Andai Itu Takdirnya..


ok..esok cuti sampai hari ahad dan aku telah menambahkan cuti aku dua hari lagi sehingga selasa..oooo yea..seronok nye..sudah lama tak ada ambil cuti lama-lama..esok insyaAllah aku gerak ke perak menghabisi masa cuti..hehehe..tak adalah..mana ada..aku pegi dua hari satu malam je pun..nak mampus pergi lama-lama..gagagga..aku lepak rumah my fren.. pergi ni pun cadanganya nak setel kan apa-apa yang patut la dengan encek sayam..ooo??adalaa..Rahasia tau..mana boleh bagitau..

ini pun tak tahu nak buat apa nii..keje belambak ni..kepala ting tong r..malam tadi tidur pukul 5.00 pagi ok..waduh-waduh kepala sekarang manyak mening ooo..manyak tarak tahan laa..malam tadi balik daripada hantar ina kat bus stand..aku menghabiskan mentelaah novel yang baru semalam my sis ni dapat..alaaaa..dia dapat free aje novel tu hadiah misteri daripada sinar harian sebab gambar dia ada dalam paper yang mukanya dibulat tu haaa...so, dapat la dia novel tu..tapiiii aku yang khatam dulu..

tajuk novel "ANDAI ITU TAKDIRNYA"..besh oooo..sangat besh..sangat feeling banyak-banyak bila baca novel ni..dah lama sebenarnya aku tak baca novel nii..ingatkan nak sambung baca hari lain cerita tu..tapi dalam hati bergelodak je nak baca novel tu sampai habiss..aku ceritakan sikit ye sinopsis novel ni yee...

ok..kisah dramatik apabila Aleya dan Syed Aizril ditangkap khalwat kerana dianiaya oleh seseorang kerana dendamnya..mereka dipaksa berkahwin demi menuntut malu..Aleya dituduh oleh Syed Aizril yang merancang kes khalwat tersebut..dan lebih malang apabila Aleya dirogol oleh suaminya sendiri dan didera dari segi mental dan fizikal ketika dia sarat mengandungkan anak suaminya sehingga menyebabkan Aleya hampir mati..ibu bapa Aleya membuang nya kerana malu..suaminya tidak mengaku dia isterinya dan bercadang untuk berkahwin dengan sepupunya Sharifah Emilin.. Syed Aizril kemalangan jalanraya dan bermula dari situlah dia menyesal di atas perbuatannya terhadap isterinya dan anak kembarnya..dia merayu kepada isterinya agar memafkannya dan diberikan peluang untuk dia membetulkan kesilapannya terhadap Aleya..Aleya menerima Syed Aizril demi anaknya yang perlukan ayahnya kerana dia mempunyai penyakit yang boleh membawa maut. tapi..disangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari..kerana sikap baran Syed Aizril dan egonya yang begitu tinggi..Syed Aizril hampir kehilangan Aleya dalam hidupnya..Aleya begitu tabah menghadapi dugaan yang menimpa dirinya..dia redha menerima setiap ketentuan andai itu takdirnya..




Aku memang fail nak cerita feeling habis nih..tapi serius aku cakap beb..novel ni memang besh giler..ada part yang buat aku menangis..dem!!mencik ahh..suka novel ni gile touching..eh, doakan aku selamat pergi ke perak dan selamat sampai terengganu balik nanti yee..gerun la sekarang ni nak naik bas ekspres ni..sebab banyak sangat la kejadian-kejadian bas excident ni..menakutkan laa..lagi satu doakan jugak supaya tak banjir yee..kesian kat aku..

daaa..

aku suka dia..dia..dan dia..


aku suka dia..suka sangat..dia semat..hensem..memikat hati..senyuman dia menawan..mampu menggegar jiwa..membuat diriku berdebar-debar dup dap dup dap..ahhh..semua dia ada lah..tapi dia ni (orang lain pulak) pun hebat jugak..owhhh..kenapala aku suka kat diorang ni semua..tapi aku lebih sukakan dia..

argghhh..mereng dah aku macamni..semua orang aku suka..semua orang aku nak ni..
emmm...boleh tak kalo aku nak semua??tak boleh laa..aku pun nak sorang jee..kalaulah dia pun sukakan aku kan best..tapi..siapalah aku dimata dunia??

kau dah jauh merapu cik ifa..kau dah jauh menyeleweng ni???

ohhh..maafkan aku wahai dikau..kerana...
aku nak buat macamana dah aku sukakan dia..

