Andai Itu Takdirnya..


ok..esok cuti sampai hari ahad dan aku telah menambahkan cuti aku dua hari lagi sehingga selasa..oooo yea..seronok nye..sudah lama tak ada ambil cuti lama-lama..esok insyaAllah aku gerak ke perak menghabisi masa cuti..hehehe..tak adalah..mana ada..aku pegi dua hari satu malam je pun..nak mampus pergi lama-lama..gagagga..aku lepak rumah my fren.. pergi ni pun cadanganya nak setel kan apa-apa yang patut la dengan encek sayam..ooo??adalaa..Rahasia tau..mana boleh bagitau..

ini pun tak tahu nak buat apa nii..keje belambak ni..kepala ting tong r..malam tadi tidur pukul 5.00 pagi ok..waduh-waduh kepala sekarang manyak mening ooo..manyak tarak tahan laa..malam tadi balik daripada hantar ina kat bus stand..aku menghabiskan mentelaah novel yang baru semalam my sis ni dapat..alaaaa..dia dapat free aje novel tu hadiah misteri daripada sinar harian sebab gambar dia ada dalam paper yang mukanya dibulat tu haaa...so, dapat la dia novel tu..tapiiii aku yang khatam dulu..

tajuk novel "ANDAI ITU TAKDIRNYA"..besh oooo..sangat besh..sangat feeling banyak-banyak bila baca novel ni..dah lama sebenarnya aku tak baca novel nii..ingatkan nak sambung baca hari lain cerita tu..tapi dalam hati bergelodak je nak baca novel tu sampai habiss..aku ceritakan sikit ye sinopsis novel ni yee...

ok..kisah dramatik apabila Aleya dan Syed Aizril ditangkap khalwat kerana dianiaya oleh seseorang kerana dendamnya..mereka dipaksa berkahwin demi menuntut malu..Aleya dituduh oleh Syed Aizril yang merancang kes khalwat tersebut..dan lebih malang apabila Aleya dirogol oleh suaminya sendiri dan didera dari segi mental dan fizikal ketika dia sarat mengandungkan anak suaminya sehingga menyebabkan Aleya hampir mati..ibu bapa Aleya membuang nya kerana malu..suaminya tidak mengaku dia isterinya dan bercadang untuk berkahwin dengan sepupunya Sharifah Emilin.. Syed Aizril kemalangan jalanraya dan bermula dari situlah dia menyesal di atas perbuatannya terhadap isterinya dan anak kembarnya..dia merayu kepada isterinya agar memafkannya dan diberikan peluang untuk dia membetulkan kesilapannya terhadap Aleya..Aleya menerima Syed Aizril demi anaknya yang perlukan ayahnya kerana dia mempunyai penyakit yang boleh membawa maut. tapi..disangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari..kerana sikap baran Syed Aizril dan egonya yang begitu tinggi..Syed Aizril hampir kehilangan Aleya dalam hidupnya..Aleya begitu tabah menghadapi dugaan yang menimpa dirinya..dia redha menerima setiap ketentuan andai itu takdirnya..




Aku memang fail nak cerita feeling habis nih..tapi serius aku cakap beb..novel ni memang besh giler..ada part yang buat aku menangis..dem!!mencik ahh..suka novel ni gile touching..eh, doakan aku selamat pergi ke perak dan selamat sampai terengganu balik nanti yee..gerun la sekarang ni nak naik bas ekspres ni..sebab banyak sangat la kejadian-kejadian bas excident ni..menakutkan laa..lagi satu doakan jugak supaya tak banjir yee..kesian kat aku..

daaa..

aku suka dia..dia..dan dia..


aku suka dia..suka sangat..dia semat..hensem..memikat hati..senyuman dia menawan..mampu menggegar jiwa..membuat diriku berdebar-debar dup dap dup dap..ahhh..semua dia ada lah..tapi dia ni (orang lain pulak) pun hebat jugak..owhhh..kenapala aku suka kat diorang ni semua..tapi aku lebih sukakan dia..

argghhh..mereng dah aku macamni..semua orang aku suka..semua orang aku nak ni..
emmm...boleh tak kalo aku nak semua??tak boleh laa..aku pun nak sorang jee..kalaulah dia pun sukakan aku kan best..tapi..siapalah aku dimata dunia??

kau dah jauh merapu cik ifa..kau dah jauh menyeleweng ni???

ohhh..maafkan aku wahai dikau..kerana...
aku nak buat macamana dah aku sukakan dia..

