dia samada mr.tunam ada pergi kenduri tak..then adik dia bagitau dia tak datang..halamak!!pelik ni..tak kan la ot kot sampai malam tak balik-balik lagi kan..tak ada apa-apa kot tu..ala dia kan biasa buat macamtu..

lebih kurang pukul 9.30 malam macamtu laa..mr.tunam call..

aku : "hello.."

mr.tunam : "hello..yang!! tahu tak?? workshop kena samun tadi..b dengan kawan b kena ikat..mulut kena tampal dengan plaster..kena pukul pastu pengsan tak sedar apa-apa pun.ini baru sedar.. bos datang tengok bengkel sebab dia mesej dia call kitorang tak ada balas apa-apa pun..abes semua barang-barang dekat workshp ni kena curi semua dah..b nak pergi balai buat report dulu ni.."

mak aii..dia punya penjelasan..aku tak ada cakap apa-apa pun lagi..dia dah cakap..

aku dah agak dah..macam ada apa-apa yang jadik aje..alhamdulillah mr.tunam ok tak ada apa-apa..wallet ada..handphone dia tak ada kena curi..belakang tengkuk dia sakit sebab kena pukul..dia cakap kumpulan samun tu dalam 7 orang macamtu laa bawak parang..huh!!suspen betul ni..bawak parang semua ni..dia berdua aje dengan kawan dia masa tu dekat bengkel tu..mana nak lawan kan..cari nahas la jawabnya tu..diorang datang siap-siap dengan lori dah untuk angkut semua barang-barang yang ada..

macam-macam pengalaman yang agak menggerunkan mr.tunam dah lalui..kena samun time nak bank in duit dekat mesin atm..ini pulak kena samun dengan parang..syukur Alhamdulillah dia selamat tak ada apa-apa..semoga lepas ni dah tak ada apa-apa yang menggerunkan lagik dah..amin..