-peace-

*__*

Aku Kena Pakai Spek Kot??


malam tadi mata dah pedih-pedih sakit kepala lagi..aduyaii..
hari-hari sakit kepala..mau potong rambut ke..migrain ke..semak ke..pastu tetiba teringat sesuatu laa..mungkin aku kene pakai spek semula nii..terus ambik spek lama cuba try and test pakai..tetiba rasa lega..fuuuuuhhh...betul la agaknya aku kena pakai spek semula ni..

dulu aku pernah mengalami symptom² yang macam ni..sakit kepala..kepala pusing..mata pedih..tak tahan tengok cahaya..then aku buat spek mata..bila dah lama aku pakai spek..tetiba pulak aku rasa sakit kepala lagik..aku ingatkan power mata aku dah makin naik lagi..masa tu pulak aku rasa selesa bila tidak berkacamata..dan sehinggalah ke saat ini..mata aku dah rasa pedih-pedih..kepala ada rasa sakit-sakit pening..nampaknya aku kene pakai spek lama la kot..spek lama pon ok lagik..

sebenarnya...aku malas nak pakai spek ni..cerewet laa..nak tido kene bukak spek..nak makan kene bukak spek..nak mandi semua bagai pon kene bukak spek..aku bukannya suka benda-benda yang macamni..tapi nak buat camana kan..hari ni datang office tapi tak bawak spek pulak..mata pon dah pedih ni..

Perasaan sayu dan pilu bermain di jiwa

Tajuk entry pon dah menunjukkan perasaan aku yang sayu dan pilu kan..kan..kan..
apa pilihan yang aku patut buat ni??apa aku kene lakukan ni??
(eh macam soalan yang sama je nii)


Sebenarnya perasaan aku bukan sayu dan pilu tapi lebih kepada serba salah..tapi last-last ada jugak rasa sayu dan pilu..oh tidak!!!

ekceli..hujung minggu ni, 04.12.2010 my fren kahwin..
my fren suriati..dia budak kedah..aku deng
an dia berkawan sebab kami satu tempat study dulu..pastu satu course..satu kolej..lagi pulak satu kelas..kami sama-sama pergi kelas..berebut naik bas dengan budak-budak lain..

mengimbas semula memori daun pisang masa
zaman belajar pada zaman dahulu kala..kami selalu buat assignment sama-sama..pendek kata kami memang akan duduk dalam satu kumpulan lah kalo siapkan assignment yang lecture bagi sebab memang kami memang boleh buat keje sama-samalah..

kadang-kadang kalau hujung minggu, saya akan melepak kat rumah suriati..family dia pon baik sangat..makan besh..kiranya terubat jugak la kerinduan hati dekat keluarga di kampung masa tu..bila dah abes study ni..aku bekerja dekat kampung..manakala suriati dapat kpli dan dah jadik cikgu dah pon..mengajar dekat sarawak sana..jauh tu haa..



ok..stop!stop!sudah-sudah la tu melalut cik ifa oiii..pemasalahan di jiwa sekarang ini adalah..
"ko nak pergi ke tak kenduri kahwin suriati ni??"

korang jangan salah faham yee..bukannye aku saje je main-main nak pergi ke tak ni..ada beberapa sebab yang menyebabkan aku menjadi sangat serba-salah sekarang ni..


sebab-sebabnya adalah...

1. utama - abah tak sihat laa..abah bukan demam biasa..abah tak sihat dalam 2 minggu dah..keadaan abah macam nak jadik
macam dulu-dulu tahun 2009. dulu abah kene paru-paru jangkitan kuman, sampaikan abah masuk wad 2 minggu.. Alhamdulillah sekarang ni keadaan belum teruk macam dulu dan bertambah baik selepas makan ubat dari Yunan..tapi ambil masa la untuk betul-betul sihat..


2. My sis, inayoung kene kerja pada 3 dan 4 haribulan ini iaitu pada tarikh suriati kahwin, oleh kerana abah tak sihat, aku kene hantar my sis ini pergi kerja pada kedua hari yang tersebut.


3. sebab-sebab lain pulak..bila dah jadi macamni aku la yang jadi peneman umi pergi kenduri nanti..ada saudara kupu-kupu aku kahwin pada hari yang sama dengan suriati kahwin nanti ni..


owh..memang aku benar-benar keliru dengan permasalahan di jiwa sekarang ini.. apa yang patut aku lakukan??


credit to en.google


p/s : owh..aku keliru...lalalala

Tahniah Ain..

Selamat Pagi Cikgu!!