-peace-

*__*

Aku Kena Pakai Spek Kot??


malam tadi mata dah pedih-pedih sakit kepala lagi..aduyaii..
hari-hari sakit kepala..mau potong rambut ke..migrain ke..semak ke..pastu tetiba teringat sesuatu laa..mungkin aku kene pakai spek semula nii..terus ambik spek lama cuba try and test pakai..tetiba rasa lega..fuuuuuhhh...betul la agaknya aku kena pakai spek semula ni..

dulu aku pernah mengalami symptom² yang macam ni..sakit kepala..kepala pusing..mata pedih..tak tahan tengok cahaya..then aku buat spek mata..bila dah lama aku pakai spek..tetiba pulak aku rasa sakit kepala lagik..aku ingatkan power mata aku dah makin naik lagi..masa tu pulak aku rasa selesa bila tidak berkacamata..dan sehinggalah ke saat ini..mata aku dah rasa pedih-pedih..kepala ada rasa sakit-sakit pening..nampaknya aku kene pakai spek lama la kot..spek lama pon ok lagik..

sebenarnya...aku malas nak pakai spek ni..cerewet laa..nak tido kene bukak spek..nak makan kene bukak spek..nak mandi semua bagai pon kene bukak spek..aku bukannya suka benda-benda yang macamni..tapi nak buat camana kan..hari ni datang office tapi tak bawak spek pulak..mata pon dah pedih ni..

Perasaan sayu dan pilu bermain di jiwa

Tajuk entry pon dah menunjukkan perasaan aku yang sayu dan pilu kan..kan..kan..
apa pilihan yang aku patut buat ni??apa aku kene lakukan ni??
(eh macam soalan yang sama je nii)


Sebenarnya perasaan aku bukan sayu dan pilu tapi lebih kepada serba salah..tapi last-last ada jugak rasa sayu dan pilu..oh tidak!!!

ekceli..hujung minggu ni, 04.12.2010 my fren kahwin..
my fren suriati..dia budak kedah..aku deng
an dia berkawan sebab kami satu tempat study dulu..pastu satu course..satu kolej..lagi pulak satu kelas..kami sama-sama pergi kelas..berebut naik bas dengan budak-budak lain..

mengimbas semula memori daun pisang masa
zaman belajar pada zaman dahulu kala..kami selalu buat assignment sama-sama..pendek kata kami memang akan duduk dalam satu kumpulan lah kalo siapkan assignment yang lecture bagi sebab memang kami memang boleh buat keje sama-samalah..

kadang-kadang kalau hujung minggu, saya akan melepak kat rumah suriati..family dia pon baik sangat..makan besh..kiranya terubat jugak la kerinduan hati dekat keluarga di kampung masa tu..bila dah abes study ni..aku bekerja dekat kampung..manakala suriati dapat kpli dan dah jadik cikgu dah pon..mengajar dekat sarawak sana..jauh tu haa..



ok..stop!stop!sudah-sudah la tu melalut cik ifa oiii..pemasalahan di jiwa sekarang ini adalah..
"ko nak pergi ke tak kenduri kahwin suriati ni??"

korang jangan salah faham yee..bukannye aku saje je main-main nak pergi ke tak ni..ada beberapa sebab yang menyebabkan aku menjadi sangat serba-salah sekarang ni..


sebab-sebabnya adalah...

1. utama - abah tak sihat laa..abah bukan demam biasa..abah tak sihat dalam 2 minggu dah..keadaan abah macam nak jadik
macam dulu-dulu tahun 2009. dulu abah kene paru-paru jangkitan kuman, sampaikan abah masuk wad 2 minggu.. Alhamdulillah sekarang ni keadaan belum teruk macam dulu dan bertambah baik selepas makan ubat dari Yunan..tapi ambil masa la untuk betul-betul sihat..


2. My sis, inayoung kene kerja pada 3 dan 4 haribulan ini iaitu pada tarikh suriati kahwin, oleh kerana abah tak sihat, aku kene hantar my sis ini pergi kerja pada kedua hari yang tersebut.


3. sebab-sebab lain pulak..bila dah jadi macamni aku la yang jadi peneman umi pergi kenduri nanti..ada saudara kupu-kupu aku kahwin pada hari yang sama dengan suriati kahwin nanti ni..


owh..memang aku benar-benar keliru dengan permasalahan di jiwa sekarang ini.. apa yang patut aku lakukan??


credit to en.google


p/s : owh..aku keliru...lalalala

Tahniah Ain..