(mesti nyanyi dalam gaya versi upin dan ipin ok?)

haaa..hari Khamis lepas result UPSR 2010 dah pon kuar..anak buah aku Ain Nur Izzah darjah enam tahun ni, dan sudah semestinya laa dia ada menduduki exam UPSR ni kan..so, mari kita check result UPSR nya...


aku sms abang ipar aku tanyakan pasal result Ain:

aku : abg zul, macamane result Ain?
abg zul : belum tau lagik, guru besar belom balik dari sekolah lagik..
aku : ooo ok..nanti result dah keluar inform saya skali yee..
abg zul : ok


tup-tup lepas aku mesej dengan abang ipar aku..tetiba henpon bunyi masuk mesej dari kak nora (akak aku)..

kak nora : tau dah ke result ain?
aku : belum tau lagik, abg zul cakap guru besar belum balik lagi..
kak nora : dapat 5A
aku : aik!!betul ke?macamane tau, kan cikgu besar belum balik lagi..
kak nora : kak nor (akak aku jugak) yang bagitau..alaaa..orang perempuan
ni kan wartawan yang hebat..
aku : hahaha..betul betul..


ok..Alkisahnya macam itu la jalan ceritanya lebih kurang. cerita ini sedikit sebanyak telah diubah berdasarkan jalan cerita yang sebenar untuk bagi cerita ini lebih sedap dibaca..hehehe

TAHNIAH kepada Ain Nur Izzah sebab berjaya memecahkan tradisi keluarga kita.. hahaha..family aku dari sulung sampai la adik bongsu aku..UPSR semuanya kekurangan 1A kecuali aku..aku??hahaha..result aku lagi hebat..tapi malas la nak cite nanti kang cite ni jadik tak besh pulak..




Tahniah buat Ain Nur Izzah

Me and Myself

Okey..mari kita buat satu cerita yang bertajuk;-




Cerita Tentang Diri Sendiri





Kenapa Ifa Young??



Nama saya nazifah ahmad Muda..ramai yang panggil saya ifa..efa..siska..cik ngah..epa..epal..dan kadang2 anggur.. takpe saya tak kesah pon.. saya mengimpikan banyak benda dan banyak perkara sampaikan saya sendiri tak tahu mana satu yang saya nak.. saya juga mempunyai mood yang dapat bertukar-tukar dalam sekelip mata.. walaupun ada perkara yang saya tak dapat lakukan untuk penuhi impian saya dan semua orang, saya tetap bergembira..bak kata dia….



“Hidup Cuma Sekali Sooo…Kita ENJOY!!”



Owh..saya memang tidak pandai untuk bercerita..Saya tidak pandai membuat karangan atau menceritakan sesuatu cerita.. setiap kali jari jemari saya cuba untuk menari-nari pada keyboard.. automatik jugalah jari jemari ini akan menggigil kerana kekeringan idea.. otak cuba memerah idea yang bernas dan ketika itulah saya akan mula merapu..


owh..malunya saya.. ~____~





Ohh..Hangus Terbakar

Tengahari tadi dapat sms daripada encek tunang mengatakan bahawa perkakas untuk jualan burgernya hangus dijilat api dalam satu kebakaran kira-kira jam 11.00 pagi tadi..eceh dah macam wartawan tempat kejadiah pulak ni..

tapi betul ni, bukan main-main ni..ekceli encek tunang baru aje berjinak-jinak kucing dalam beniaga burger ni..encek tunang bukak restoran gerai menjual burger ni, berhampiran dengan kedai makan kawannya..so, semua barang-barang macam tong gas..kuali..meja..kerusi dan lain-lain yang berkaitan encek tunang tumpang sekaki payung yang disimpan dekat kedai makan kawannya hangus terbakar..silap-silap dah jadi abu dah kot..

So,lepas ni encek tunang dah kene pasang dan tukar strategi baru pulak..agaknya sedap sangat burger yang encek tunang buat kot sampaikan api pon boleh jilat semuanya..muahahaha *dalam ati sedih siot*

Tak pe lah encek tunang sayam..tabahkan diri anda ye sayam..jangan putus asa ok daling maling..CAIYOK!CAIYOK!!

Menjadi Anak Tunggal

My dear sis kena pergi kursus orientasi selama 2 minggu ke penang dan langkawi..owh seronoknya kursus sambil bercuti..nak ikut jugak!!tapi tak boleh ok! jadinya..aku dah pon menjadi anak tunggal kepada umi dan abah selama 2 minggu ini..so, kepada nuar young, liana manan, ila young dan ina young..jangan jeles ok! sebab...i akan menjadi anak manja kepada umi dan abah selama 2 minggu ini..ngehngehngeh *gelak jaat siot*

Angkara Terlajak Tidur



Tetiba teringat pengalaman yang menyeramkan dan menakutkan (tapi tak de la takut sangat cuma terkejut je yang lebih) yang penah berlaku dalam hidup aku kira-kira tahun 2005 atau 2006 yang lepas..aku dah lupa tarikh yang tepat bagi peristiwa yang berlaku dalam hidup aku ni haa..

Aku penah belajar dekat utara semenanjung dekat sintok nun haa..jauh di dalam hutan sintok..huuu..kebetulan masa tu aku balik kampung sebab umi dengan abah baru balik dari mekah mengerjakan ibadah haji..jadiknya..aku naik bas dari terengganu ke kedah seorang diri sahaja..dan aku telah berjanji dengan my fren, daniel member satu tempat study dan satu course untuk balik ke kolej sama-sama dari stesen bas shahab perdana.

bas bertolak seperti biasa la kan..takkan bas nak terbang pulak..aku plak malam tu kepala pening laa..ngantuk yang teramat sangat..kebiasaanya aku tido dalam bas, aku tak jatuhkan langsir bas..tapi malam tu, aku jatuhkan langsir bas dan tidur dengan nyenyaknye bagi memenuhi tuntutan mata aku yang mengantuk ni. oleh kerana aku tido tanpa menghiraukan keadaan sekeliling, tetiba aku buka mata dan tengok sekeliling...

Alamak!!kat mane ni..ini dah bukan nak pegi shahab perdana ni tapi dalam ati la sebab nak cover malu punye pasal..salah aku jugak tido tak sedor kan..aku tanya la akak kat sebelah aku ni..


aku : akak, bas ni dah sampai shahab dah ke??

akak : ha'ah dah sampai dah tadi..

aku : bas ni pergi mane kak?

akak : bas ni pergi kangar..


ok!aku dah terlajak bas dah ni..terlajak bas boleh di undur, terlajak kata buruk padahnye..damn!!macamane aku nak suruh pakcik bas ni undur balik sampai shahab..adess...

my fren daniel dah call aku tanya aku dah sampai mane..aku cakap kat dia..aku dah terlajak on the way ke kangar dah pon..selamber jek aku cakap kat dia..yela wei control malu laa..takkan aku nak terjerit-jerit plak..haaa???macamtu la kot agaknye si daneil tu terkejut.ko ni biar betul katanya..aku betul la ni..risau jugak si daniel ni yee..hehehe..

aku pon tak tahu apa yang patut aku buat..sementara bas sampai stesen bas kangar aku dok fikir-fikir apa yang patut aku buat ni..aku ingat nak lepak dekat surau aje ramai orang kan kat sana..so aku tak de la takut sangat kot..dalam hati tuhan je yang tahu..macam-macam doa dah aku baca masa tu..

sampai stesen bas kangar..aku tengok suasana sunyi sepi jek..mana surau??mane??pusing kanan..pusing kiri..tak de pon macam yang aku bayangkan..aku dah nak nangis ni..pakcik-pakcik teksi yang ada kat situ ramai laa..dah la aku sorang jek yang nak balik uum..yang lain semua nak pegi uitm la..dan mana-mana lagik lah..aku dah blur tak bleh nak pikir dah pon..kalo aku ambik teksi pegi uum sorang..maunya dalam rm40.00 gak kot..dalam purse ada rm50.00 aje tu pon sekeping aje..dah la aku sorang..pompuan laks tu..takut beb!!

tiba-tiba datang sorang laki kat aku..dia tanya "sape tadi tu yang terlajak bas tu??yang nak benti kat shahab perdana tu??" ohhhh..sangat malu ok!! abang ni rupanya dengar aku cakap telefon dengan daniel dalam bas tadi..malu pon ada ni...nak dijadikan cerita abang ni ajak balik skali kat rumah kakak dia..mula-mula takut gak nak ikut abang ni..tapi kalo tak ikut kang, naya pulak aku bila dok dengan pakcik-pakcik teksi yang ramai kat situ..

nasib baik abang tu (dah lupa nama abang tu..) bawak anak dia skali..jadinya..aku tawakkal berserah pada Allah ikut abang tu balik rumah akak dia..alhamdulillah semuanya selamat..

sampai rumah kakak kepada abang yang baik hati tu (aku pon dah lupa jugak nama akak tu)abang tu pon stori mori la kisah aku ni kat akak tu..rupa-rupanya..sebelum ni pon ada jugak budak yang terlajak nak benti shahab tapi dah sampai kangar..sama macam aku jugak laa..