Selamat Pagi Cikgu!!

(mesti nyanyi dalam gaya versi upin dan ipin ok?)

haaa..hari Khamis lepas result UPSR 2010 dah pon kuar..anak buah aku Ain Nur Izzah darjah enam tahun ni, dan sudah semestinya laa dia ada menduduki exam UPSR ni kan..so, mari kita check result UPSR nya...


aku sms abang ipar aku tanyakan pasal result Ain:

aku : abg zul, macamane result Ain?
abg zul : belum tau lagik, guru besar belom balik dari sekolah lagik..
aku : ooo ok..nanti result dah keluar inform saya skali yee..
abg zul : ok


tup-tup lepas aku mesej dengan abang ipar aku..tetiba henpon bunyi masuk mesej dari kak nora (akak aku)..

kak nora : tau dah ke result ain?
aku : belum tau lagik, abg zul cakap guru besar belum balik lagi..
kak nora : dapat 5A
aku : aik!!betul ke?macamane tau, kan cikgu besar belum balik lagi..
kak nora : kak nor (akak aku jugak) yang bagitau..alaaa..orang perempuan
ni kan wartawan yang hebat..
aku : hahaha..betul betul..


ok..Alkisahnya macam itu la jalan ceritanya lebih kurang. cerita ini sedikit sebanyak telah diubah berdasarkan jalan cerita yang sebenar untuk bagi cerita ini lebih sedap dibaca..hehehe

TAHNIAH kepada Ain Nur Izzah sebab berjaya memecahkan tradisi keluarga kita.. hahaha..family aku dari sulung sampai la adik bongsu aku..UPSR semuanya kekurangan 1A kecuali aku..aku??hahaha..result aku lagi hebat..tapi malas la nak cite nanti kang cite ni jadik tak besh pulak..




Tahniah buat Ain Nur Izzah

Me and Myself

Okey..mari kita buat satu cerita yang bertajuk;-




Cerita Tentang Diri Sendiri





Kenapa Ifa Young??



Nama saya nazifah ahmad Muda..ramai yang panggil saya ifa..efa..siska..cik ngah..epa..epal..dan kadang2 anggur.. takpe saya tak kesah pon.. saya mengimpikan banyak benda dan banyak perkara sampaikan saya sendiri tak tahu mana satu yang saya nak.. saya juga mempunyai mood yang dapat bertukar-tukar dalam sekelip mata.. walaupun ada perkara yang saya tak dapat lakukan untuk penuhi impian saya dan semua orang, saya tetap bergembira..bak kata dia….



“Hidup Cuma Sekali Sooo…Kita ENJOY!!”



Owh..saya memang tidak pandai untuk bercerita..Saya tidak pandai membuat karangan atau menceritakan sesuatu cerita.. setiap kali jari jemari saya cuba untuk menari-nari pada keyboard.. automatik jugalah jari jemari ini akan menggigil kerana kekeringan idea.. otak cuba memerah idea yang bernas dan ketika itulah saya akan mula merapu..


owh..malunya saya.. ~____~





Ohh..Hangus Terbakar

Tengahari tadi dapat sms daripada encek tunang mengatakan bahawa perkakas untuk jualan burgernya hangus dijilat api dalam satu kebakaran kira-kira jam 11.00 pagi tadi..eceh dah macam wartawan tempat kejadiah pulak ni..

tapi betul ni, bukan main-main ni..ekceli encek tunang baru aje berjinak-jinak kucing dalam beniaga burger ni..encek tunang bukak restoran gerai menjual burger ni, berhampiran dengan kedai makan kawannya..so, semua barang-barang macam tong gas..kuali..meja..kerusi dan lain-lain yang berkaitan encek tunang tumpang sekaki payung yang disimpan dekat kedai makan kawannya hangus terbakar..silap-silap dah jadi abu dah kot..

So,lepas ni encek tunang dah kene pasang dan tukar strategi baru pulak..agaknya sedap sangat burger yang encek tunang buat kot sampaikan api pon boleh jilat semuanya..muahahaha *dalam ati sedih siot*

Tak pe lah encek tunang sayam..tabahkan diri anda ye sayam..jangan putus asa ok daling maling..CAIYOK!CAIYOK!!