abang tu baik..dia yang hantar aku balik uum..abang tu asal perlis, dia dok kat terengganu keje tukang masak dekat pelantar minyak kalo tak silap aku..dia balik kangar sebab ada interview nak dapat rumah kot..lupa laa sebab dah lama..heee
abang tu hantar aku balik kolej dengan selamatnya..dalam hati ada niat nak bagi duit minyak kat abang tu..tapi dalam purse ada rm50.00 tu pon sekeping aje..kalo bagi itu, takkan nak mintak balance lak kot..tup-tup tak bagi laa..

aku ucapkan terima kasih sangat-sangat dekat abang yang baik hati tu sebab tolong aku..aku pon lupa dah nak mintak nombor telefon abang tu..menyesal laa..sebab abah cakap nape tak mintak no.phone..kalo tak, boleh kita pergi menziarah dia...

pagi tu, aku pergi kelas macam biasa..tapi kawan-kawan baik aku tu dah gelakkan aku sebab terlajak dan tersasar jauh dah..malu aku seminggu sebab tu..ekoran dari kejadian tu, aku kena demam sebab terkejut!!

Aku, My sis dan...

Baru pulang dari beraya rumah sanak dan saudara sekadar menghilangkan penat dan lelah di tangga bersama-sama my sis..dan my bro..

"bro, tolong ambikkan gambar kitorang pliss'' dengan muka yang tak le blah..
my bro pon snap-snap la gambar kitorang yang sangat annoying..buweks..

peringatan ok..sesiapa yang tengok gambar kami boleh menyebabkan korang semua rasa mual-mual hampir muntah atau korang boleh muntahkan diri korang sendiri kerana kesengalan kami ini..



oppss..lokasi kami beraksi adalah atas tangga..lagak ngeri wei..sebabnya berisiko tinggi untuk jatuh tergolek..hahaha..



















Kelihatan seperti tangga amat serasi dengan kami..tetapi kami tidak serasi dengan tangga!

~aku,mysis dan... tangga
~aku muntah wei tengok gambar ni..

Suatu Hari Di Hari Raya


Selamat Hari Raya kepada semua semua rakan-rakan seperjuangan tidak kira dimana anda berada.semoga Aidilfitri memberikan anda semua kegembiraan hendaknya..

owh..hari raya kali ni kak nor, kak nora dan mybro beraya dekat umah metua masing-masing..tapi kan..kak nora dan mybro balik beraya jugak dekat rumah walaupun hari yang ke-3..jadiknya..untuk raya pertama dan kedua hanya anak-anak dara umi dengan abah yang cun melecun ni..konon perasan lebih pulak yee..yang beraya dengan umi dan abah..


mari kita layan gambar..



kami adik beradik bergambar bersama di pagi raya..time nih baru balik dari sembahyang raya..



selepas bersalam mohon ampun maaf dengan umi dan abah..tiba masa untuk kami berfoto sakan..


owh gediknya kami semua ini kan..tetiba tak der perasaan malu dengan encek photographer..


kepada my sis dan my sis..jangan marah yee..your sis ni dah pecahkan tembelang kamu dengan aksi-aksi kamu yang gedik ini..PEACE..


kenapa raya tahun ni perasaan untuk bergedik sangatla membuak-buak..


ini kitorang semua beraya dekat umah makcik sedara ni..dalam mulut penuh ngan kuih lor..senyum pon dah keriput aje haa..



mana aku time ni haa..

Kerepek Raya

Lagi satu hari puasa sebelum raya aidilfitri..apa mood hari aku (eh! tetiba jek pulak ber 'aku') hari ni eh..ala tak kesah la kan..aku ke kau ke saya ke awk ke encek ke tuan puan ke kan..ok stop!jangan nak membebel plak.

Persiapan hari raya ni tak ada apa-apa yang besh sangat pon..mood raya masih macam biasa jek ni..tak de la excited sangat nak raya ni..sebabnye kan..kuih raya belasah je mana yang berkenan kat kedai..tak adanye aku nak buat kuih raya ni.. nanti kang tak pasal-pasal pulak abes hangit bau satu dapur tu haa..aku cuma buat kerepek aje..meh aku bagitau macamane nak buat kerepek ni k?sedap tau betol aku tak tipu langsung.ini bulan puasa ok.

bahan-bahan dia sangat senang dan sangat simple laa..

- kulit popia (tak kesah apa jenama pon yang penting halal ok)
- rempah nasi goreng (pun tak kesah jugak apa jenama..apa jenis..apa perasa pon..TAPI pastikan yang serbuk ok)
- minyak masak (minyak masak nak banyak je..sikit-sikit tak cukup ok)

kemudian, kulit popia tadi tu dipotong segi empat kecik² ok..jangan besar² sangat..kemudian kulit popia tadi tu dibukak selai demi selai sehingga ke helaian yang terakhir ok..

bila dah abes dah bukak semua dah kulit popia tadi tu, boleh lah digoreng hingga warna dia bertukar ala-ala kuning ye..jangan sampai hangit pulak..kemudian angkat la dan sejatkan dia punye minyak tu..tapi kulit popia ni memang banyak menggunakan minyak tau..nanti korang buat, korang semua tau ler..

dan kemudian..korang gaulkan kulit popia yang dah siap goreng tadi dengan rempah nasi goreng mengikut citarasa anda semua sendirik..jangan pulak letak banyak sangat rempah tu nanti kang lain pulak rasanya..bagi secukup rasa aje..biarkan ada rasa-rasa aje ok..bila dah siap semuanya jangan dilupa untuk kemaskan dapur yang berselerak tadi tu..

betol sedap kerepek ni..aku tak tahu apa namanya..tapi ini makcik aku yang bagitau resepi dan aku dah buat dah kerepek ni untuk raya nanti ni..sape nak makan datang rumah ok..




nota : lupa nak ambik gambar kerepek yang sungguh sedap ini..


Memori di Bulan Ramadhan


bila di bulan ramadhan ni teringat pulak zaman kecik² dulu..banyak kenangan² dan memori² suka duka gumbira..owwwhhh..indah nye waktu itu..

waktu dulu² saya dengan my bro sangat la boleh tahan kenakalan dan kedegilannya..dulu saya masa kecik² tak tahu pun apa itu puase..yang tahu hanyalah tak makan tak minum dan yang paling tak sabar adalah apabila puase berakhir dan tibalah hari raya..hehehehe (gelak jaat)

kitorang tak sabar menunggu pengumuman puasa kat depan tv..kene bangun sahur..sangat la susah nak bangun sahur ni sebab mengantuk yang amat sangat mata pon susah nak bukak..saya ingat lagik suatu sahur tu..umi kejutkan bangun sahur..taaaaaapiiiii...saya pergi bersiap-siap nak pergi sekolah tapi tak sempat la pakai uniform sekolah pon..nasib baik umi ada dia tengok anak dia ni dah pakai towel nak pergi bilik air..bila ditanya saya cakap nak siap² pergi sekolah laa..owh!!!sangat memalukan..hmmm...nasib ler semua orang ketawakan saya..hahahaha

time awal² puase tak adalah best sangat waktu dulu..lambatnya waktu berjalan..menghitung hari berapa hari lagik mahu raya ni..masa tu selalu tanya umi dan abah bila nak pergi beli baju raya ni..dah tak sabar nak beli baju raya ni..umi hanya menghadkan dua pasang aje baju raya untuk anak²..tak macam orang lain yang berpasang sampai tak abes pakai untuk raya..satu baju kurung dan satu lagi baju t-shirt dan seluar..dulu saya ni tak suka pakai baju² kurung ni..tak selesa la susah nak main la..macam² la alasan yang boleh diberikan..rasanya kalo buat karangan kenapa saya tak suka pakai baju kurung pun boleh buat sebab banyak sangat alasannya..

lebih kurang sepuluh hari lagi menghampiri hari raya..umi dan abah akan belikan anak² nya ni bunga api dan mercun yang ringan² aje..bukan yang ganas² ok..itu masa dulu² sebelum mercun diharamkan..kami main dibawah pengawasan umi dan abah..diorang akan temankan kitorang main..umi dan abah tak bagi anak² main mercun yang letup² ok..kalo setakan mercun bawang tu lulus lah..umi beli mercun ular..mercun motor..mercun apa lagik eh?tak ingat dah apa namanya..tapi saya dengan my bro suka sangat main..makan waktu berbuka sikit je sebab tak sabar nak main mercun laa..hahaha

pernah umi dan abah ada beli satu bunga api tu..ala yang ada selalu budak² main tu (sorry tak tahu apakah nama bunga api tersebut) bila cucuh bunga api tu, ia mengeluarkan asap yang terlalu banyak..pintu rumah terpaksa ditutup sebab asap masuk dalam rumah dan boleh mengganggu pernafasan orang lain...jadinya, umi dan abah suruh kitorang baling bunga api tu jauh², maknanya tak perlu pegang bunga api tu,nak dijadikan cerita..my bro ni baling satu bunga api tu dan terjatuh la kat bangsal orkid kesayangan umi ni..ALAMAK!!! apa lagi, api tu merebak la...tapi bangsal orkid tu boleh diselamatkan oleh abah la sape lagik..sebab diorang kan ada ngn kitorang..umi dah marah² sebab bangsal orkid dan orkidnye sudah hampir² rentung..umi ambik semua bunga api kemudian patah² kan dan disumbatkan ke dalam tong sampah.. hehehehe
tamat la riwayat bunga api tersebut..

dulu² umi dan my sis selalu buat kuih raya..banyak betul buatnye..saya tak pandai buat..setakat tolong² tekap kuih tu boleh laa..kalo nak bakar hangit la jawabnye..tapi sekarang dah tak buat lagik dah..kalo nak kuih pergi je tunjuk dan bayar dekat kedai jee..lagi pon..sekarang ni tetamu dah tak makan sangat kuih muih ni..kalo kerepek ke..kacang ke lebih mendapat sambutan..

time raya ni..selepas balik dari sembahyang raya..saya tak sembahyang raya pon sebab memang tak pandai (yela masa kecik² dulu kan) saya dengan my bro pusing satu kampung sebab nak kumpul duit raya..kami akan mengira sape yang dapat duit raya paling banyak..bangga nye aku bila dapat duit raya banyak ni..hehehe itu dulu laa..kami tak makan sangat pon kuih raya kat rumah orang yang penting kami nak dapatkan duit raya..ohhh sungguh gelojoh waktu dulu²..sekarang tidak lagik ok!!tapi budak² sekarang dah tak berani nak beraya dengan kawan² pusing kampung sebab banyak yang kes budak² ilang ni..dah tak macam dulu² lagik dah..


owh..sukanye beraya waktu kecik² dulu..

Salam Ramadhan

MARHABAN YAA RAMADHAN


Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarakh
Semoga Ramadhan Membawa Keberkatan Kepada Semua Dan Mengukuhkan

Ukhwah Yang Terbina.


Wajib Puasa:
1) Islam

2) Mukalaf

3) Berkuasa/Mampu untuk berpuasa, tidak uzur

4) Telah melihat anak bulan Ramadhan atau mensabitkan bulan Ramadhan dengan menggenapkan bulan Sya'ban 30 hari.

Sah Puasa:
1) Beragama Islam sahaja, lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang telah mumaiyyiz.
2) Suci dari haid dan nifas.
3) Sempurna akal fikirannya sepanjang hari itu.
4) Bukan pada hari yang tidak sah puasa eg. Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Hari Syak (30hb Sya'ban).
Rukun Puasa:
1) Niat, di waktu malam mulai selepas Maghrib sampai sebelum terbit fajar.
2
) Meninggalkan semua perkara-perkara yang membatalkan puasa sejak terbitnya fajar sampai terbenamnya matahari.

Membatalkan Puasa:
Sekiranya
1) Memasukkan benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung, telinga, atau lubang-lubang kemaluan dengan sengaja.
2) Muntah dengan sengaja.

3) Mengeluarkan mani dengan sengaja.
4) Haid atau nifas.
5) Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum tersendiri iaitu diwajibkan membayar kifarah).
6) Murtad (keluar dari Islam).
7) Gila (hilang akal).
Pantang-larang puasa:
Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia).
1) Berdusta, berbohong.
2) Mengumpat, mengata orang.
3) Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan.
4) Melihat benda-benda yang mendatangkan keinginan.
5) Marah.


Saya memohon maaf buat semua… halalkan makan minum saya…maaf sekiranya terlanjur kata…baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja…semoga kita

MENDAPAT KEBERKATAN DI BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK KALI INI….

Insya-Allah…

WASSALAM ...


Nota : Copy and paste dari email..

Saya Kemalangan Eksiden


Kejadiannya berlaku pada petang jumaat yang lepas..saya dan keluarga umi abah ina dan puteri balqis keluar untuk membeli langsir seperti yang cerita dekat SINI.. Peristiwa ini berlaku ketika kami pulang ke rumah berhampiran dengan bengkel bas adik beradik..

Ok dipendekkan cerita la yer..sebabnya ini tak tau dah kali berapa ratus saya menceritakan peristiwa ini..ok jangan melalut lagi dah..mari bercerita...

Saya memberhentikan kereta di tepi jalan kerana kereta yang berkenaan berada di hadapan saya itu memberi signal dan berhenti menurunkan penumpang..saya tak boleh nak memotongnya kerana terdapat kenderaan yang berpusu-pusu dari arah bertentangan..selepas penumpang turun, kereta berkenaan mengambil masa yang lama untuk bergerak...

kemudian, kereta berkenaan pun bergerak laa pelan² tapi signal nya masih lagi di sebelah kiri ok..so, saya pun bersiap sedia untuk memotong kereta berkenaan..then, saya pun memotong laa..tapi....................tiba² kereta tu belok ke kanan daaa..saya mengelak kereta tapi GAGAL..dah berlaku kejadian yang tidak diingini ini..

uwaaaaa...sedey wei..sob..sob..sob..saya panik ok..umi abah dan ina kuar untuk berurusan dengan tuan kereta itu..owh..rupa²nya umi dan abah kenal dengan makcik tuan punya kereta itu..pada awal perbincangan diorang, makcik itu mengaku yang dia lambat memberi signal ke kanan..dan dia cakap dengan abah yang dia boleh nak setel macamnane pon..

TETAPI..apabila menantu makcik itu datang, menantu dia cakap saya langgar kereta makcik tu, dan dia pulak yang pandai² cakap mak mertua dia tu dah bagi signal ke kanan..BENGANGNYE DIRIKU INI...lepas tu menantu dia yang berlagak itu, boleh pergi cakap dengan abah..tanak bercakap langsung dengan diriku ini.. dia boleh cakap apa..


menantu : "saya tanak cakap dengan awak!saya nak cakap dengan ayah awk!"

saya : "nape pulak?saya kan yang bawak kete??"

menantu : "Ini ayah awk kan??"

Saya : Terdiam saya dibuatnye..tapi kalo ikutkan hati nak aje saya bercakap bahasa tibet..baru dia tau camane...(!@#$%^!~#$%^)


Kemudian,abah sendirik sudah naik panas dan HOT tapi masih boleh dikawal lagik..abah kol abang dee tanya nak buat macamane..jadiknye..saya dan keluarga pulang dengan perasaan yang sangat tidak berpuas hati dengan pakcik menantu itu..apa nama dia pon tatau dah..kitorang tinggalkan diorang macam itu aje..tapi saya ambil la no. ketenye..

Report polis tak terus buat malam tu, sebab abah kene hantar ina diner dan kene attend meeting jkk malam itu..esoknye baru pergi report..banyak giler yang tatau apa prosedurnye bila kete xcident ini..hadoi..tak pe laa..janji semua nya setel satu persatu dengan baik..

Alhamdulillah semua orang ok, kalo tak...lagik la saya akan bertambah panik dengan darah yang bergemuruh silap² boleh buat saya pengsan 4 hari agaknya.. tapi kereta kesayangan mengalami kecederaan dan terpaksa masuk wad kereta.. owh sedihnye..~~
















sekarang ini tak boleh kene menunggu kereta kesayangan kuar wad kereta dulu baru boleh kita jalan sama² yer cik kereta..

owh..esok cuti!!

oooo....YES!!!arini kamis..ini bermakna esok adalah jumaat dan lusa adalah sabtu.. dan juga ini bermakna esok dan lusa adalah holiday!!auwww..beshnye syahdunye..
hehehe...saje je nak bagi semua orang jeles ngn saya ni..hihihi..

semalam balik umah, umi bagi surat daripada jkkk..sukanye..sebab nama saya ada dalam list untuk dana bakti remaja..hari jumaat pegi amik duit..macam² dah ni kat dalam kepala ni nak beli itu la ini laa nak tukar itu la ini laa macam nih..

tapi..yang pasti nye rasanya duit tu nak guna untuk membeli langsir la..kesian kat langsir dah lama tak tukar..insyaAllah boleh la kot..pasni nak kene cari masa untuk pergi usha² langsir..hehehe

Cerita Pertunangan - Part 3



18hb, Jun 2010 hari jumaat..Alhamdulillah majlis pertunangan berjalan dengan lancar dan lebih baik daripada yang dirancangkan..


Kak nor dan abang balik dari jauh untuk meraikan majlis pertunangan saya dengan encek tunang..terima kasih to abang & kak yana dan kak nor & keluarga dan tidak lupa kepada umi, abah, kak nora dan keluarga, ina, ila jiran², saudara mara, yang sudi menghadirkan diri meraikan majlis ini.. terima kasih pada semua..

so, meh la layankan gambar² sewaktu majlis ok..













































ok sudah upload gambar buat teman² dan rakan belog semua..









dan satu lagik encek tunang sayam...




tadaaaaa.....